Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Friday, 21 May 2021

Bantahan terhadap kekejaman regim Zionis tetap dijalankan dalam kengkangan PKP

 Acara : Konvoi solidariti bersama Palestin

Lokasi : Jalan Tun Abdul Razak berhadapan Kedutaan Amerika Syarikat

Tarikh : 21/5/2021


MAKLUMAN


Kami Pemuda Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin akan mengadakan *konvoi berkenderaan sambil membawa bendera Palestin*๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ di sepanjang Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. (Melalui Kedutaan Amerika, Masjid Tabung Haji).

*Kepada pendukung dan pencinta Palestin/Al-Aqsa* yang ingin turut serta bersama-sama menyertai konvoi, anda digalakkan mengikut aturcara dan ketetapan yang di berikan. *(Bawa bendera masing2 serta kibarkan tanda solidariti)*

Ketetapan adalah seperti berikut :

*Tarikh : 21 Mei 2021(Jumaat)*
*Masa : 2.00 Petang*
*Lokasi pertemuan : Shell Taman Greenwood, Gombak.*

Bagi yang berdekatan kawasan Kuala Lumpur :-

*Tarikh : 21 Mei 2021(Jumaat)*
*Masa : 2.30 Petang*
*Lokasi pertemuan : Shell Jalan Tun Razak, berdekatan Titiwangsa.*

‼️๐Ÿ†˜‼️๐Ÿ†˜‼️๐Ÿ†˜‼️

*Peringatan* : 

Sila patuhi SOP‼️

1. *Satu kenderaan 3 orang.*
2. *Memakai Pelitup muka.*
3. *Tidak melakukan Provokasi.*
4. *Ikuti kenderaan di hadapan dengan perlahan.*

Sekian, terima kasih.

*Solidariti untuk Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ*

*Nota* : 

Program konvoi Solidariti ini bukanlah anjuran mana-mana NGO atau Parti Politik, ini adalah inisiatif masyarakat yang sedar akan konflik perang di antara Palestin&Israel. 

Ayuh rakyat Malaysia, kita bangkit menunjukkan Solidariti kita kepada Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ dan masyarakat dunia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKuala Lumpur with Palestine๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
#MalaysiansLovePeaces

Contact :
En.Lastri
+60 10-240 8977





1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18




Saturday, 2 August 2014

Sekitar himpunan Selamatkan Anak-Anak Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan aman "SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA" anjuran
Viva Palestina dan Aqsa Syarif

Tarikh : 2/8/2014


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 14 July 2014

Sukarelawan ke Gaza bila keadaan mengizinkan

Lokasi : Masjid Al-Akram, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Acara : Nur Ramadan Parlimen Titiwangsa, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan

Tarikh : 13/7/2014


Menurut Ku Nan, UMNO akan memantau dan akan hanya melepaskan penghantaran 50 pakar perubatan ke Gaza setelah keadaan disana mengizinkan. Kelmarin Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Terdahulu Ku Nan telah menyempurnakan Program Nur Famadan, Parlimen Titiwangsa yang merupakan program rasmi KWP dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara pihak KWP dengan warga WP. Sumbangan RM10,000 telah disampaikan kepada Masjid Al-Akram disamping sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, OKU, warga emas dan golongan yang memerlukan



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11


Friday, 16 November 2012

Demo Pemuda PAS bantah serangan keatas Gaza

Venue : Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan

Event : Demonstrasi Bantahan oleh Dewan Pemuda PAS keatas serangan yang dilakukan oleh 
Rejim Yahudi Israel keatas bumi Gaza, Palestin

Date : 16/11/2012 @ 2.00 pm




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.