jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label kelab putera 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label kelab putera 1malaysia. Show all posts
Event : Sidang media mengenai bantuan kemanusiaan Rohingya
Date : 19/9/2012 @ 2.30 pm
Ikuti penerangan oleh Datuk Azeez mengenai perubahan jadual dan cara penghantaran bantuan yang akan menggunakan kapal kommersial dan bukan nya kapal TLDM. Azeez baru saja pulang dari lawatan ke Myanmar selama 4 hari dan telah mendapat maklumat terkini dari pihak junta tentera disana dan telah dijanjikan kerjasama yang sepenuh nya oleh mereka.
Venue : Pejabat Kelab Putera 1Malaysia, Jalan Kg Attap, Kuala Lumpur
Event : Sidang Media
Date : 14/6/2012 @ 12.00 PM
MAKLUMAT KANAK-KANAK TERKANDAS DI NEW ZEALAND (NELSON CITY)
Kanak-kanak ini merupakan rakyat Malaysia yang dilahirkan di Muar Johor. Bapanya bernama Hanafi bin Salleh sementara ibunya Nurul Junaidah Joanne bte Abdullah warganegara New Zealand. Mereka telah berkahwin di Johor pada tahun 1999.
Dibawa ke New Zealand oleh ibu mereka tanpa kebenaran bapanya pada tahun 2004. Pada awalnya masih dapat dihubungi tetapi kemudian si ibu telah memutuskan semua komunikasi tanpa memberi tindak balas setiap kali dihubungi baik melalui telefon mahupun email.
Pada tahun 2010 bapa kanak-kanak ini telah dapat mengesan anaknya di Nelson City iaitu sebuah bandar pelabuhan di utara kepulauan South Island, iaitu kira-kira 220km ke barat Wellington setelah agensi berkenaan dapat menghubungi beliau. Sejak dari itu si bapa telah cuba meminta bantuan dari pelbagai pihak sehinggalah beliau telah dinasihatkan untuk berjumpa KP1M.
Kini kanak-kanak tersebut di tempatkan di Nelson Site City Youth and Family sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand sejak Mei 2010. Difahamkan telah ada pemohonan dari dua buah keluarga di New Zealand untuk mengambil mereka sebagai anak angkat sekiranya tiada waris yang menuntut. Hak penjagaan anak ini telah dilucutkan dari ibunya setelah pihak berkuasa New Zealand mendapati si ibu telah terlibat dalam masalah gejala sosial iaitu dadah.
Tindakan segera akan diambil oleh KP1M bagi menyelamatkan akidah kanak-kanak ini yang mana pihak KP1M sedang berurusan dengan pihak berkuasa New Zealand. Kami mendapat bantuan penuh dari Wisma Putera kerana ia melibatkan G 2 G,
Nama kanak-kanak: 1. Muhammad Syayden Ingham bin Hanafi 12 tahun 2. Muhammad Jamey Alano Ingham bin Hanafi9 tahun
Disediakan oleh:
Abdul Khalid bin Chairul
Setiausaha Agung
Kelab Putera 1Malaysia
013-3533233
1.
2.
3.
4.
5. Azeez yakin dapat mengatasi masalah birokrasi dengan ada nya surat beranak kedua dua anak Hanafi yang membuktikan mereka adalah rakyat Malaysia
6. Pn Mariam, nenek kepada kedua dua anak Hanafi tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib kedua dua cucu sulung beliau yang pernah berada dijaga selama 4 tahun
7.
8.
9. Azeez menunjukkan dua surat terakhir yang diterima dari anak anak Hanafi
10. Hanafi pada suatu ketika dahulu bekerja sebagai kelasi kapal dan telah merantau keseluruh dunia sebelum bertemu dan berkahwin dengan ibu kepada kedua dua anak beliau yang kini berada di New Zealand. Kini mereka telah bercerai setelah isteri tersebut melarikan diri ke New Zealand, Hanafi telah pun berkeluarga semula dengan wanita tempatan dan kini bekerja sebagai awak awak kapal nelayan di Muar Johor...