Showing posts with label masyarakat acheh. Show all posts
Showing posts with label masyarakat acheh. Show all posts

Friday, 10 September 2021

Lagi misi bantuan dari Melayu berketurunan Acheh Malaysia untuk mangsa banjir Yan, Kedah dengan kerjasama Perintis Bersatu

 Acara : Pelepasan konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Yan, Kedah anjuran Persatuan Melayu Berketurunan Acheh Malaysia (PERMEBAM) dengan  kerjasama Perintis Bersatu Malaysia

Lokasi : Kawasan parkir Menara MPAJ, Ampang, Selangor

Tarikh : 10/9/2021


Pelepasan misi bantuan untuk mangsa banjir Yan, Kedah anjuran Persatuan Melayu Berketurunan Acheh Malaysia (PERMEBAM) dengan kerjasama Perintis Bersatu Malaysia. Misi melibatkan 58 kenderaan pelbagai jenis membawa pelbagai barangan keperluan asas selain dari bahan makanan yang dikatakan sudah melebihi apa yang mangsa di Yan perlukan. PERMEBAM menghulurkan bantuan tunai RM20,000 dan 15 tan barangan keperluan dengan jumlah nilai RM60,000 untuk misi ini. Perintis pula menjadi pemudah cara dan menyediakan tenaga kerja dalam kerja kerja pengagihan bantuan melalui 'networking' mereka seluruh negara


______________________________________________________________________________________________________

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14


Tuesday, 20 January 2015

Masyarakat berketurunan Acheh teguh sokong BN

Lokasi : Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Ambutan Maulidur Rasul Akbar Masyarakat Acheh KL ke-29

Tarikh : 18/1/2015


Setengah juta orang Acheh di Malaysia adalah rakyat Malaysia yang sah dengan sijil kerakyatan dan mempunyai MyKad masing-masing. Mereka juga merupakan kelompok yang menjadi penyokong kuat Ahli Parlimen Titiwangsa dan telah memberi 100% pada beliau dalam dua pilihanraya umum yang lalu.

Dalam ucapan perasmian beliau, Tengku Adnan yelah memperingatkan orang Acheh yang hadir supaya menjaga kebersihan premis perniagaan mereka dan berniaga mengikut permit dan lesen yang telah diberikan. Mereka juga di ingatkan supaya jangan terlibat dalam sebarang kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara ini dan jangan sesekali mengadakan gerakan pemisah Acheh dari Indonesia berpusat di Malaysia.



Ini jawapan Ku Nan berhubung perbuatan hasutan yang kerap kali berlaku sejak akhir akhir ini yang melibatkan sensitiviti agama.


1
2
3
4
5
6
7
8
9  Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno
10  Tanda perasmian Surau Komuniti Masyarakat Acheh Kampong Baru, Kuala Lumpur