jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label prk n20 Sg limau. Show all posts
Showing posts with label prk n20 Sg limau. Show all posts
Strategi Klinik Kesihatan di PDM untuk mendekati pengundi. BN tidak menggunakan pendekatan yang serupa kah? Berapa ramai Doktor yng aktif bergerak dalam UMNO / BN selain daripada Dr Novandri ?
Acara : Ziarah oleh Wanita UMNO diketuai DS Shahrizat Jalil
Tarikh : 2/11/2013
Kak Ijat dan rombongan petang tadi menziarah empat rumah di Kg Bukit Besar untuk meninjau keluarga yang memerlukan bantuan sara hidup. Sesuatu yang menarik berlaku dirumah terakhir yang kami lawati dimana sekumpulan pemancing undi Muslimah PAS pun turut berada didalam rumah yang sama. Pada awal nya saya tidak dapat mengenal pasti mereka kerana pakaian mereka tidak seperti pakaian 'serebeh serebeh hijau hitam' ala ala muslimah PAS yang biasa kita lihat.
Apabila semua jurugambar dan pemberita keluar dan menunggu diluar rumah, saya terdengar hilaian dan ketawa yang kuat dari dalam rumah tersebut. Saya pun mengambil inisiatif untuk masuk semula kedalam rumah untuk merakam detik-detik 'kemesraan' antara jentera kempen Muslimah PAS dan ketua jentera kempen Wanita UMNO....Yang pasti ada bibit kemesraan dan cerita antara mereka yang mentaut kan mereka ketika itu..
Nampak gayanya Kak Ijat mempunyai karisma untuk menjadikan beliau 'Ketua Umum' buat Wanita Umno dan Muslimah PAS. Kak Ijat mempunyai touch-points beliau tersendiri..