Showing posts with label ir zain. Show all posts
Showing posts with label ir zain. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Siapa dibelakang blogger yang menfitnah Ungku Salleh?

Lokasi : IPD Polis Kajang, Selangor

Acara : Sidang media selepas laporan Polis oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, 
Ungku Salleh Ungku Jamal

Tarikh : 15/6/2013 @ 1.00 pm


Laporan Polis dibuat bagi menafikan tuduhan yang dilempar oleh blogger INIGOBLOGPOLITIK dalam entri bertajuk "Zin Badak dibayar Anwar Untuk Pastikan UMNO Kalah di Selangor - Ungku Salleh"

Menurut Ku Salleh beliau telah dinasihat oleh DS Noh Omar untuk membuat laporan Polis keatas penulis blog tersebut. Namun beliau mengambil masa dua hari kerana menunggu sekiranya DS Ir Zin akan membuat laporan Polis kerana tuduhan tersebut dibuat keatas beliau.


1
 2


Friday, 11 May 2012

BN - Najib lancar Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor

Venue : Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor

Event : Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor

Date : 10/5/2012 @ 11.00 am


DS Najib hari ini melakukan empat perkara di Ibupejabat UMNO Selangor iaitu

  • Pelancaran Lagu Sayangi Selangor Yakini BN - bersama Kumpulan Koir Satu Malaysia Universiti Lim Kok Wing dan 
  • Pelancaran Persatuan Barisan Artis Nasional (BRAN)
  • Flag off  untuk Warga Teksi
  • Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor

1/31
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9. Kumpulan Koir Satu Malaysia dari Universiti Lim Kok Wing menyampaikan Lagu Sayangi Selangor Yakini BN
 10.

Monday, 23 April 2012

BN - Call Center

Venue : Bangunan UMON Selangor, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang media dan lawatan ke Call Center BN Selangor

Date : 23/4/2012 @ 2.00 pm



KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEWUJUDAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA



Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.

Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat. Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.

Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.

Selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.

Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.

Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.

Sekian, Sayangi Selangor ; Yakini BN.

DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012