Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang
Acara : Cakna Ilmu - Mendepani Pemikiran Tun Dr Mahathir
Tarikh : 30/4/2015
Majlis anjuran Universiti Sains Malaysia ini khusus untuk pelajar USM sahaja dan semua yang memasuki dewan dikehendaki menunjukkan kad pelajar kecuali wakil media. Saya difahamkan majlis ini telah ditunda dari tarikh awal kerana kesihatan Tun Dr Mahathir yang tidak mengizinkan ketika itu.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar USM untuk mengenali lebih dekat tokoh negarawan yang terulung dan mendengar sendiri pengalaman Tun M sebagai pelajar universiti dan seterusnya sebagai ahli politik .
Tun mendedahkan bahawa beliau sebenarnya ingin menjadi peguam tetapi terpaksa menerima saja tawaran dalam jurusan yang bukan menjadi pilihan iaitu jurusan perubatan . Beliau pada mulanya berpendapat bahawa untuk membela nasib bangsa, profession yang paling sesuai ialah sebagai seorang peguam. Tidak beliau sangka sebagai seorang doktor beliau dapat mendekati rakyat dan memberi khidmat dan seterusnya membela bangsa setelah terlibat dalam politik.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10