Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Tuesday, 8 September 2020

Tok Him dan 16 plaintif lain saman syarikat yang cemar Sg Gong, Selangor

 Acara : Saman oleh Dr Ibrahim Ali dan 16 plaintif lain keatas syarikat Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd kerana mencemar Sg Gong, Selangor

Lokasi : Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 8/9/2020


Video 1 - Ibrahim Ali kepalai 16 plaintif saman sykt pencemar Sg Gong


Video 2 - Tok Him mahu ajar Kerajaan negeri & pusat supaya peka dalam isu alam sekitar



************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6


Saturday, 6 February 2016

Saman keatas Presiden MIC oleh ahli sendiri

Acara : Sidang media penyokong G.Palanivel selepas memfail saman keatas S.Subramaniam

Lokasi : Lobi kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh  : 5/2/2016



Kumpulan penentang yang di ketuai oleh bekas Bendahari Agung MIC, R.Ramanan telah memulakan proses saman keatas Presiden MIC bersama beberapa orang lagi kepimpinan kanan parti termasuk lah Ketua Pengarah ROS dan pegawai penyiasat ROS.

R.Ramanan yang telah digugurkan keahlian beliau tahun lepas bukan pihak yang menyaman tetapi telah bekerjasama dengan  A.K Ramalingam 'setiausaha agung MIC' dan tujuh lagi pihak yang menentang S.Subramaniam.

Pihak penentang pada asas nya menuntut supaya pemilihan parti MIC yang lepas diisytiharkan batal atas alasan penipuan yang dilakukan S.Subramaniam.

Yang ironi nya R.Ramanan pada tahun lepas telah membuat pelbagai pendedahan dan tuduhan keatas bekas Presiden MIC, G.Palanivel tetapi kini telah membuat U-Turn dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada kumpulan penyokong G.Palanivel...


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10





Tuesday, 1 September 2015

Tiada tindakan keatas Najib dijangka hasil laporan dan saman oleh Anina

Lokasi : Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor


Tarikh : 29/8/2015


Video 3 - Nasihat Tun M kepada Anina Saadudin .. berani buat kena lah berani tanggung..demi perjuangan ahli UMNO mesti berani...no risk no gain. Tun M berpandangan bahawa tiada ada apa tindakan akan dikenakan keatas Najib hasil dari laporan dan saman yang dibuat oleh Anina kerana Najib Razak akan menggunakan kuasa beliau untuk menghalang sistem keadilan dan perundangan dari terlaksana keatas beliau.




Sunday, 30 August 2015

Betul ke Zahid mendalangi gerakan menyaman Najib ???




Kenyataan Media.

MUSTAHILKAH ZAHID HAMIDI DIBELAKANG AININA ?

1. Ainina ahli Umno Langkawi telah memfailkan saman terhadap PM Najib atas isu sumbangan wang RM2.6 bilion Untuk Umno kedalam akaun peribadi Najib.Tindakan Ainina adalah satu keberanian luar biasa seorang Wanita Melayu keatas seorang yang berkuasa dalam negara.

2. Keberanian ini harus dipuji dan dicontohi.Tapi persoalan yang berlegar dipasaran politik hari ini ialah tak mungkin keberanian ini lahir tanpa jaminan perlindungan politik sesaorang yang juga berkuasa.maka timbul lah cakap cakap politik yang kedengaran sekarang ialah mustahilkah Zahid Hamidi TPM dibelakang Ainina.

3. Rasional kepada pertanyaan itu ada, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini Zahid sudah tentu tidak mahu menempah sejarah menjawat jawatan TPM yang paling singkat tempohnya jika usaha undi tidak percaya pada Najib oleh ahli Parlimen ini berjaya menurunkan Najib.Sebab itu dikatakan Zahid terpaksa melakukan apa saja tekanan pada Najib agar berundur secara terhormat.

4.Tetapi Zahid terlupa ada satu lagi halangan beliau ialah kedudukan Tan Sri Muhyidin sebagai timbalan Presiden Umno yang memungkinkan mengambil alih jawatan PM jika Najib turun secara terhormat.Melainkan Zahid kena pasti terlebih dahulu Tan Sri Muhyidin dipecat dari keahlian Umno. Saya percaya Zahid sedang meneroka jalan seterusnya bukan sekadar untuk tidak menjadi TPM yang singkat tetapi melompat selangkah lagi sebagai PM.

5.Jalan berliku terpaksa ditempuhi Zahid.terpaksa lah beliau kena main peranan pembuat satay,cucuk cucuk dan tukang kipas satay untuk bakar satay dan akhir baru dia boleh makan.

UMNO MACAM MACAM ADA.

Dato' Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Ogos 2016/14 Zulkaedah 1436H

--
Sent from my OPPO smartphone

Saturday, 29 August 2015

Gagal jelaskan mengenai sumbangan RM2.6B, Najib disaman ahli UMNO

Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL

Acara : Sidang media oleh Pn Anina Saadudin mengenai saman beliau keatas Presiden UMNO

Tarikh : 28/8/2015


Menggemparkan ! Kerana gagal memberi penjelasan yang memuaskan mengenai sumbangan RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun persendirian beliau, seorang ahli Wanita UMNO Padang Mat Sirat, Langkawai, Pn Anina Saadudin telah memfailkan saman keatas Presiden UMNO , Najib Razak.

