Showing posts with label fotoipages. Show all posts
Showing posts with label fotoipages. Show all posts

Friday, 18 January 2013

Tun Dr M lulus kerakyatan mengikut prosedur

Venue : Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang media selepas majlis Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 17/1/2013 @ 5.30 pm


Terserlah ketokohan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan ulung bila berdepan dengan wartawan yang hadir dengan satu tujuan, untuk menyerang bagaikan pihak pendakwaan lakukan di kamar mahkamah. 

Isu yang dibangkitkan ialah isu pemberian taraf kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah sebelum pilihanraya yang lalu. Satu Suruhanjaya DiRaja telah ditubuh khusus untuk menyiasat perkara tersebut. Pendengaran sedang giat berlangsung ketika ini. Difaham kan hampir 200 orang akan dipanggil untuk memberi keterangan.





Thursday, 17 January 2013

Anwar pertimbang tindakan hina mahkamah keatas KJ

Venue, Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


1.
 2.
 3



KENYATAAN MEDIA  |  17 JANUARI 2013
KHAIRY JAMALUDDIN MENARIK BALIK TUDUHANNYA DAN MENGESAHKAN WATAK PERKAUMAN UMNO

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.

Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:

“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”

Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.

Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.

Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

“Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.

Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”

Bukan sahaja beliau menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.

Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:

“Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?”

Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.

Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian awalnya yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.

Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.

Kenyataan - kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.

Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan - kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.

Setelah meneliti kenyataan - kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur - unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN


Tuesday, 15 January 2013

Abang Mat says thank you




Kenyataan Media Pakatan Rakyat 15 Januari 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10. Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Hj Muhammad Sabu
Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat


Friday, 11 January 2013

Tag khas untuk wakil media ke Himpunan KL112

Venue : Menara 1, Ibupejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Taklimat PDRM kepada Media Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112

Date : 10/1/2013 @ 2.30 pm




1.
 2.
 3. Wakil wakil media mengambil Tag Media yang dikeluarkan khas oleh PDRM. Permohonan dibuat melalui e-mail sahaja.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8. Wakil dari Malaysiakini mengumumkan wakil mereka tidak akan memohon atau menggunakan Tag Media khas yang dikeluarkan oleh PDRM
 9.
 10.
 11.
 12.


Thursday, 10 January 2013

Sah Stadium Merdeka venue Himpunan KL112

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Sidang media sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 9/1/2013 @ 4.00 pm




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.


Ungu warna tema Wanita Pakatan ke KL112

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media gabungan Wanita Pakatan Rakyat Selangor dan NGO Wanita yang akan mengambil bahagian dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 9/1/2013 @ 11.00 am




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.


Wednesday, 9 January 2013

Belum ada kata putus dari PDRM mengenai #KL112

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Date : 8/1/2013 @ 11.00 am


Kenyataan Media


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Tuesday, 8 January 2013

Mat Sabu jadi 'Ibu Duit' yang dipelihara rapi

Venue : KL International Hotel, Kuala Lumpur

Event : Sesi penerangan khas oleh Cikgu Non

Date : 6/1/2013 @ 9.00 pm





Monday, 7 January 2013

Kepimpinan PAS Kedah dalang penipuan Tabung Memali ??

Venue : KL International Hotel, Kuala Lumpur

Event : Sesi penerangan khas oleh Cikgu Non mengenai Tabung Memali

Date : 5/1/2013 @ 9.30 pm


Pimpinan PAS Kedah didakwa menipu balu balu dan anak anak yatim yang terlibat dalam persitiwa berdarah Memali dalam urusan Tabung Memali. Ikuti huraian oleh Cikgu Non yang merupakan salah seorang dari tiga pemegang amanah Tabung Memali.





1.
2. Sesi penerangan ini dibuat untuk 5 pelajar bersama wakil media dan bloggers yang dipilih khas. Menurut Cikgu Non sesi ini merupakan sesi terakhir bagi beliau membuat pendedahan mengenai isu Tabung Memali kepada media dan bloggers kerana selepas ini beliau akan menumpukan kepada isu isu semasa yang lain yang melibatkan PAS khas nya. 
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11. Anak dan cucu Cikgu Non
12.