Lokasi : KLCC
Acara : Perasmian ASEAN SME Showcase & Conference
Tarikh : 26/5/2015
Pameran ASEAN SME ini diadakan julung-lulung kalinya oleh Malaysia yang menjadi Tuan Rumah ASEAN kali ini. Samada ianya akan dijadikan acara tahunan akan banyak bergantung kepada Tuan Rumah ASEAN yang seterusnya.
Pameran ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Banyak permintaan dari negara-negara diluar kelompok ASEAN selain daripada penyertaan oleh kesemua anggota ASEAN sendiri. Pihak penganjur hanya dapat menerima 7 negara dari luar ASEAN untuk menyertai pameran kali ini. Terdapat 598 gerai, 60% dari Malaysia dan 40% dari negara luar.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini telah mencatatkan jualan / kontrak bernilai RM40 juta setakat pagi hari pertama dan dijangkakan matlamat RM400 juta untuk tempoh tiga hari akan tercapai.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10