Showing posts with label johari abdul. Show all posts
Showing posts with label johari abdul. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Anwar diumpan dengan Bapok ???

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Begitu lah esok-esok tuduhan Anwar diumpan dengan bapok akan timbul pula setelah terkeluar cerita konon-konon nya Polis menyamar sebagai banduan untuk pantau Anwar dalam penjara.

Anwar sekarang adalah seorang banduan, bukan wakil agensi pelancungan yang sedang mencuba kemudahan hotel. Itu lah hakikat nya. Pemantauan melalui CCTV tidak boleh dijadikan isu dan pihak penjara dan Menteri sekalipun tidak harus melayan kerenah Ahli-ahli Parlimen ini.

CCTV ini pun untuk kebaikan  dan keselamatan Anwar didalam penjara. Manalah tau kalau kalau ada banduan yang berdendam dengan Anwar ambil tindakan meliwat beliau pulak 


1
 2
 3
 4


Ahli Parlimen merayu minta dihormati pegawai penjara

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Hakikat nya pihak Penjara Sg Buloh tidak pernah memberi kelulusan atau persetujuan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan berjumpa dan 'bermesyuarat' dalam penjara. Namun notis yang diberi Wan Azizah terbukti satu penipuan dan penganiyaan kepada 'rakan-rakan media' yang turun membuat liputan. Sudah pasti Kak Wan mengetahui bahawa pihak penjara tidak memberi sebarang kelulusan walaupun permohonan telah dibuat. Ini diakui sendiri oleh MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar.

Alasan yang diberi Shamsul Iskandar untuk mereka meneruskan agenda berjumpa Anwar ialah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang di Parlimen dan banyak perkara yang perlu diputuskan setelah mendapat persetujuan Anwar.

Sekiranya pihak penjara membenarkan pertemuan hari ini, ianya akan menjadi teladan atau precedent kepada banduan-banduan berprofil tinggi yang lain. Nanti ada pula Pengarah Urusan yag dipenjarakan memohon untuk mengadakan AGM dalam penjara.





1
 2
 3
 4
 5



Tuesday, 13 May 2014

PKR menjanjikan peluang menjadi pemimpin

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


Sidang media Johari Abdul berjalan hampir sejam dan penerangan dilakukan panjang lebar dan ada yang berulang ulang... tetapi secara ringkas nya saya dapat merumuskan bahawa kekecohan yang berlaku sana sini boleh lah dianggap sebagai sebahagian daripada proses "managing success" oleh JPP. 

Apa yang dimaksudkan ialah dari segi jumlah calon yang menawarkan diri sampai mencecah 10,000 orang dan jumlah besar yang keluar mengundi pun di luar jangkaan JPP sendiri. 

Berbanding tahun 2004 dimana calon terpaksa 'dipujuk' untuk bertanding, kini terlalu ramai yang ingin menjadi pemimpin. Ini menunjukkan PKR mempunyai masa depan yang cerah dan dapat menjanjikan peluang dan wadah politik kepada ramai calon.



10 Cabang PKR Selangor kena undi semula

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


10 daripada 22 Cabang dalam Selangor disahkan batal pemilihan dan akan berlaku pemilihan semula :-

1. Ulu Langat
2. Sabak Bernam
3. Sungai Besar
4. Subang
5. Kelang
6. Selayang
7. Kota Raja
8. Kuala Selangor
9. Ulu Selangor
10. Kapar




1
 2
 3  L-R  **Abd Malek Hussin - Pengerusi Panel Bantahan JPP, Johari Abdul - Pengerusi JPP, Dr Tan Yee Kew - Timbalan Pengerusi JPP
 4

** Abd Malek Hussin yang juga bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections)


Monday, 4 November 2013

PRK N.20 - Human-touch penting dalam kempen

Lokasi : Markas PAS, Sg Limau, Yan, Kedah

Acara : Sidang Media harian PAS

Tarikh 2/11/2013 @ 11.00 am


Strategi Klinik Kesihatan  di PDM untuk mendekati pengundi. BN tidak menggunakan pendekatan yang serupa kah? Berapa ramai Doktor yng aktif bergerak dalam UMNO / BN selain daripada Dr Novandri ?