Showing posts with label tengku adnan tengku mansor. Show all posts
Showing posts with label tengku adnan tengku mansor. Show all posts

Friday, 22 August 2014

DBKL sedia prasarana untuk ucap takziah MH17

Lokasi : Laluan bertutup pejalan kaki Berhadapan Menara DBKL





Update

Salam Hormat,

Tuan/Puan

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan sempena Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 akan diadakan Tafakur selama 1 minit serentak di seluruh Negara pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) di antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. Pada masa bertafakur, orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minit. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lokasi yang telah ditetapkan adalah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.  

3.         Untuk makluman, pengumuman bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan televisyen tempatan. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak media untuk membuat hebahan dan liputan di lokasi tersebut.

4.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan tersebut, boleh hubungi saya Norhazlinawati Binti Mat di talian03 – 2691 2500 / 013 – 2411 337.


Sekian, terima kasih.



'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


               t.t

NORHAZLINAWATI BINTI MAT
Pegawai Perhubungan Awam Negeri
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2691 2500 samb. 115

Faks : 03 - 2691 3320



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Tuesday, 19 August 2014

Staf DBKL ditawar beli rumah Cheras & Abdullah Hj Hukum

Lokasi : Dewan Megapuri, Menara DBKL, KL

Acara : Majlis penyampaian surat tawaran beli rumah Cheras dan Abdullah Haji hukum kepada
kaitangan DBKL

Tarikh : 15/8/2014


DBKL Tawar Rumah Kos Sederhana Kepada Kakitangannya
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 121 warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menerima surat tawaran pembelian rumah kos sederhana bernilai RM140,000 seunit.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata penyerahan surat tawaran itu diberikan khas kepada petugas DBKL Gred E26 dan ke bawah dengan keutamaan mereka yang mendiami kawasan setinggan, menumpang dan menyewa rumah di Kuala Lumpur.


"Sebelum ini saya menyangkakan pegawai kakitangan DBKL ini kebanyakannya telah mempunyai rumah sendiri kerana rasanya mereka lebih maklum tentang pembangunan rumah-rumah di Kuala Lumpur dan sepatutnya lebih mudah untuk membeli rumah sendiri.


"Namun seramai 4,041 orang daripada keseluruhan 10,000 kakitangan DBKL masih belum mempunyai rumah...oleh itu, saya telah meminta DBKL untuk melihat peluang-peluang menjual rumah kepada kakitangannya sendiri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembelian Rumah Kos Sederhana DBKL, di sini hari ini.


Beliau berkata, sebanyak 144 unit rumah ditawarkan di Cheras manakala sembilan unit rumah jenis sama ditawarkan di Kampung Haji Abdullah Hukum dengan harga jualan ditetapkan RM140,000 untuk yang bersaiz 750 kaki persegi dan RM155,000 untuk rumah bersaiz 770 kaki persegi.


Tengku Adnan berkata, pembeli rumah di Cheras boleh berpindah ke rumah baharu dalam tempoh tiga bulan lagi manakala di Kampung Haji Abdullah Hukum pula dalam tempoh sebulan lagi.


Selain dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, setiap unit rumah tersebut turut dilengkapi dengan kabinet dapur, lampu dan sebuah pendingin hawa yang keseluruhannya bernilai RM9,000.


"Diharap dengan pemasangan peralatan tersebut, kakitangan yang membeli akan dapat terus memasuki rumah tanpa perlu bersusah payah menanggung kos untuk penyediaan pemasangan ini," katanya.


Menurut Tengku Adnan, tawaran pembelian rumah kos sederhana itu merupakan program pertama penjualan rumah kepada kakitangan DBKL dan katanya terdapat 32 unit lagi akan ditawarkan kemudian.


"4,041 kakitangan DBKL juga patut diberi keutamaan dan pihak kami akan laksanakan program pembelian rumah ini sehingga kesemua mereka mampu memiliki rumah sendiri," katanya.


Sementara itu, Tengku Adnan turut mencadangkan kerajaan untuk memberi elaun bandar sebanyak RM500 kepada pekerja DBKL yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.


"Saya harap mereka ini dapat dibantu sebaik mungkin kerana gaji paras RM3,000 ke bawah adalah paras kemiskinan bagi yang tinggal di bandar besar," katanya.


-- BERNAMA
Rayuan untuk diskaun oleh wakil staf DBKL




1
 2
  3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13


Friday, 9 May 2014

DBKL pegang janji mengenai Kovil Sri Muneswarar

Lokasi : Kovil Sri Muneswarar Kaliayaman

Acara : Lawatan susulan 

Tarikh :  30/4/2014


Ini adalah lawatan susulan setelah hampir lapan bulan kes kuil ini 'meletop' sehingga
menyebabkan suasana mencurigai antara DBKL dan masyarakat India. Sidang media terakhir khusus untuk kes ini telah dibuat oleh Timbalan Menteri WP, Dato' Loga Bala Nathan pada 4/9/2013

Menara Hap Seng kini sudah hampir siap dan keadaan persekitaran telah pun dikemas dan dibersihkan dan hanya menunggu tenants memasuki premis masing-masing. Persekitaran kuil pun kelihatan kemas dan bersih siap dengan potted plants bagi menghiasi kawasan. 

