Showing posts with label kerajaan selangor. Show all posts
Showing posts with label kerajaan selangor. Show all posts

Wednesday, 6 January 2016

Kerajaan Selangor sudah mulakan, Kerajaan BN & Penang bila lagi untuk rakyat ?

Lokasi : Depoh Bas Jalan UP2/1, Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor

Acara : Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor

Tarikh : 5/1/2016


KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi kawasan kelima yang menyediakan perkhidmatan bas percuma "Smart Selangor" bermula Selasa.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkhidmatan bas yang dikendalikan Rapid Bus Sdn Bhd itu menghubungkan antara Jalan Ukay Perdana dan Jalan Taman Melawati sejauh 18 kilometer dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

"Laluan bas itu meliputi Jalan Ukay Perdana, Jalan Sungai Sering, Jalan Mulia 1/1, Jalan Riana Ukay, Jalan Riana Ukay 1, Jalan Ukay Indah, Lorong Sering 5, Jalan AU 4/2, Jalan AU 5, Persiaran Permata dan Jalan Taman Melawati.

"Bas itu beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari dengan kapasiti 60 penumpang dilengkapi kemudahan WiFi, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya (OKU)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bas Smart Selangor di sini Selasa.

Beliau mengharapkan langkah itu dapat menjadikan sistem pengangkutan awam di Selangor dapat disepadukan dan bergerak dengan lebih efektif dan berkesan di samping mampu guna.

Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta untuk diperluaskan di kawasan luar bandar seperti Selayang ke Kuala Kubu Baru, Kuala Selangor ke Sabak Bernam, daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta bagi kawasan MPAJ dan Kajang dan menyediakan peruntukan tambahan untuk diperluaskan di tempat lain khususnya di kawasan luar bandar seperti di Selayang ke Kuala Kubu Baru.

Semalam perkhidmatan tersebut turut diperkenalkan di Kajang, manakala di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pula pada 1 Julai tahun lepas.


PS : Kalau Azmin Ali meneruskan usaha-usaha sebegini secara konsisten maka jangka hayat politik beliau nampak semakin mengukuh kerana Berjaya memenangi hati pengundi. Pihak lawan jangan salahkan pihak koperat yang bekerjasama kerana mereka cuma berurusan dengan sebuah Krajaan Negeri dan tiada kaitan dengan fahaman politik.


Penumpang bertuah

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12 
13
14

Sunday, 28 October 2012

Isu hartanah Batu Caves - siapa main wayang?

Venue : Pejabat Pentadbiran Batu Caves, Gombak, Selangor

Event : Sidang Media bantahan terhadap rancangan pembangunan hartanah bersebelahan kompleks
kovil Batu Caves

Date : 26/10/2012 @ 11.00 am


Ringkasan :

1. Bantahan keatas pembangunan projek kondominium 29 tingkat disebelah tapak kompleks kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.
2. Pemaju Dolomite Park Avenue dikatakan telah mendapat kelulusan pada tahun 2007 semasa Majlis Perbandaran Selayang masih dibawah BN
3. Senator A.Kohilan (Gerakan) yang pernah menduduki kerusi ahli MPS mengaku cuma terlibat dalam meluluskan Permohonan Merancang pada tahun 2007. Segala kelulusan yang berikutnya termasuk kelulusan memasarkan projek telah diluluskan oleh MPS dibawah kerajaan Pakatan Pembangkang.
4. Pihak pengurusan kuil tidak pernah di beritahu atau di rujuk oleh pemaju dan hanya mengetahui mengenai penjualan unit kondominium setelah iklan .
5. Pihak pengurusan kuil memberi masa sebulan untuk MPS membatalkan projek Dolamite Park Avenue dan sekiranya gagal akan mengheret mereka ke mahkamah.
6. Pengurusan kuil Sri Subramaniar mensasarkan 100,000 akan hadir untuk menunjukan bantahan, tapi cuma 300 orang saja yang datang.


Senator A.Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar dan bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang (1997-2007)

Pihak pengurusan Kuil Subramaniar Batu Caves tidak pernah dirujuk




1/22
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah memberi ucapan.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday, 13 July 2012

Perkasa mahu siasatan terperinci kes Talam Corp

Venue : Pejabat SPRM ,  Shah Alam

Event : Aduan oleh PERKASA Selangor mengenai urusniaga Kerajaan Selangor dengan TALAM Corporation.

Date : 12/7/2012 @ 3.00 pm


PERKASA Selangor hari ini membuat aduan kepada SPRM mengenai kemungkinan ada salahlaku dalam urusan pengstrukturan hutang yang melibatkan kerajaan negeri Selangor dengan Talam Corporation Bhd. Aduan di buat oleh Yang Dipertua PERKASA Negeri Selangor, Sdr Abu Bakar Yahya berdsarkan laporan laporan akhbar..




