Showing posts with label ku nan. Show all posts
Showing posts with label ku nan. Show all posts

Monday, 11 December 2017

Ku Nan jual ikan segar sekali lagi setelah percubaan pertama mendapat sambutan hangat

Acara : Jualan Ikan Segar Separuh Harga @ Putrajaya

Lokasi : Padang Pusat Komuniti, Presint 9, Putrajaya

Tarikh : 11/12/2017



Video 1 - Jualan ikan segar separuh harga akan diteruskan dilokasi berlainan sekitar Putrajaya dan kemungkinan akan ada tambahan produk lain bagi manfaat penduduk Putrajaya. Untuk hari ini 3 Tan ikan pelbagai jenis dengan harga purata RM6 se kg habis dijual dalam masa kurang dari 2 jam.


*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Nadiputra yang kerugian dijual untuk perbaiki perkhidmatan bas untuk warga Putrajaya

Acara : Majlis permeteraian perjanjian ambil alih ekuiti syarikat Pengangkutan Awam
Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd

Lokasi : Grand Pavillion Garden, Putrajaya Shangri-La

Tarikh : 11/12/2017



Putrajaya 11/12/2017 - Menteri WP,  Tengku Adnan hari ini menyaksikan permeteraian perjanjian bagi pengambilalihan ekuiti dalam syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) oleh Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd (KBESM)

PAPTT adalah anak syarikat Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (PULSE) sementara KBESM pula adalah anak syarikat milik penuh GETS Global Berhad (GETS).

Dibawah urusan pengambilalihan ini GETS akan memegang 79.99% saham PAPTT melalui KBESM. Ini merupakan lanjutan kepada MOU yang telah dimeterai pada 12/10/2017.

Terdahulu GETS telah mengumumkan akan melaksanakan sistem pengangkutan awam bas elektrik sepenuhnya di Putrajaya menjelang 2025 dengan lima daripadanya akan beroperasi bermula suku kedua tahun 2018 menggantikan bas NGV sedia ada.

Mengenai PAPTT

Diperbadankan pada tahun 1995. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan mengurus perkhidmatan bas bandar, Terminal Putrajaya Sentral, perkhidmatan Park & Ride, tempat letak kereta dan perkhidmatan pelancongan. PAPTT ketika ini mempunyai 170 buah bas NGV untuk laluan perkhidmatan bas henti henti dalaman Putrajaya dan laluan sambungan ke Lembah Klang. PAPTT dimiliki bersama oleh Perbadanan Putrajaya dan PULSE Group.

Mengenai PULSE Group

www.pulsegroup.com.my adalah anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya. Selain PAPTT, PULSE Group memiliki syarikat Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd dan Putrajaya Floria Sdn Bhd dengan portfolio perniagaan berteraskan pusat MICE, pengurusan hotel, pengurusan pusat rekreasi, perkhidmatan makanan dan minuman, pengurusan acara dan pengurusan taman. Kumpulan PULSE adalah pemegang saham utama PAPTT dengan 79.99% kepentingan ekuiti.

Mengenai GETS Global

Ianya dahulu dikenali sebagai KBES Berhad dan beroperasi di Kamunting, Perak. Ianya menjalankan tiga segmen perniagaan termasuk pemegangan pelaburan, perkhidmatan bas ekspress dan fabrikasi kenderaan. Antara anak-anak syarikat GETS Global adalah Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (M) Sdn Bhd, Super Coach Assembly Plant Sdn Bhd dan Santero Sdn Bhd, pengimport bas FOTON di Malaysia. 


Video 1 - Sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian.
Min 1:50 Peringatan dan teguran Ku Nan kepada pihak media mengenai ' spinning' fakta. SEMUA AKAN MENGADAP TUHAN



*****************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11

Tuesday, 28 November 2017

Ku Nan mohon maaf kepada SLOW LEARNERS yang terguris hati

Acara : Sidang media Tengku Adnan selepas perjumpaan dengan rombongan Persatuan Alumni UITM

Lokasi : Pejabat SUA UMNO, Tingkat 38, Menara Dato'Onn

Tarikh : 28/11/2017




Video 1 - Permohonan maaf Ku Nan



Video 2 - Kenyataan media oleh Presiden Persatuan Alumni UITM, Zaini Hassan.. kepada yang tiada kaitan dengan UITM jangan masuk campur dan cuba ambil kesempatan dari isu berbangkit untuk political mileage



*************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Saturday, 25 November 2017

Ku Nan berkongsi realiti alam politik dengan para graduan

Acara : Majlis Anugerah Nadi Negara 2017

Lokasi : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL

Tarikh : 25/11/2017


Video 1 - Ucapan aluan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Jalil



Video 2 - Ucapan motivasi kepada para graduan universiti yang hadir oleh Tengku Adnan



Video 3 - Ku Nan bercerita mengenai sejarah beliau bersama UMNO setelah dipanggil oleh Dr Mahathir untuk membantu menguruskan UMNO ketika beliau masih terlibat aktif dalam dunia korporat dan bagaimana kehidupan beliau berubah dengan kehendak Illahi.



Video 4 - Sidang media selepas majlis perasmian




*****************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
9
 10

Sunday, 18 December 2016

Yayasan Wilayah Persekutuan menceriakan 300 kanak-kanak menyambut Krismas

Acara : Jom Shopping Krismas

Lokasi : Pusat Beli Belah SOGO, Kuala Lumpur

Tarikh : 18/12/2016



Video 1 - RM250,000 diperuntukkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan membantu 300 kanak-kanak Kristian dari rumah-rumah kebajikan dan mereka yang kurang bernasib mendapatkan pakaian baru bagi menyambut perayaan Krismas. Sebahagian daripada peruntukkan tersebut juga telah diagih kan kepada 13 gereja sekitar Kuala Lumpur bagi mereka menyiapkan tempat ibadah tersebut menjelang sambutan Krismas.



*********************************************************************************


 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
Busker ini masih SINGLE ?? :)
 13