Showing posts with label pak samad. Show all posts
Showing posts with label pak samad. Show all posts

Sunday, 14 October 2012

Penyokong PAS tak tertarik dengan Konsert BERSIH ?

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert Bersih 2.0

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm


Mana pergi nya penyokong PAS? Mereka lah yang selalunya menjadi penggenap angka dan yang meramaikan sesuatu majlis anjuran komponen pembangkang. Kehadiran orang ramai amat amat mengecewakan walaupun pelbagai promosi telah dilakukan di media media alternatif sejak 3 minggu yang lalu. Hujan sejak tengah hari mungkin boleh dijadikan alasan yang mudah oleh pihak penganjur. Tapi kalau meriam air boleh ditentang apa ada hal dengan hujan renyai renyai ?.. Mungkin kah penganjur gagal memahami minat dan kehendak penyokong PAS... ? 

Saya fokus kepada penyokong PAS kerana mereka inilah yang berkemampuan menyediakan 'critical mass'  yang diperlukan oleh pihak penganjur. Gagal memahami mereka maka berkemungkinan besar majlis atau acara mereka akan gagal dari segi jumlah kehadiran. Dalam permainan politik, angka memainkan peranan yang penting untuk menghantar mesej kepada lawan dan kawan. 

Semasa saya singgah di Stadium pada jam 6.20 pm, saya anggarkan cuma 200-300 orang sahaja yang berada dipersekitaran pentas konsert. Bila saya kembali semula pada jam 10.00 pm, jumlah nya hanya meningkat ke 1,000 orang saja paling ramai. Bagaimanapun persembahan artis yang sempat saya saksikan, Republic of Brickfields dan ITO and The Gang amat menghibur dan tidak mengecewakan.

Penganjur tidak boleh pandang enteng terhadap kehendak dan minat kumpulan yang menyediakan 'critical mass'  ini sekiranya ingin berjaya dalam penganjuran pada masa masa hadapan. Ambiga pernah gagal dalam penganjuran acara seperti ini di tempat yang sama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Beliau perlu ambil pengajaran...

1/33
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday, 31 August 2012

Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan membosankan

Venue : Sekitar Datran Merdeka, Kuala Lumput

Event : Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Date : 30/08/2012 @ 11.50 pm


Heboh diperkatakan bahawa kumpulan Baju Kuning yang dikepalai oleh Pak Samad akan keluar beramai ramai membanjiri jalanraya sekitar Dataran Merdeka menjelang titik 12 malam tadi. Tapak sambutan Hari Kemerdekaan ini akan digunakan bagi acara perarakan pada 31 Ogos dan persiapan rapi telah pun dilakukan. Oleh itu kawasan Dataran memang ditutup dan tiada acara menjelang sambutan Hari Kemerdekaan seperti konsert dan permainan bunga api diadakan disini pada tahun ini. Setahu saya acara tersebut hanya dilakukan di KLCC.

Rakaman saya bermula dari jam 11.50 pm sehingga lah jam 1.00 pagi 31/12/2012. Saya difahamkan oleh petugas media lain bahawa Pak Samad, Mat Sabu dan Khalid Samad ada kelihatan di celah celah 3,000-4,000 orang peserta Baju Kuning yang hadir. Tiada ucapan seperti yang berlaku semasa Bersih 3 disampaikan oleh Pak Samad atau pemimpin pemimpin politik yang lain. 

Tiada kejadian yang diluar kawalan pihak keselamatan berlaku semasa saya berada disana. Cuma bunyi bising alat tiupan serta sedikit letupan mercun sahaja yang kedengaran... Bagi saya yang sudah biasa dengan persekitaran ralli dan demonstrasi, acara ini agak membosankan. 


1/19
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.



Saturday, 7 July 2012

Rapat Perdana Lebuhraya Rakyat - artis bawa karung hijau

Venue : Markas PAS Taman Melewar

Event : Rapat Perdana Lebuhraya Rakyat

Date : 6/7/2012 @ 9.30 pm

1/25
 2.
 3.  Pak Salleh blogger http://paksalleh.blogspot.com mendeklamasi sajak derma akhirat
 4.
 5.
 6. Pyan Habib melelong 10 naskah buku terbaru beliau dan mendermakan 50% kepada tabung lebuhraya rakyat
 7.
 8.
 9. YDP PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dengan ucapan aluan dan ceramah beliau
 10. Presiden Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Dinsman menyampaikan ucapan. PAKSI menjadi penganjur bersama Rapat Rakyat kali ini.

Friday, 25 May 2012

Ambiga enggan terima risalah Halau 1.0

Venue : Kediaman Ambiga, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Event : Protes kumpulan belia Halau 1.0

Date : 24/5/2012 @ 4.30 pm


Kumpulan belia yang bernaung di bawah Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia telah melancarkan gerakan 'HALAU 1.0' dan cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga. Bagaimanapun risalah tersebut hanya diterima oleh Pak Samad yang mewakili Ambiga dan bertindak sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0. 


1/13 Jalan menghala ke kediaman Ambiga semua disekat dan di kawal pihak Polis dan PDRM.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13. Pegawai Polis bernama Bari boleh menggunakan budibicara dan tuturkata yang lebih sesuai dengan pihak media yang membuat liputan. Yang berada didepan rumah Ambiga rata rata wakil media sahaja. Mereka hanya menjalankan tugasan  dan tidak perlu lah 'dihalau' dengan suara yang meninggi. Cukup sekadar memberitahu tahu sahaja. Kami pun bukan nya nak berpanas lebih lama dilokasi. Jangan pulak nanti di label sebagai sekuriti peribadi kepada Ambiga pulak Encik..


Wednesday, 16 May 2012

Pasca BERSIH 3 - Jangan ganggu Ambiga

Venue : KL & Selangor Chinese Assembly Hall, Kg Attap, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Bersih 2.0

Date : 16/5/2012 @ 11.00 am




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.