Showing posts with label chua jui meng. Show all posts
Showing posts with label chua jui meng. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Wan Azizah seru jangan 'pekong didada' dibuka

File pic - Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA

21 FEBRUARI 2013

Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan – sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain – tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.

Sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PAS, DAP dan KEADILAN telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok. Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan.  

KEADILAN juga terus memberi keyakinan kepada Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor. Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT 


Friday, 4 May 2012

Isu Azmin - Penyokong Azmin desak Polis siasat

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media oleh kepimpinan PKR yang menyokong Azmin Ali

Date : 4/5/2012 @ 11.30 am


Kenyataan media oleh kumpulan kepimpinan PKR yang menyokong Azmin Ali dibacakan oleh Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Teluk Kemang




1. Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Teluk Kemang
 2.
 3.
 4. Chua Jui Meng, bekas Ahli MCA dan bekas Menteri Kesihatan
 5. Fauzi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuantan di bwah BN / UMNO dan kini Ketua Perhubungan PKR Negeri Pahang.
 6.
 7.
 8.