jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Venue : Padang bola, Taman Seraya, Pandan, Kuala Lumpur
Event : Ceramah Merdeka Rakyat
Date : 12/6/2012 @ 10.00 pm
Azmin mempertahankan Ambiga yang dianggap ramai sebagai dalang utama dalam gerakan Bersih 3. Disebabkan Ambiga, Bersih 3 dianggap sebagai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan orang Melayu.
Venue : Kediaman Ambiga, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Event : Protes kumpulan belia Halau 1.0
Date : 24/5/2012 @ 4.30 pm
Kumpulan belia yang bernaung di bawah Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia telah melancarkan gerakan 'HALAU 1.0' dan cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga. Bagaimanapun risalah tersebut hanya diterima oleh Pak Samad yang mewakili Ambiga dan bertindak sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0.
1/13 Jalan menghala ke kediaman Ambiga semua disekat dan di kawal pihak Polis dan PDRM.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13. Pegawai Polis bernama Bari boleh menggunakan budibicara dan tuturkata yang lebih sesuai dengan pihak media yang membuat liputan. Yang berada didepan rumah Ambiga rata rata wakil media sahaja. Mereka hanya menjalankan tugasan dan tidak perlu lah 'dihalau' dengan suara yang meninggi. Cukup sekadar memberitahu tahu sahaja. Kami pun bukan nya nak berpanas lebih lama dilokasi. Jangan pulak nanti di label sebagai sekuriti peribadi kepada Ambiga pulak Encik..
Sdr Azam meragui keputusan Majlis Peguam yang meluluskan usul mengenai kekejaman Polis ketika menyuraikan para demonstran yang mengambil bahagian dalam BERSIH 3. Keraguan timbul kerana proses mengenalpasti keahlian yang longgar dimana sesiapa saja yang tahu nombor keahlian seseorang ahli boleh menghadiri dan mengambil bahagian dalam proses pengundian
Tumpukan kepada minit ke 5 - 6 mengenai pengakuan Ambiga kepada Sdr Azam yang ditemui ketika EGM Majlis Peguam.
Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur
Event : Ceramah Perdana, Langkah Rakyat ke Putrajaya
Date : 11/5/2012 @ 10.00 pm
Kalau dah macam ni punya berani dan terang terangan menyerang UMNO, tunggu apa lagi Tamrin...serahkan saja borang keahlian seumur hidup PAS kepada Nik Aziz dengan kadar segera.
Lagi baik jadi hero dalam PAS dari menjadi penderhaka kepada UMNO... Cargassss Tamrin...
Event : Lawatan oleh Ketua Wanita UMNO dan Timbalan Menteri Kesihatan pasca Bersih 3
Date : 30/4/2012
Kak Ijat dan rombongan beliau bersama dengan Timbalan Menteri Kesihatan telah melakukan lawatan dan ziarah keatas mereka mereka yang tercedera didalam demonstrasi BERSIH 3 baru baru ini. Walaupun berlaianan fahaman politik Kak Ijat tetap menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang Muslimah, namun pembaca lihat lah sendiri bagaiamana menebal sikap berdendam Ketua Muslimah Selangor yang buat sikap layan tak layan walaupun yang menziarah beliau berbesar hati melakukan ziarah tersebut. Cermin lah diri dan cari jawapan dalaman mengapa anda berada dalam keadaan terlentang di HKL sekarang ini... adakah segalanya salah kerajaan BN / UMNO sahaja dan anda tidak ada salah langsung? Ikhlas lah dengan diri sendiri dan kikiskan sikap berdendam yang amat amat ditegah dalam Islam...
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang Media Pasca BERSIH 3
Date : 30/4/2012 @ 11.30 am
Kali pertama melihat kehadiran begitu ramai wakil media yang begitu kritikal dan persisten menyoal balas Anwar Ibrahim termasuk lah seorang lelaki bernama Benji Lim, peserta Bersih 3 yang menyelinap masuk kedalam sidang media. Benji tidak puas hati kerana pihak penganjur tidak menerangkan secara jelas bahaya yang bakal dihadapi oleh para peserta. Beliau juga tidak berpuas hati kerana penganjur gagal mengawal perjalanan demonstrasi. Anwar terpaksa menggunakan segala pengalaman beliau menjawab isu pokok yang ditimbulkan oleh wartawan yang hadir iaitu mengenai rempuhan penghalang yang dilakukan demonstran yang dilihat hasil dari arahan yang diberikan oleh Anwar dan Azmin Ali...
Biasanya untuk sidang media hanya beberapa keping gambar saja yang saya paparkan, tapi untuk kali ini saya ingin berkongsi ekspresi Anwar Ibrahim dalam suasana sidang media yang tidak berapa memihak kepada beliau... saksikan..