jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Ini salah satu kumpulan radikal anak muda yang mula kelihatan bergerak ketika siri demonstrasi BERSIH yang lalu. Kenali Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia...
Acara : Sidang media selepoas majlis angkat sumpah ADUN Selangor
Tarikh : 21/6/2013 @ 12.00 pm
Ini kenyataan pertama ketua pembangkang DUN Selangor, ADUN Sg Burung Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang baru dilantik. Ada nampak ketokohan sebagai ketua. Harap harap persidangan berjalan rancak dengan perbahasan yang mendatangkan hasil untuk rakyat Selangor
Lokasi : Bilek Media, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Acara : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat
Tarikh : 20/6/2013 @ 1.00 pm
Nasib baik lah Dato Seri boleh fikir panjang, kalau tidak nampak sangat pendek akal macam penganjur boikot ini. Chegu Bard boleh lah boikot, dia bukan YB yang menang dalam PRU 13 yang baru lalu. Kalau nak boikot sepanjang hayat pun tak apa.
Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang Media Anwar Ibrahim selepas laporan Polis mengenai dakwat kekal
yang didakwa tidak kekal
Tarikh : 27/5/2013 @ 12.30 pm
Anwar akui jumlah peserta Blackout 505 semakin menurun disebabkan para peserta mahukan sesuatu yang lebih daripada himpunan dan ceramah aman. Ada dikalangan mereka mahukan perarakan ala BERSIH...Namun beliau memuji PDRM kerana bertindak secara professional dan tidak melakukan provokasi seperti yang didakwa semasa BERSIH yang lalu..
Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang Media Anwar Ibrahim selepas laporan Polis mengenai dakwat kekal
yang didakwa tidak kekal
Tarikh : 27/5/2013 @ 12.30 pm
Anwar Ibrahim mengaku telah mencapai satu persepakatan yang diatur oleh Mantan Timbalan Presdiden Indonesia, Jusuf Kalla kearah 'perdamaian' bersama Najib Razak selepas PRU 13. Ikuti rakaman penjelasan oleh Anwar Ibrahim mengenai kegagalan initiatif 'perdamaian' atau national reconciliation tersebut..
1
2 Jusuf Kalla dan isteri mengambil kesempatan bertanya khabar semasa menghadiri acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31/8/2007
Anwar mendakwa Obama tidak mendapat maklumat yang sebenar mengenai kemarahan rakyat Malaysia terhadap keputusan PRU 13 yang dikendalikan oleh SPR ketika mengiktiraf kejayaan Najib / BN . Beliau juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oelh Pejabat Perdana Menteri tidak konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak Obama. http://www.youtube.com/watch?v=cH3C_OdWqlk&feature=youtu.be (Harap maaf ada sikit masalah teknikal menghubungkan YouTube dengan site ini)
Lokasi : Dewan Keadilan , Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang media Azmin Ali
Tarikh : 10/5/2013 @ 12.00 pm
Saya difahamkan Kak Wan telah menghantar surat kepada Istana Selangor dengan menamakan Khalid Ibrahim sebagai calun tunggal bagi jawatan MB Selangor pada 8/5/2013. Tetapi pihak Istana telah menolak pencalunan tersebut dan meminta tiga nama untuk dipertimbangkan. Saya juga difahamkan oleh wakil media yang rapat dengan Azmin bahawa tiga nama telah dipersetujui oleh ADUN yang memihak kepada Azmin. Selain daripada Azmin, dua lagi nama ialah Yaakob Sapari dan Nik Nazmi.
Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang Media mengenai Himpunan Suara Rakyat
Tarikh : 8/5/2013 @ 11.00 am
Tian Chua bertegas bahawa himpunan malam ini tidak membahayakan keselamatan awam dan Polis tidak patut menghalang kerana ianya diadakan dalam lokasi tertutup. Lagipun lokasi tersebut kepunyaan kerajaan negeri.
Lokasi : Pekan Kepala Batas, Pulau Pinang dalam P.041 Kepala Batas
Acara : Penyerahan memorandum menyokong UMNO / BN oleh NGO yang anggotanya terdiri dari bekas ahli PKR
Tarikh : 3/5/2013 @ 4 pm
Kumpulan 100 kaum India bekas ahli PKR Kepala Batas telah memilih untuk menubuhkan sebuah NGO yang menjaga kebajikan kaum India daripada menyertai parti politik lain. Mereka menyatakan sokongan mereka kepada UMNO / BN dalam satu majlis ringkas penyerahan memorandum yang menyatakan sokongan tersebut.
Lokasi : Taman Kelang Utama, Selangor dalam P.108 Kapar
Acara : Ceramah Umum anjuran DAP
Tarikh : 1/5/2013 @ 5.00 pm
Anwar merasakan diri beliau lengkap dan hebat setelah menjalani hukuman penjara, tidak seperti pemimpin UMNO /BN yang tidak pernah melalui perit jerih seperti yang beliau rasa. Adakkah kenyataan ini dibuat untuk menghalalkan cara?
Lokasi : Taman Kelang Utama, Selangor dalam P.108 Kapar
Acara : Ceramah Umum anjuran DAP
Tarikh : 1/5/2013 @ 5.00 pm
Saya betul betul tak paham apa yang Anwar cuba sampaikan.. Kalau orang Selangor yang bertugas di Sabah nak balik mengundi, apa salah nya ? Kalau ditaja pun apa salah nya? Pembangkang tak lakukan perkara yang sama ke? Atau pun Anwar cuba nak dakwa UMNO / BN bawa masuk orang Sabah untuk mengundi secara haram????.....lagi laaaa tak masuk akal sebab orang Sabah pun perlu mengundi di Sabah untuk menyelamatkan negeri dari jatuh ke tangan Anwar.. Jadi apa cerita sebenar nya?
Lokasi : Taman Kelang Utama, Selangor dalam Parlimen Kapar
Acara : Ceramah Umum anjuran DAP
Tarikh : 1/5/2013 @ 5.00 pm
Saya teramat kecewa dengan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim. Selama ini saya melihat beliau sebagai seorang yang moderate, beribawa dan beradab. Tapi kenyataan beliau yang saya rakam diabwah ini merubah terus pandangan saya terhadap beliau.
Rupanya beliau tidak berbeza dengan pemimpin pemimpin DAP yang lain. Sama saja sikap beliau yang chauvanist dan racist. Ucapan beliau memang penuh dengan tipu nista dan yang terok sekali menghina tahap kenbijaksanaan pemimpin Melayu nombor satu, DS Najib Razak.
Kalau Najib punya otak sebesar otak cicak, bagaimana pula dengan otak orang orang Melayu yang lain? Bagaimana pula otak Hadi, Nik Aziz dan Anwar ? Takkan otak mereka jauh beza dengan otak Najib.
Dengan kata lain Teng memang mewakili pandangan DAP yang paling sial sikap perkauman nya menghina seluruh umat Melayu di Tanah Melayu ini... apa kah tindakkan kita semua?
Ini satu penghinaan yang melampau yang saya tidak boleh hanya lihat dan tidak berkongsi pandangan...
Acara : Sidang media oleh Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhary
Tarikh : 1/5/2013 @ 2.00 pm
Sidang media tergempar diadakan oleh Azlan Lazim untuk mengumumkan penarikan diri dari PKR dan penarikan poermohonan maaf kepada Anwar Ibrahim yang dibuat pada satu sidang media di ibupejabat PKR pada 11/3/2013. Beliau juga berikrar akan kembali kepangkuan keluarga beliau dan akan membantu Saiful mendapatkan keadilan di mahkamah dalam kes liwat beliau dengan Anwar Ibrahim.