Showing posts with label nur ramadan. Show all posts
Showing posts with label nur ramadan. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Najib berkongsi kesedihan bersama jemaah Iftar

Lokasi : Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur 

Acara : Majlis penutup Nur Ramadan anjuran Kementerian WP

Tarikh : 20/7/2014



Perdana Menteri hari ini menyempurnakan majlis penutupan siri Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan beriftar bersama hampir 3,000 orang tetamu. Beliau juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al-Najihin dan saguhati kepada 2,100 orang golongan yang memerlukan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 14 July 2014

Sukarelawan ke Gaza bila keadaan mengizinkan

Lokasi : Masjid Al-Akram, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Acara : Nur Ramadan Parlimen Titiwangsa, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan

Tarikh : 13/7/2014


Menurut Ku Nan, UMNO akan memantau dan akan hanya melepaskan penghantaran 50 pakar perubatan ke Gaza setelah keadaan disana mengizinkan. Kelmarin Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Terdahulu Ku Nan telah menyempurnakan Program Nur Famadan, Parlimen Titiwangsa yang merupakan program rasmi KWP dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara pihak KWP dengan warga WP. Sumbangan RM10,000 telah disampaikan kepada Masjid Al-Akram disamping sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, OKU, warga emas dan golongan yang memerlukan



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11


Sunday, 6 July 2014

Anjung Singgah WP di Lorong Hj Taib

Lokasi : Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2, Batu 6, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Parlimen Batu)

Acara : Program Nur Ramadan Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 6/7/2014


Menteri WP sebentar tadi mengesahkan bahawa Anjung Singgah Wilayah Persekutuan akan beroperasi di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur sebelum penghujung tahun ini. Empat lokasi telah dikenalpasti dan DBKL akan memilih dua premis rumah kedai untuk tujuan tersebut. Pusat tersebut akan dilengkapkan dengan ruang masak dan makan, hostel dan juga tempat rawatan dan perubatan untuk digunakan oleh gelandangan, golongan fakir miskin dan penagih dadah disekitar Kuala Lumpur.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10