Showing posts with label mpt. Show all posts
Showing posts with label mpt. Show all posts

Thursday, 27 September 2018

PPBM mengambil langkah mengukuh dan memperbaiki struktur pentadbiran

Acara : Sidang media mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Lokasi : Lobi Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 27/9/2018 @ 12.30 pm



Alhamdulillah Presiden Bersatu sudah kembali dan mampu mempengerusikan mesyuarat khas MPT hari ini. Mesyuarat hari telah memutuskan perkara perkara berikut:-

1. Marzuki Yahya menggantikan Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung

2. Dr Radzi Md Jidin menggantikan Kamaruddin Mohd Noor sebagai Ketua Penerangan Pusat

3.Penubuhan Jabatan Pendaftaran Ahli yang akan diketuai oleh Rais Hussin

4.Penubuhan Biro Latihan yang akan diketuai oleh Azlinda 

5. Pembubaran struktur pimpinan PPBM Negeri Sembilan yang bermasalah. Rais Yatim diberi tugasan untuk menstrukturkan semula PPBM negeri Sembilan

6. Bahagian Ampang dan Subang di negeri Selangor juga dibubarkan atas alasan masalah disiplin.

7. Mesyuarat Agung tahunan akan diadakan pada 30/12/2018.

8. Pemecatan keahlian Nasiruddin Mahmud yang memberi masalah di Negeri Sembilan.

9. Lembaga Disiplin juga telah mengambil pelbagai tindakan disiplin keatas 5 ahli dalam kemelut Pasar Ramadhan Jalan Masjid India .

10. PPBM juga akan melakukan tinjauan dan kajian terperinci sebelum mengembang sayap ke Sarawak.



*****************************************************************************************************************************
1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11

Friday, 10 August 2018

Dr Mahathir akan pastikan para Menteri sensitif terhadap isu MARA

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM

Lokasi : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor, PJ, Selangor

Tarikh : 10/8/2018



Ikuti  rakaman penuh sidang media ini yang merangkumi isu MARA, lawatan Dr Mahathir ke Jepun, kemasukan PPBM ke Sarawak, gaji minimum dan keadaan terkini TSMY.




**********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
11



Monday, 28 May 2018

Akhir nya PPBM terpaksa buka pintu kepada ahli UMNO dengan syarat mudah

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM

Lokasi : Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor

Tarikh : 28/5/2018 @ 5.30 pm




Sidang media MPT PPBM

Ringkasan perbincangan :-

1. Kes kes penipuan oleh SPR yang menyebabkan beberapa calon PH kalah

2. Peningkatan mengejut dalam minat orang ramai menyertai PPBM termasuk lah dari orang UMNO

3. Syarat untuk ahli UMNO menyertai PPBM ialah mereka mesti keluar dari UMNO dan menjadi bebas dan menyatakan pendirian mereka terhadap kerajaan PH.

4. Sekarang ini PPBM menerima 1,000 permohonan sehari untuk menyertai parti tersebut.

5. PPBM tidak menjemput media kemajlis majlis iftar kerana tiada bajet ...majlis hanya terbuka kepada ahli.

6. Untuk rumah terbuka Aidil Fitri PPBM, MB Perak akan menjadi host... samada ada bajet untuk wakil media hadir tidak pula disebut. 

Seterusnya Dr menjawab beberapa soalan pemberita termasuk lah mengenai projek keretapi laju ke Singapura.



************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Thursday, 3 November 2016

Tiada sayap WANITA dalam PPBM

Acara : EGM perlantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 2/11/2016



Video 1 - Proses angkat sumpah jawatan oleh setiap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi termasuk lah Pengerusi dan Presiden PPBM



Video 2 - Kenyataan Presiden PPBM.. antara lain .. tiada sayap WANITA dalam PPBM.. hanya PEMUDA dan SRIKANDI sahaja..



Video 3 - Kenyataan Pengerusi PPBM. Peningkatan mendadak dan kebertanggungan hutang kepada satu sumber boleh mendatangkan masalah dan bahaya kepada negara pada masa hadapan..




Video 4 - PPBM & PAS akan adakan perbincangan peringkat kepimpinan bagi mencari peluang kerjasama politik antara mereka sebelum Konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 12/11/2016



Video 5 - Dr M agak kesal Ibrahim Ali tidak berterus terang mengenai hala tuju perjuangan politik beliau tetapi tegas bahawa PPBM akan berjuang untuk kepentingan semua rakyat Malaysia tidak keturunan dan agama. 




Video 6 - Ahmad Husni di alu alukan menyertai PPBM,tetapi semua nya bergantung kepada tindak balas UMNO terhadap beliau yang telah membangkitkan soal 1MDB didalam Parlimen baru baru ini





*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
  8
 9
 10