Showing posts with label mubaligh. Show all posts
Showing posts with label mubaligh. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Lina Joy hubungi ibu ketika takbir Raya

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh :  17/8/2013 @ 12.00 PM


Hubungan antara ibu dan anak masih terjalin walaupun si anak memilih untuk murtad dan berkahwin dengan lelaki Indian berugama Kristian. Lina Joy (Azlina Jailani) kini menetap di Perth, Australia bersama suami dan seorang anak perempuan berusia lima tahun. Ikuti pengakuan Puan Kalsom Omar (Mak Som) yang sering dihubungi oleh Lina Joy terutama nya menjelang musim Raya. Lina Joy gemar mengirim cokelat kepada Mak Som tetapi melarang ibu nya memakan cokelat yang manis kerana mengetahui ibu nya mengidap penyakit kencing manis seperti juga beliau. 





Sekolah missionary antara punca Kristianisasi yang nyata

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh :  17/8/2013 @ 12.00 PM


Diantara individu yang paling aktif dalam isu Kristianisasi dan Islam murtad ialah Datuk Zulkifli Noordin. Beliau memilih untuk melihat punca gerakan Kristian berakar akar umbi kukuh di Malaysia tanpa kita sendiri menyedari nya. Ikuti kupasan beliau mengenai umat Melayu / Islam yang mengagungkan ikon Kristian yang diujudkan oleh gerakan mubaligh Kristian dari zaman kolonial lagi... Bekas pelajar Muslim St. John, Methodist Boys School, St Mary Girl School, Convent Girl School dan sebagainya pasti akan menyedari kupasan ini...

Perlu ditekan bahawa matlamat mubaligh Kristian ialah mengubah atau melonggarkan pegangan umat Islam kepada agama Islam.. tanpa meng-Kristiankan mereka secara formal. Memadai dengan umat Islam terikut ikut cara kerana kehidupan mereka yang bebas...



Zulkifli dua dari kanan, bersama ibu Lina Joy, Puan Kalsom Omar - berkerusi roda