Showing posts with label pamoga. Show all posts
Showing posts with label pamoga. Show all posts

Tuesday, 19 January 2016

Konsert Mega Gegar Vaganza hebat tetapi terlalu panjang

Lokasi : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Acara : Konsert Mega Gempar Vaganza

Tarikh : 15/1/2016


Penonton yang hadir sudah pasti nya terhibur dengan persembahan hebat dari semua artis yang mengambil bahagian, lawak yang bersahaja oleh kedua dua pengacara dan aksi sporting Dr Vida, penaja utama konsert ini.

Walaubagaimana pun kalau tempoh persembahan dipendekkan kesekitar 2 jam sahaja lagi sesuai untuk deria penonton yang terpaksa bertahan sehingga  hampir 12.30 am (tiga jam setengah) pada malam pertama. Malam kedua dan ketiga saya tidak mengetahui berapa tempoh nya..



1
The perfect gentleman escort will always be in PINK
 2
  3
  4
  5
Siti Nurdiana
  6
Jihan & Nabil
  7
Nabil, Nassier Wahab, Khatijah Ibrahim & Jihan
 8
Ramli MS 'nak muntah' :) 
 9
  10

Saturday, 9 January 2016

Gegar Vaganza bakal gegarkan Istana Budaya

Lokasi : Istana Budaya, KL

Acara : Sidang media KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA

Tarikh : 7/1/2016


Konsert yang dijadualkan bermula 15 sehingga 17 Januari 2016 akan mengabungkan bintang-bintang Gegar Vaganza 1 & 2 dengan ditajai oleh penaja utama Pamoga Qu Putih.

Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Ayai Illusi, Rahmat Mega, Haleeda, Achong, Haiza, Amir Ukay's, Zul HandyBlack, Nizam Laksamana, Sharifah Zarina, Azian Mazwan Safuan, Sheeda, Sam Innuendo, Fazli Zainal dan ramai lagi.

Konsert yang berdurasi selama 2 jam setengah itu akan menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan lagu yang akan didendangkan lebih daripada 30 buah. Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 orang pemuzik professional dan penyanyi latar dibawah iringan Okestra Tradisional Malaysia pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.   

Tiket-tiket Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya berharga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899 (beserta hidangan cocktail) akan dijual mulai 7/1/2016 menerusi www.ticketcharge.com.my


Video 1 - Penaja mahu nama Pamoga Qu Putih sinonim dengan industri hiburan tanahair 

1
 2
 3
 4
 5 
 6
7