Venue : Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor
Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat
Date : 28/10/2012 @ 10.30 pm
Hebat ! Ini lah Menteri Besar yang terhebat dalam Malaysia semenjak kita memperolehi kemerdekaan. Mungkin 100 tahun lagi pun kita tak jumpa pengganti yang sehebat Khalid. Kebijaksanaan beliau tidak melayakan beliau memegang jawatan dimana mana GLCs.
Prestasi beliau sudah melebihi KPI Menteri Besar yang diperlukan oleh sesebuah negeri. Beliau hanya layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana jawatan Perdana Menteri telah di 'booking' oleh Anwar Ibrahim.
Saksikan bahagian penghujung rakaman yang berikutnya dan anda akan faham maksud kenyataan saya. Bukan calang calang orang boleh membandingkan tahap kebijaksanaan Timbalan Perdana Menteri dengan peniaga char kway teow... Hanya mereka yang betul betul konfiden saja yang mampu melakukan nya dengan lancar tanpa tergagap gagap...
Orang BN yang tak setuju dengan pujian kepada Khalid, lagi baik tolong jawab pasal 'membrane system' yang cuba diketengahkan oleh Dr Xavier. Betul ke lebih 'cost effective'?