Keputusan beliau untuk menyaman bagi pihak UMNO telah menarik pelbagai reaksi dikalangan orang UMNO. Ramai yang menyatakan bahawa Anina tidak boleh bertindak bagi pihak UMNO kerana beliau bukan Pegawai yang diamanahkan . Ada yang menegaskan bahawa tindakan beliau menggunakan saluran perundangan dengan secara otomatik melupuskan keahlian beliau dalam UMNO

Ini perkembangan yang tidak sihat bagi Najib Razak kerana ianya menyentuh soal integriti beliau, tetapi ramai pula dikalangan ahli UMNO memberi reaksi yang berbeza didalam laman media sosial. Mereka memberi galakan dan sokongan kepada Pn Anina yang mereka anggap sebagai Srikandi sebenar yang berani melawan arus.




1
 2
  3
 4
 5
 6
 7
 8


Sunday, 7 December 2014

Di fitnah dan di kritik adalah perkara biasa bagi seorang Perdana Menteri

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014

"That is his right (untuk saman atau ambil tindakan undang undang) but as a politician being attacked and being criticised, fitnah by people is normal... pergi court bagi saya tak guna  tapi bagi PM berguna lah...  saya dulu saya tak report (pi court)  saya jawab laah...kalu saya buat benda yang betul apa nak takut, orang tak akan percaya..  pendapat saya orang Malaysia nih bodoh tak  tahu nak urus (syarikat) penerbangan, sebab tu rugi... bila rugi orang yang buat bagi rugi tu sekarang ni nak perbaik balik.. OK tak ?"...Tun Dr Mahathir




Friday, 6 June 2014

Anwar sepatutnya bayar Tun Dr M RM100 juta bila kalah saman

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014

Setiap individu yang berasa sakit hati disebabkan perbuatan orang lain boleh menyaman pihak tersebut. Tetapi Tun Dr Mahathir tidak gemar menyaman walaupun sepanjang menjadi Perdana Menteri bermacam macam perkara dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyakiti hati beliau.

Sebaliknya Tun pernah disaman malu sebanyak RM100 juta oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2006. Setelah 5 tahun berlalu, keputusan mahkamah memihak kepada Tun dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 kepada Tun. Wang tersebut tidak pun cukup untuk membayar kos guaman.

Ikuti jawapan sinis Tun Dr Mahathir.



Monday, 28 January 2013

Rafizi nafi keluar kenyataan maaf kpd Zahid Hamidi

File pic.


KENYATAAN MEDIA


Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Thursday, 17 January 2013

Anwar pertimbang tindakan hina mahkamah keatas KJ

Venue, Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


1.
 2.
 3



KENYATAAN MEDIA  |  17 JANUARI 2013
KHAIRY JAMALUDDIN MENARIK BALIK TUDUHANNYA DAN MENGESAHKAN WATAK PERKAUMAN UMNO

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.

Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:

“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”

Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.

Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.

Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

“Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.

Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”

Bukan sahaja beliau menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.

Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:

“Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?”

Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.

Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian awalnya yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.

Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.

Kenyataan - kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.

Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan - kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.

Setelah meneliti kenyataan - kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur - unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN


Sunday, 30 December 2012

Mazlan Aliman penyebab PAS kehilangan ahli

Venue : D'Saji Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Event : Sidang media selepas demonstrasi ANAK dihadapan Wisma Felda

Date : 29/12/2012


Nampak gayanya kegiatan Mazlan Aliman bersama ANAK membawa padah kepada PAS dengan kehilangan ahli dalam Felda Kemahang 3. Ikuti penjelasan oleh bekas ahli PAS yang sudah berang dengan 'penipuan' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman bersama kumpulan peguam yang dilantik beliau dalam kes saman peneroka Felda Kemahang 3 keatas Felda. 



Saturday, 1 December 2012

PAU 2012 - FELDA akan saman akhbar pemfitnah

Venue : Bilik Pulau Pinang, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media khas oleh Dato Ahmad Maslan mengenai 'fitnah' yang di lakukan oleh Harakah dan Suara Keadilan

Date : 30/11/2012 @ 12.00 pm




1.
 2.
 3.



Saturday, 10 November 2012

Anwar dijangka akan terkejut besar

Venue  : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Forum anjuran PERKASA - "Kebebasan Beragama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Negara"

Date : 8/11/2012 @ 11.00 pm


Anwar dijangka akan terkejut besar dengan barisan peguambela yang akan membela Utusan Malaysia sekiranya Nurul Izzah meneruskan niat beliau untuk menyaman Utusan. Difahamkan Anwar mengenali rapat salah seorang peguam yang sudah menyatakan kesediaan beliau untuk mempertahankan akhbar orang Melayu yang terulung di Malaysia...



Saturday, 7 July 2012

Mat Sabu akan tetap saman Utusan

Venue : Markas PAS, Taman Melewar

Event : Ceramah Perdana Lebuhraya Rakyat

Date : 6/7/2012 @ 10.00 pm


Kalau betul lah apa yang diceritakan oleh Mat Sabu, Kumpulan Utusan kena lah bersedia  menghadapi kekalahan dalam kes saman yang ni pulak... 




Saturday, 31 March 2012

Go Ahead - Sue me


KEADILAN TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA UGUTAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG


Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.

Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.

Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


31 MAC 2012 


P.S - Saya telah diberitahu melalui sms bahawa laporan tersebut telah dibuat oleh Wan Shahinur Izmir pada jam 11.15 semalam. Tapi sehingga pagi ini salinan laporan masih belum di perolehi dari beliau atau pun dari pihak NFC.   



Saturday, 21 January 2012

Skandal NFC - Zuraida tak gentar disaman Kak Ijat

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Tropicana Damansara, Selangor 

Video 1 : Pelek juga setelah dibalun nya Kak Ijat luar dalam atas dasar peribadi, sekarang Zuraida mengatakan serangan beliau cuma dibuat keatas NFC bukan keatas Kak Ijat secara peribadi. Cepat benar dia lupa pelbagai kenyataan yang dibuat di merata rata tempat...



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.