Showing posts with label hartanah. Show all posts
Showing posts with label hartanah. Show all posts

Wednesday, 20 April 2016

Latitud8 memperkenalkan konsep intigrasi kediaman dengan sistem pengangkutan awam

Acara : Majlis Pecah tanah & meletakkan batu asas LATITUDE 8

Lokasi : Tapak projek bersebelahan LRT Dang Wangi, Jalan Ampang, KL

Tarikh : 19/4/2016


Ringkasan dari Kenyataan Media :

1. Projek Latitud8 merupakan usahasama diantara Crest Builder Holdings Berhad (sebuah anak syarikat 51% kepunyaan Intan Sekitar Sdn Bhd) dan Prasarana Malaysia Berhad.

2. Projek yang berkeluasan 2.72 ekar terletak bersebelahan Stesyen LRT Dang Wangi ini akan mengandungi kompleks perniagaan dan blok kediaman yang keseluruhan kos pembangunanya adalah RM1.10 billion.

3. Peranan Prasarana adalah dalam mempromosi Transit Oriented Development (TOD) yang mana pengangukutan rel akan menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam dalam ibukota.



1
Ucapan  aluan oleh  Tan Sri Ismail Adam, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad
 2
Ucapan aluan oleh Puan Sri Rahayu binti Dato' Sri Tajuddin , Pengerusi Intan Sekitar Sdn Bhd
 3
 4
 5
 6
Ucapan perasmian oleh Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan
 7
 8
 9
 10

Friday, 27 June 2014

Rata rata pemilik hartanah terima cukai baru

Lokasi : Kompleks Sukan Bangsar, Kuala Lumpur

Acara : Sesi Town Hall mengenai penilaian semula hartanah dalam Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/6/2014


Rata-rata pemilik hartanah yang hadir dalam sesi Town Hall tidak membantah penilaian semula hartanah dan kadar cukai pintu yang telah diputuskan Menteri WP. Sesi soal jawab berlegar dalam soal kemudahan awam dan perkhidmatan yang disediakan DBKL. Kebanyakan soalan dapat dijawab terus oleh Menteri WP dan ada beberapa soalan yang perlu dilakukan semakan dan akan diberitahu kepada yang menyoal dalam masa terdekat.

Bottomline - Menteri WP telah nampak gayanya mengotakan janji beliau untuk mendengar rintihan wargakota dan tidak membebankan mereka dengan cukai pintu yang terlalu tinggi disamping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. 






1
2
 3
  4  Wakil OKU mahu potongan khas bagi OKU dan mahukan juga kemudahan yang mesra OKU.
 5
 6
 7  Wakil dari Seri Petaling memuji Menteri WP kerana prihatin terhadap pemilik hartanah dan aktif dalam 'engagement' dengan penduduk.
 8
 9
 10  Penduduk Kg Puah dan pewaris tanah yang luas tetapi bertindih tindih hak milikan mahu pencerahan mengenai kaedah penilaian semula

Friday, 22 November 2013

Kadar Nilai Hartanah KL naik selepas 21 tahun

Lokasi : Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan

Tarikh : 21/11/2013 @ 12.30 pm


Perjumpaan kedua Ku Nan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini bertumpu kepada perbincangan mengenai kenaikan kadar nilai hartanah di Kuala Lumpur yang akan memberikan kesan kepada jumlah cukai pintu yang perlu dibayar. Ini adalah kenaikan atau penilaian semula yang pertama kali dilakukan DBKL sejak 21 tahun yang lalu walaupun mengikut perundangan DBKL boleh melakukan nya setiap 5 tahun.

Bagaimanapun kadar cukai pintu dikatakan tidak akan berubah seperti berikut :

Premis komersial & perdagangan : 12%

Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%




1/19 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10