jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur
Event : Penyerahan memorandum dan bahan bukti kekejaman Polis oleh Solidarity Anak Muda Malaysia
Date : 7/5/2012 @ 2.30 pm
Video 1 : AC Ramli mewakili IGP menerima bahan bukti dan memorandum dari Chegu Bard
1. Ramai betul wakil media menunggu untuk menyaksikan pertembungan diantara kumpulan yang pro dan anti kerajaan.. Kumpulan pro kerajaan sengaja menunggu ketibaan kumpulan Chegu Bard setelah mengetahui akan kehadiran mereka pada jam 2.30 pm..
2.
3.
4.
5.
6. Face-off antara dua wakil anak muda yang mempunya idealism yang bertentangan. Nasib baik semua berlaku didepan pulohan wakil media dan Polis. Kalau tidak pasti kaki dan tangan akan naik .....
Presiden BAR Council, Lim Chee Wee telah menyiapkan Laporan Awal mengenai BERSIH 3 dan kekejaman yang dilakukan Polis ketika menyuraikan demonstran. Laporan penuh akan disiapkan setelah perbincangan dengan Polis.
Tetapi dengan menyaksikan dua klip video dibawah, saya yakin laporan tersebut akan jadi berat sebelah.. saksikan bagaimana peguam yang menjadi pemerhati menyalahkan Polis kerana tidak melayan permintaan mereka untuk berjumpa pendemo yang ditahan di Pulapol...Keadaan di PULAPOL ketika itu bukan keadaan seharian di balai Polis biasa. Arahan sudah tentu nya di kawal selia oleh pihak atasan.
Adakah mereka sedar bahawa 300 lebih orang sedang di proses dokumentasi untuk membolehkan mereka dilepas awal. Mereka tidak langsung memberi pujian mengenai pelepasan yang begitu cepat dilakukan PDRM...
Mereka yang melanggar perintah mahkamah tidak disalahkan tapi PDRM yang menegakkan undang undang dan perintah mahkamah pulak dituduh macam macam. Kalau tak langgar undang undang, tiada lah 'brutality by the Police' . Mungkin mereka ini memang menggalakkan 'breaking of the law' untuk cari makan... entah lah... saksikanlah klip berikut nya dan nilai sendiri...
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang Media pasca Bersih 3
Date : 30/4/2012 @ 11.30 am
Seorang peserta Bersih 3, Benji Lim yang tidak berpuas hati dengan pengendalian acara tersebut telah menyelinap masuk kedalam sidang media dan mengambil kesempatan menyoal Anwar Ibrahim. Saksikan klip ini bagaimana Anwar berdepan dengan situasi...