Saya diberitahu oleh pegawai kepada Menteri WP bahawa pembinaan semula struktur kuil adalah tanggungjawab Hap Seng seperti yang telah dipersetujui.

DBKL telah mengotakan janji dan Kuil Sri Muneswarar Kaliayaman akan kekal berada dilokasi yang sama dan akan diberi wajah baru dalam masa terdekat. Lawatan seterusnya akan dilakukan dalam bulan Ogos tahun ini.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Wednesday, 2 April 2014

MP pembangkang hanya tau fitnah saja

Lokasi : P2, Putrajaya

Acara : Perasmian Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO 
Bahagian Putrajaya 2014

Tarikh : 31/3/2014


Memang itu kenyataan nya, berapa ramai MP atau wakil rakya pembangkang yang turun padang menyelesaikan masalah rakyat ?. Mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman pentadbiran dan bukan berasal dari kawasan yang mereka menangi pun. Yang menjadi mangsa dan tumpuan rakyat untuk meminta bantuan adalah penyelaras DUN atau Parlimen dari BN. Sampai bila mereka ini nak menjadi Pak Sanggup, sedangkan wakil rakyat pembangkang hanya menghabiskan wang rakyat menaburkan fitnah dan tohmah tanpa henti. 





Bagaimana UMNO pantau 20,400 cawangan ?

Lokasi : P2, Putrajaya

Acara : Perasmian Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Putrajaya 2014

Tarikh : 31/3/2014


20,400 cawangan-cawangan UMNO seluruh Malaysia akan memulakan mesyuarat masing-masing mulai 1/4/2014 ~ 18/5/2014. Tarikh untuk mesyuarat Bahagian pula akan ditentukan kemudian. Bagaimana UMNO pantau perjalanan mesyuarat 20,400 cawangan seluruh negara? Mungkin itu lah kelebihan UMNO yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam pengurusan parti dan pentadbiran negara. 


1
 2
 3
 4


Monday, 3 March 2014

KL sebagai pusat tumpuan karyawan seni

Lokasi : Jalan Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Lorng Seni Kuala Lumpur

Tarikh : 2/3/2014 @ 10.00 am


Nota ringkas :

1. Lorong Seni atau "Heart of Art @ KL" terletak di Jalan Mahkamah Persekutan belakang Bangunan Sultan Abdul Samad dan akan ditutup kepada semua kenderaan pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan serentak dengan Go Green - KL Car Free Morning yang telah pun diperkenalkan DBKL

2. Tujuan mengadakan Lorong Seni antara lain untuk membolehkan anak muda mempromosi diri dalam apa jua bidang seni yang mereka ceburi dan menambah pendapatan mereka selain dari memberi ruang melatih mereka berinteraksi dengan para pelancung di Kuala Lumpur. Mereka digalak untuk menjadi cekap dalam sejarah dan lanskap Kuala Lumpur.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
  

Friday, 7 February 2014

Kedai Harga Patut untuk elak penipuan dan tingkat kualiti

Lokasi : Sekitar Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Acara : Lawatan ke Kedai Harga Patut oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 6/2/2014

Kerajaan Kenal Pasti Lebih Banyak Kedai Harga Patut 

 

KUALA LUMPUR, 6 Feb -  Kerajaan akan mengenal pasti lebih banyak premis perniagaan di sekitar ibu negara yang menjual barang keperluan pada harga berpatutan untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut bagi membantu rakyat membuat pilihan semasa berbelanja.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu yang akan dilaksanakan secara berterusan akan membolehkan rakyat berjimat semasa berbelanja sekali gus menangani kos sara hidup.
“Tugas kita adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan membantu mereka mengenal pasti kedai yang menawarkan harga berpatutan dan menggalakkan mereka berbelanja di situ,” katanya  selepas melawat beberapa premis perniagaan makanan di Jalan Medan Tuanku, di sini, Khamis.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, pemantauan akan dilakukan setiap hari ke premis-premis perniagaan runcit dan makanan sekitar ibu negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, penilaian dilakukan berdasarkan dua kriteria utama iaitu mempamerkan tanda harga yang jelas dan menetapkan harga yang munasabah dan bertepatan dengan kualiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Selain itu premis perniagaan tersebut akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menentukan tahap kebersihan sebelum melayakkan mereka menerima pengiktirafan (Kedai Harga Patut) itu,” katanya.
Tengku Adnan berkata, kementeriannya kini dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat seperti lokasi kedai-kedai yang menawarkan harga berpatutan.
Katanya, aplikasi itu yang sedang dibangunkan juga akan membolehkan orang ramai berinteraksi sesama mereka dan berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk berbelanja.
“Konsep ini telah dilaksanakan di Taiwan dan jika kita tengok di sana harga barang tidak naik kerana pengguna berinteraksi sesama mereka mengenai kedai dan lokasi yang menawarkan harga berpatutan sekali gus memberi tekanan kepada peniaga,” katanya.
Pada lawatan itu, sebanyak enam premis perniagaan makanan yang menawarkan harga berpatutan menerima papan tanda Kedai Harga Patut dan ada antara mereka tidak menaikkan harga sejak empat tahun lepas.
(Sumber : UMNO Online)



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10