Showing posts with label haniff khatri. Show all posts
Showing posts with label haniff khatri. Show all posts

Wednesday, 9 September 2020

Tommy Thomas terlepas dari tindakan undang undang kerana melepaskan 11 suspek pengganass LTTE

 Acara : Keputusan Majistret dalam kes saman keatas bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang dituduh menyalahguna kuasa ketika membebaskan 11 suspek pengganas LTTE

Lokasi : Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 9/9/2020


Video 1 - 20200909 Tommy Thomas terlepas dari tindakan saman kerana salahguna kuasa dalam isu pengganas LTTE


Video 2 - 20200909 Azam Buzze akur dgn keputusan Majistret berkaitan saman beliau keatas Tommy Thomas


Video 3 - 20200909 Solusi perundangan untuk pihak yg ingin teruskan kes keatas pengganas LTTE yg dibebaskan



Friday, 23 February 2018

Identiti pemberi dedak didedahkan setelah SPRM gagal mengambil tindakan sewajarnya

Acara : Sidang media mengenai Ops Banteras Dedak

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm



Video 1 - Sidang media hari ini ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Hari ini identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.

Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada  orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka.




*****************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
   4
 5
 6
 7
 8
 9

Thursday, 22 February 2018

PPBM fail Saman Pemula keatas ROS yang menunjukkan sikap berat sebelah

Acara : Sidang media oleh Peguambela dan Penasihat Undang Undang PPBM

Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 22/2/2018 @ 1.00 pm



Ringkasan 

PPBM memfail Saman Pemula keatas ROS

Sejak Nov 2017, ROS telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan orang ramai

ROS tidak memberi sebarang respon keatas surat menyurat daripada PPBM

Oleh kerana sikap ROS yang berlanjutan tidak memperdulikan permohonan PPBM, maka sudah tiba masanya bagi perkara ini dibawa dan diadukan ke Mahkamah. 

Empat deklarasi yang dipohon

  • deklarasi bahawa ROS hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang termaktub dibawah Akta Pertubuhan
  • sekiranya ada apa apa siasatan yang perlu diambil keatas PPBM maka ianya hendak lah dilakukan mengikut peruntukan dibawah Akta Pertubuhan
  • segala kenyataan kenyataan awam ROS yang berbaur niat jahat (Mala Fide) adalah salah dibawah Akta Pertubuhan
  • mana mana aduan oleh mana mana pihak keatas PPBM hendaklah disiasat dibawah peruntukan undang undang yang sama i.e Akta Pertubuhan
Perintah Halangan - Sementara menunggu keputusan Mahkamah, ROS tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh menambahkan kekeliruan orang ramai. 




***********************************************************************************************************************************
1
 2



Wednesday, 14 February 2018

PPBM mengaku parti termiskin lancar Tabung Sumbangan Menentang Kleptokrasi

Acara : Sidang media Presiden PPBM

Lokasi : Bilik media PPBM, Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 14/2/2018 @  2.30 pm












**************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
 11