Showing posts with label pantai timor. Show all posts
Showing posts with label pantai timor. Show all posts

Wednesday, 4 January 2017

RELA bersedia misi bantuan keseluruh kawasan banjir

Acara : Majlis pelepasan konvoi Misi Bantuan RELA ke kawasan banjir Pantai Timor

Lokasi : KDN Putrajaya

Tarikh : 4/1/2017


Video 1 - TPM Zahid Hamidi menyempurnakan majlis pelepasan konvoi Misi Bantuan RELA ke kawasan kawasan yang dilanda banjir di Pantai Timor. Misiiniakan melakukan panghantaran bantuan keseluruh negara dimana sahaja banjir melanda dan bantuan diperlukan. Bantuan yang dihantar merupakan sumbangan dari pelbagai pihak termasuk dari Ahli Kehormat / Bersekutu RELA.


*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Tuesday, 6 January 2015

Wow YDP Perkasa Besut sewa heli untuk hantar bantuan banjir

Lokasi : Kolam Pancing, Bukit Lagong, Selayang, Selangor


Tarikh : 4/1/2015


Ringkasan kenyataan Ibrahim Ali :

1. Terima kasih kpd semua ahli Perkasa seluruh Semenanjung Malaysia yg turun membantu mangsa banjir

2. Terutamanya kpd perkasa Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Selangor, Penang dan Terengganu

3. Kedah saja 10 lori trailer sudah dihantar ke Kelantan, begitu juga dengan Negeri Sembilan.

4. Wira Perkasa Larut, Taiping dan Sg Siput turun bantu kerja kerja pembersihan

5. Perkasa bukan saja lantang bagi Bumiputra tetapi juga kerja amal jariah yg dijalankan diperingkat kawasan parlimen seimbang dengan kelantangan Perkasa, bukan hanya retorik.

6. Contoh nya pahang, Bera. Johor, Pulai, Perak, Kedah 10 lori 10 tan

7. YDP Besut sewa helikopter hantar bantuan ke Kelantan - special thanks from Tok Him dan diharap mereka akan terus menabur bakti

8. Bagi kawasan yg tidak terlibat dalam bencana, Perkasa yang bertugas di kawasan bencana diminta mengenal pasti penerima yang daif untuk menerima bahan binaan seperti zink, papan dan bata
Ini bagi membolehkan kediaman mangsa-mangsa banjir yang termiskin dapat dibina semula secara gotong royong sebelum urusan birokrasi kerajaan selesai.

9. Ini sebagai proses latihan jihad dalam harta dan orang ramai dan syarikat besar yg sanggup menyumbang disalur melalui perkasa. Sila hubungi YDP kawasan atau
Setiausaha Agung Perkasa di 014-9218508






Sunday, 4 January 2015

DBKL hantar misi mencuci kotoran banjir Pantai Timor

Lokasi : Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut, KL

Acara : Pelepasan

Tarikh : 2/1/2015


Misi bantuan dianggotai 120 kakitangan DBKL dengan disokong oleh 40 kenderaan pelbagai jenis akan berada di Pantai Timor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kesan banjir. Mereka akan manjalankan misi dilapangan selama 10 hari dan akan berada dibawah kelolaan Majlis Keselamatan Negara.

Dalam sidang media Tengku Adnan telah memberi pujian kepada pengurusan DBKL kerana telah mengambil langkah-langkah proaktif yang berjaya menghalang berlaku nya banjir kilat walaupun menerima taburan hujan yang lebat melebihi kadar biasa. Pembersihan longkang dan perparitan menjadi salah satu cerita kejayaan utama. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11

Gambar konvoi misi bantuan DBKL semasa melintasi pekan Raub di rakam