Showing posts with label nurul nuha. Show all posts
Showing posts with label nurul nuha. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Keluarga Anwar putuskan untuk hantar petisyen kepada YDP Agong

File pic.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA

24 FEBRUARI 2015

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Hari ini merupakan hari ke-15 ayahanda kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan agar ayahahanda kami dibebaskan dari penjara.

Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dan dihukum penjara selama 5 tahun. Jesteru itu ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik.

Kami telah mengemukakan segala fakta-fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar untuk diteliti secara menyeluruh melalui petisyen tersebut.

Oleh yang demikian, kami dengan meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.

NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom


************************************
Untuk para pembaca semua saya ulang tayang jawapan yang telah saya terima dari bekas peguam Anwar Ibrahim, Zulkifli Noordin bagi semua memahami pra-syarat pemgampunan oleh YDP Agong

"Cuma pengalaman saya dahulu sbg peguam Anwar dia enggan mohon pengampunan. Sebabnya dia mesti memenuhi 3 syarat:

1. Mengaku kesalahan;...

2. Menyesal dgn kesalahan;
3. Mengaku tidak akan ulang lagi kesalahan.

So definitely Anwat tidak akan mohon pengampunan. Tapi itu dululah. Sekarang wallahua'lam🙈"

************************************


Sunday, 22 February 2015

"WE WILL NEVER SURRENDER" masih lesu dan tidak bermaya

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Hari ini hari ke-12 Anwar dipenjarakan dan kali kedua himpunan ini diadakan. Tema minggu lepas "Rakyat di-liwat Najib" tetapi hari ini tema bertukar kepada "Lawan Tetap Lawan". Bersempena musim sambutan Tahun Baru Cina, pihak penganjur telah membawa kumpulan Tarian Singa untuk menghiburkan orang ramai yang berada di persekitaran SOGO.

Kehadiran kumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak melebihi 50 orang. Selepas Tarian Singa ucapan ringkas disampaikan oleh Nik Nazmi (Ketua AMK), Mohd Fakhrul Razi (Pemuda PAS), Adam Adli (Aktivis anak muda) sebelum disudahi oleh Nuru Nuha.

Penganjur mensasarkan 7/3/2015 sebagai kemuncak himpunan di hadapan SOGO dan menjemput orang ramai hadir sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Melihat kepada kelesuan penganjur mengumpul kumpulan 'anak muda' hari ini dan minggu lepas, saya ragui himpunan terakhir akan dapat lonjakkan dari segi sokongan orang ramai dan dari penyokong Anwar sendiri. Beberapa orang kenalan bekas Reformis sebaya saya turut hadir memerhati dari jauh 'budak-budak' buat kerja.

Program hari ini yang  bermula lebih kurang jam 4.45 pm dan berakhir 5.15 pm tanpa ada sebarang perarakan seperti minggu lepas..

Saya difahamkan Adam Adli dan Faris Musa (Ketua Jingga13) telah ditahan Polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang lebih kurang selepas 15 min acara berakhir.




1  Pengunjung SOGO dihiburkan oleh penyanyi jalanan. 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 14 February 2015

Berapa banyak lipas tidor bersama Anwar dalam penjara ?

Lokasi : Kediaman Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media umum pelancaran "March2Freedom"

Tarikh : 11/2/2015




Can someone verify the claims made by Nurul Nuha...ex-convicts, wardens or whoever who have had dealings or have had experienced living in the Sg Buloh prison cell ? That will help give credence to her claims.. 

Jangan lupa baca 



1
 2



Friday, 13 February 2015

Anak-anak Anwar lancar gerakan 'March2Freedom'

Lokasi : Kediaman Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media umum pelancaran "March2Freedom"

Tarikh : 11/2/2015



UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA NURUL NUHA ANWAR 11 FEBRUARI 2015


Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali. Setelah 17 tahun bergelumang dengan tekanan, fitnah, gangguan-gangguan dan penganiayaan berakhir dengan sebuah lagi hukuman penjara.

Serangan demi serangan dilakukan untuk menamatkan karier politik ayahanda yang kami cintai. Penganiayaan jahat seperti ini ke atas ayahanda kami tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita ini.

Dalam tempoh 17 tahun yang lepas, Ayahanda kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kesungguhan serta erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama, erti kasih sayang. Dialah contoh yang terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan kezaliman.
Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir hayat. Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami.

Tujuh belas tahun yang lepas merupakan sebuah tempoh yang lama. Kita tidak tahu berapa lama lagikah perjuangan ini akan berterusan, tetapi kami akan bersama-sama dengan ayahanda kami sehingga nyawa berada di hujung badan. Kami berharap sokongan daripada rakyat Malaysia akan terus berkembang dalam perjuangan menuntut sebuah Malaysia yang adil bagi rakyat.
Saya ingin mengakhirkan kenyataan ini dengan petikan daripada kenyataan bapa saya;
“Perjalanan ke penjara ini, saya anggap sebagai pengorbanan untuk rakyat Malaysia. Saya telah berjuang seumur hidup untuk rakyat - dan untuk rakyatlah saya sanggup untuk dipenjara atau akibat-akibat lain.
Perjuangan ini akan diteruskan, dimana jua saya dihantar dan apa jua yang dilakukan kepada saya.”

“March to Freedom” adalah kesinambungan perjuangan ini. Perjuangan untuk membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman di Malaysia.

Marilah bersama kami dalam perjuangan ini - sama-sama kita hentikan kezaliman.

1
  2
  3
 4
 5
 6
 7
  8
 9  Anak anak Anwar dari kiri - Ihsan (#3), Nurul Hana (#6), Nurul Iman (#5), Nurul Nuha (#2), Nurul Izzah (#1) dan Nurul Ilham (#4)
 10