jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Event : Press conference on Food Flotilla for Myanmar
Location : Kontena Nasional warehouse, Petaling Jaya
Date : 5/1/2017
Video 1 - Azeez Rahim Chairman of the Organizing Committee for Food Flotilla for Myanmar has announced that the mission has been postponed from 10/1/2017 to 31/1/2017 to give time for the Myanmar government to respond to their letter dated 12/12/2016.
Azeez has made it clear that the mission shall proceed on 31/1/2017 with or without the approval of the Myanmar government as they have an alternative destination in Bangladesh, Teknaf where 30,000 refugees from Maungdaw are being holed-up.
Mesej yang pendek, ringkas dan padat dari Ketua Misi...sesiapa yang nak ikut misi mesti bersedia mati.. kalau jadi apa apa jangan komplen atau tuntut apa apa dari kerajaan atau pengurusan misi... Secara peribadi saya selalu cuba berfikiran 'di luar kekotak' tapi saya tak mau balik dari misi berada dalam kotak... semoga Allah memberi Hidayah kepada semua yang terlibat..
1.
2.
3. Sdr Shahrul, Pengerusi Gerakan Gagasan Belia 1Malaysia. GGB1M akan menjadi salah satu komponen utama misi.
4. Ketua misi, Pengerusi Kelab Belia 1Malaysia, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim.
Setahun genap sudah kepulangan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia yang berkesudahaan dengan tragedi berdarah dimana salah seorang wakil media telah menemui ajal ditembak Tentera Pengaman Kesatuan Afrika.
Sehingga kini tiada laporan penuh dikeluarkan oleh Wisma Putra atau pihak penganjur setelah laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan sementara Somalia. Banyak cerita yang bercanggah mengenai kejadian tembakan tersebut. Ada yang kata peluru masuk dari atas bahu dan keluar menembusi rusuk kiri dan ada pula yang mengatakan peluru melantun dari bawah dan menembusi rusuk kiri sebelum keluar melalui bahu kanan.
Teman teman media yang sama sama pergi sehingga kini masih ramai yang kabur dengan apa yang sebenarnya berlaku. Harap harap penjelasan dapat dibuat secepat mungkin setelah setahun berlalu. Saya secara peribadi mendoakan misi misi kemanusiaan yang seterusnya ditempat tempat berkonflik tingga akan berjalan lancar tanpa sebarang tragedi melibatkan nyawa mereka yang pergi secara sukarela demi kemanusiaan.
Venue : Pejabat Kelab Putera 1Malaysia, Jalan Kg Attap, Kuala Lumpur
Event : Sidang Media
Date : 14/6/2012 @ 12.00 PM
MAKLUMAT KANAK-KANAK TERKANDAS DI NEW ZEALAND (NELSON CITY)
Kanak-kanak ini merupakan rakyat Malaysia yang dilahirkan di Muar Johor. Bapanya bernama Hanafi bin Salleh sementara ibunya Nurul Junaidah Joanne bte Abdullah warganegara New Zealand. Mereka telah berkahwin di Johor pada tahun 1999.
Dibawa ke New Zealand oleh ibu mereka tanpa kebenaran bapanya pada tahun 2004. Pada awalnya masih dapat dihubungi tetapi kemudian si ibu telah memutuskan semua komunikasi tanpa memberi tindak balas setiap kali dihubungi baik melalui telefon mahupun email.
Pada tahun 2010 bapa kanak-kanak ini telah dapat mengesan anaknya di Nelson City iaitu sebuah bandar pelabuhan di utara kepulauan South Island, iaitu kira-kira 220km ke barat Wellington setelah agensi berkenaan dapat menghubungi beliau. Sejak dari itu si bapa telah cuba meminta bantuan dari pelbagai pihak sehinggalah beliau telah dinasihatkan untuk berjumpa KP1M.
Kini kanak-kanak tersebut di tempatkan di Nelson Site City Youth and Family sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand sejak Mei 2010. Difahamkan telah ada pemohonan dari dua buah keluarga di New Zealand untuk mengambil mereka sebagai anak angkat sekiranya tiada waris yang menuntut. Hak penjagaan anak ini telah dilucutkan dari ibunya setelah pihak berkuasa New Zealand mendapati si ibu telah terlibat dalam masalah gejala sosial iaitu dadah.
Tindakan segera akan diambil oleh KP1M bagi menyelamatkan akidah kanak-kanak ini yang mana pihak KP1M sedang berurusan dengan pihak berkuasa New Zealand. Kami mendapat bantuan penuh dari Wisma Putera kerana ia melibatkan G 2 G,
Nama kanak-kanak: 1. Muhammad Syayden Ingham bin Hanafi 12 tahun 2. Muhammad Jamey Alano Ingham bin Hanafi9 tahun
Disediakan oleh:
Abdul Khalid bin Chairul
Setiausaha Agung
Kelab Putera 1Malaysia
013-3533233
1.
2.
3.
4.
5. Azeez yakin dapat mengatasi masalah birokrasi dengan ada nya surat beranak kedua dua anak Hanafi yang membuktikan mereka adalah rakyat Malaysia
6. Pn Mariam, nenek kepada kedua dua anak Hanafi tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib kedua dua cucu sulung beliau yang pernah berada dijaga selama 4 tahun
7.
8.
9. Azeez menunjukkan dua surat terakhir yang diterima dari anak anak Hanafi
10. Hanafi pada suatu ketika dahulu bekerja sebagai kelasi kapal dan telah merantau keseluruh dunia sebelum bertemu dan berkahwin dengan ibu kepada kedua dua anak beliau yang kini berada di New Zealand. Kini mereka telah bercerai setelah isteri tersebut melarikan diri ke New Zealand, Hanafi telah pun berkeluarga semula dengan wanita tempatan dan kini bekerja sebagai awak awak kapal nelayan di Muar Johor...
Venue : Pejabat Kelab Putra 1Malaysia, Kg Attap, Kuala Lumpur
Event : Pertemuan semula bekas tahanan Lanun Jolo bersama keluarga beliau dan sidang media
Date : 15/5/2012
Kelab Putera 1Malaysia telah berjaya menjalankan misi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan lanun di Kepulauan Jolo, Filipina. Peniaga Cicak Tokek Sdr Nasaruddin telah di culik pada 9/5/2011. PK1M telah berusaha sejak tujuh bulan yang lalu untuk menyelamat dan membawa pulang Sdr Nazaruddin Saidin. Ikuti rakaman sidang akhbar oleh Datuk Azeez Abdul Rahim