Lokasi : Istana Budaya, KL
Acara : Sidang media KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA
Tarikh : 7/1/2016
Konsert yang dijadualkan bermula 15 sehingga 17 Januari 2016 akan mengabungkan bintang-bintang Gegar Vaganza 1 & 2 dengan ditajai oleh penaja utama Pamoga Qu Putih.
Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Ayai Illusi, Rahmat Mega, Haleeda, Achong, Haiza, Amir Ukay's, Zul HandyBlack, Nizam Laksamana, Sharifah Zarina, Azian Mazwan Safuan, Sheeda, Sam Innuendo, Fazli Zainal dan ramai lagi.
Konsert yang berdurasi selama 2 jam setengah itu akan menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan lagu yang akan didendangkan lebih daripada 30 buah. Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 orang pemuzik professional dan penyanyi latar dibawah iringan Okestra Tradisional Malaysia pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.
Tiket-tiket Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya berharga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899 (beserta hidangan cocktail) akan dijual mulai 7/1/2016 menerusi www.ticketcharge.com.my
Video 1 - Penaja mahu nama Pamoga Qu Putih sinonim dengan industri hiburan tanahair
1
2
3
4
5
6
7
Sesekali berlibur tanpa politik yang membingitkan....terima kasih tuan punya blog! Kalau boleh upload konsert nanti ya, kalau boleh lah buat kita kita yang jauh sekali nih.
ReplyDeleteKIpidap DS Vida..!!! Sememangnya Ds Vida dan Gegar Vaganza tidak dapat dipisah....ibarat lagu dan irama. Disamping berniaga produk kecantikan, DS Vida turut membantu bidang seni secara tak langsung. Teruskan perjuangan dan semoga Qu Putih terus sukses dan cemerlang, 'Qu Putih...Qu Putih...Barulah Putih...."...
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletedan ada juga yang menggunakan slogan dato vida utk pemimpin juga. mungkin sebab pemimpin kita kurang mempromosikan produk orang orang tempatan, dengan cara ini pun tidak mengapa, boleh lah pemimpin kita tolong sokong jenama malaysia. semoga berjaya.
terima kasih.
salam.
Deletedato alif terlajak lari juga akan menaja sukan bola sepak begitu juga anak kepada arwah dato sosilawati. teruskan usaha anda semua. kami doakan berjaya.
tetapi baru baru ini kita dikejutkan dengan letupan di jakarta. saya mengucapkan takziah kepada warga jakarta. semoga semuanya akan pulih seperti sediakala.
kegiatan is ini merupakan satu percaturan yahudi. tetapi banyak dari kalangan kita tidak tahu tentang hal ini. memang benar kata tun dr mahathir, ia terjadi selepas dunia mengakui kewujudan negara israel.
kita sudah maklum israel tidak pernah senang dengan dunia islam dan sentiasa memerangi wilayah gaza di palestin. keganasan yang berlaku kita patut kutuk dan memulaukan israel kerana tidak mempunyai rasa kemanusiaan terhadap penduduk gaza.
is juga satu bentuk cara utk menunjukkan islam agama yang menganjurkan keganasan. kita semua patut menolak kegiatan is juga keganasan yahudi di palestin.
kita mahukan dunia bebas dari peperangan.
terima kasih.
salam.
ReplyDeletedato alif terlajak laris nak taja pasukan bolasepak merah kuning. tak berkenan sangat cara pasukan bolasepak selangor menyergah dato alif sebegitu. anda ingin tajaan, buat lah cara hormat dengan tukang taja. apa yang boleh diterima idea nya, ambil. kalau tak, masih boleh dibincangkan cara baik. tak begitu seronok lah macam ni.
dato vida pun mempunyai syarat syarat utk pasukan kelantan. tapi pasukan kelantan tak lah biadab sangat dengan dato vida apabila kurang menyetujui syarat yang diberi. tak mahu ditaja sudah, diam diam. kalau saya jadi dato alif , sudah tentu saya malu. malah saya boleh balas lebih teruk.
oh ya, hari ini saya keluar utk membeli barang barang saya yang ditaja oleh suami saya. mencuba bb cream d herbs dan serum qu puteh. qu puteh, qu puteh...semoga puteh.
terima kasih.