Lokasi : Dewan Pusat Rekreasi Kepong, Kepong, Kuala Lumpur
Acara : Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2013
Tarikh : 12/10/2013 @ 10.00 am
Kak Ijat mahukan diri beliau dijadikan contoh dan teladan kepada semua wanita dia Malaysia yang berhadapan dengan cabaran getir dalam hidup. Beliau telah melalui segalanya. Diberikan kemewahan hidup dan kedudukan dalam masyarakat dan kemudian terpaksa dengan berat hati melepaskan segalanya disebabkan ujian tohmah dan fitnah yang terpaksa dilalui beliau. Berkat kesabaran dan tekad yang kuat beliau kini bangkit semula dari kejatuhan yang direncanakan oleh musuh.