Membangkang saja walaupun dah jadi kerajaan

Venue : BlueWave Hotel, Shah Alam, Selangor

Event : Forum Air Selangoir anjuran KeTTHA

Date : 12/7/2012 @ 9.30 am


Kerajaan Selangor perlu menunjukkan sikap yang lebih terbuka dan professional sebagai pentadbir negeri ini demi kepentingan dan menafaat rakyat. Jangan main protes saja seolah olah masih lagi menjadi pembangkang dalam negeri yang ditadbir sendiri.




Thursday, 12 July 2012

Khalid Ibrahim makan padi dan bukan nya nasi?

Venue : BlueWave Hotel, Shah Alam, Selangor

Event : Forum Air Selangor anjuran KeTTHA

Date : 12/7/2012 @ 9.30 am


Kerajaan Selangor berkeras mengatakan bahawa Selangor tidak akan menghadapi masalah bekalan air kerana negeri Selangor mempunyai sumber air lain selain dari air sungai, contoh nya air bawah tanah dan air tasik. Kerajaan BN pula melihat masalah air di Selangor dari dua sudut iaitu bekalan air mentah yang semakin tercemar dan loji pemprosesan air mentah sedia ada yang sudah sampai tahap keupayaan maksima. Oleh itu kerajaan BN telah mengusahakan projek Langat 2 yang melibatkan air yang dibawa masuk dari Pahang melalui terowong untuk diproses di Loji Langat.

Ikuti analogi yang diguna Noh Omar yang melihat kemelut dari sudut pandang Menteri Pertanian..




Friday, 6 July 2012

Khalid masuk perangkap Rafizi ?

Venue : Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya, Selangor

Event : Ucapan Penggulungan Forum Bajet Selangor 2013

Date : 3/7/2012 @ 4.00 pm


Walaupun diketahui hampir mustahil kerajaan negeri memberi peruntukan dana untuk kegiatan parti parti politik, namun Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan dalam ucapan penggulungan beliau bagi menjawab usulan yang dibuat Rafizi semasa sesi forum Bajet Selangor 2013...




Wednesday, 4 July 2012

Kertas putih hutang Talam Corp masih belum siap

Venue : Grand Dorset Hotel, Subang Jaya, Selangor

Event : Sidang Media selepas Forum Bajet Selangor 2013

Date : 3/7/2012 @ 5.00 pm



1.
 2.
 3. Mohd Arif, Pegawai Kewangan Negeri
 4.
 5.
 6.


Monday, 9 April 2012

Amokan FAEKAH keatas Khir Toyo


KENYATAAN MEDIA
8 APRIL 2012

KHIR TOYO, TAK TAHU TANYA, JANGAN BODOH SOMBONG.



Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. (Tulisan Dr Khir mengenai isu Geran Selangorku boleh dirujuk di SINI )

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu.  Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naïf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.  Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.  Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat  tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Dato’ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB,  tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.
   
Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.  

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


P.S - Nampak gayanya Faekah masih lagi berperanan dalam Pejabat MB Selangor, contrary to the earlier news I heard of her being asked to vacate her office by PKR's Political Bureau.. Pl refer to PR-Betul ke Faekah Akan di Pecat?



Friday, 30 March 2012

Kerajaan Selangor menekan Persatuan Belia

Venue : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/3/2012 @ 3.30 pm


Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap. Ikuti rakaman kenyataan media yang dibacakan oleh Sdr Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor.



1. Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011


2. Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012

 3
4.
 5.


Friday, 16 March 2012

PR - Kerajaan Selangor akan jadi pembekal kompaktor sampah

Venue : Bilek Gerakan MTES, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang media oleh Ronnie Liu mengenai masalah kutipan sampah di Selangor

Date : 15/3/2012


Sidang Media oleh Ronnie Liu mengenai kemelut sampah di Selangor. Kerajaan S'gor membuat keputusan untuk membeli compactors sendiri dan menyewakan kepada kontraktor. Ketika ini hanya beberapa kontraktors saja yg ada compactors. Mereka ini dikatakan telah mensabotaj dengan menaikkan sewa dua kali ganda kepada kontraktor yang memerlukan kompaktor.. 

Kerajaan S'gor juga akan menubuhkan satu new-co bagi tujuan pembelian dan penyelengaraan kompaktor. Buat permulaan 50 kompaktor akan dibeli. Ini peluang bagi kerajaan negeri menambah pendapatan dari operasi berkaitan sampah. Penjimatan RM18 juta mungkin boleh dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk tong sampah percuma dan sebagainya. 






1. Ronnie Liu
 2. Dato Bandar Petaling Jaya, Dato' Hj Mohamad Roslan bin Sakiman
 3. YDP Majlis Perbandaran Selayang, Dato' Zainal Abidin bin Aala.
 4. YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya, Dato' Asmawi bin Kasbi


Saturday, 14 January 2012

BN - Najib lawat peniaga Kompleks PKNS

Venue : Kompleks PKNS, Shah Alam

PM Najib Razak hari ini meluangkan masa untuk bersama dengan peniaga peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam bagi mendengar keluhan mereka mengenai kadar sewa yang akan dinaikkan sekali ganda oleh PKNS. Ikuti ucapan ringkas Najib