Showing posts with label ramesh rao. Show all posts
Showing posts with label ramesh rao. Show all posts

Saturday, 28 March 2015

Masih ada yang sanggup mati untuk Rosmah dan Najib??

Lokasi : PJ Industrial Park, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media "Langkah Mayat Saya Dulu" oleh Ramesh Rao

Tarikh : 27/3/2015



Sebentar lagi akan bermula himpunan #kitalawan dihadapan SOGO yang dijangka akan berlarutan sehingga ke KLCC.. Jumlah pendemo tidak lah dapat dipastikan. Polis telah pun memulakan operasi menahan dan mereman 'kepala-kepala' yang biasa mengepalai siri himpunan dihadapan SOGO sejak kelmarin.

Dalam banyak banyak NGO di Malaysia hanya NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) sahaja yang mengambil inisiatif untuk berhadapan dengan pendemo dan mempertahankan majlis perkahwinan anak Najib dan Rosmah dari diganggu pendemo. Majlis bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Hulubalang perang dari seluruh Pahang pun tidak kedengaran memberi kata sokongan atau berjanji untuk turun berkampong dan mempertahankan keselamatan majlis perkahwinan anak Najib.

Alasan besar yang diberi Presiden PMSP ialah untuk menghalang pendemo dari menganggu VVIP dari negara asing yang bakal menarik campurtangan mereka dalam urusan negara ini. Kalau setakat NGO preman apalah sangat yang dapat dilakukan oleh PMSP? Tidak kah kawalan keselamatan PDRM mencukup ?. Adakah PMSP memandang kecil kemampuan PDRM ?

Maka tidak dapat tidak, saya terpaksa timbulkan persoalan MENJILAT... Ikuti jawapan Ramesh dipenghujung rakaman video.



1
2
 3
 4
 5

Sunday, 25 January 2015

Isteri MP 'minta nyawa' takut malu pasal perintah sita

Lokasi : Taman City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PMSP mengenai penyitaan pejabat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng

Tarikh : 22/1/2015


Kes saman fitnah oleh MP Segambut, Lim Lip Eng keatas bekas ahli DAP Serdang Baru, Yap Kwan Meng telah memihak kepada Yap Kwan Meng. Pihak mahkamah telah memerintahkan Lim Lip Eng membayar RM27,000 beserta kos mahkamah sebanyak RM500.

Yap Kwan Meng terpaksa mengambil tindakan menyita pejabat MP Segambut setelah beliau enggan membayar walaupun setelah lapan bulan penghakiman mahkamah dibuat.

Firma guaman Lim Lip Eng adalah panel peguam MPSJ. Perbalahan antara Lim Lip Eng dan Yap Kwan Meng bermula apabila Yap mempersoalkan jumlah yuran RM55,000 yang dikenakan keatas MPSJ bagi melawan saman yang di failkan keatas MPSJ oleh sebuah premis perniagaan. MPSJ sebenarnya telah melantik sebuah firma lain yang telah meletakkan jumlah yuran sebanyak RM15,000 bagi mewakili MPSJ.

Lim Lip Eng telah menggunakan pengaruh dan networking DAP dalam MPSJ untuk 'merampas' kes tersebut dari firma yang telah dilantik terdahulu itu. Oleh kerana Yap Kwan Meng telah membuat 'bising', MPSJ telah menyemak semula kes tersebut dan hanya membuat pembayaran sebanyak RM15,000 kepada Lim Lip Eng kerana itu lah jumlah yang wajar dibayar mengikut skala yuran guaman.

Bagi menutup malu Lim Lip Eng telah menyaman Yap Kwan Meng, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada Yap Kwan Meng seperti disebut diperenggan pertama.

Sebagaimana yang telah diberitahu kepada saya, ADUN Teratai (DAP) adalah pengerusi jawatankuasa yang melantik panel peguam dalam MPSJ.

Ikuti kenyataan media oleh Sdr Ramesh Rao untuk mengetahui apa yang telah terjadi dan bagaimana isteri Lim Lip Eng 'minta nyawa' untuk menutup aib hampir disita.





1
 2
 3  Tony Tan bekas setiausaha kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok juga telah disaman oleh Teresa Kok kerana mempersoal kedudukan kewangan DAP cawangan Seputih
 4  Yap Kwan Meng bekas Auditor DAP cawangan Serdang Baru
 5



Thursday, 8 January 2015

Desak RCI siasat skandal balak Kelantan.. mana perginya Ku Li ?

Lokasi : PJ Industrial Park, Sec 16, PJ, Selangor

Acara : Sidang media PMSP mendesak penubuhan RCI untuk siasat skandal balak Kelantan

Tarikh : 6/1/2015


Ringkasan kandungan video dibawah :

1. Laporan pakar alam sekitar dihantar kepada kerajaan Kelantan pada tahun 2010

2. Kerajaan pas tak endah langsung laporan pakar dengan mengandaikan laporan itu kerja orang BN

3. Sekarang PMSP desak RCI siasat skandal balak setelah bencana banjir melanda sebagaimana yang telah dijangkakan oleh pakar

4. Ramesh terima maklumat segelintir pemimpin PAS yg punyai kekayaan yg luar biasa di Thailand.  PMSP mahu akaun orang PAS ini disiasat. Kekayaan mereka mencecah ratusan juta ringgit.

5. Dokumen dan bukti akan diserahkan kpd pihak berwajib setelah RCI ditubuhkan

6. Kelantan mungkin akan jadi tasik angkara pembalakan

7. Dimana suara pencinta-pencinta alam? Mana pejuang seperti Lynas etc ?

8. Berlaku adil lah pendemo-pendemo semua. Takkan bencana banjir Kelantan ditutupkan mata

9. Mendesak kerajaan pusat tunjuk 'kejantanan' mengujudkan RCI

10. Chan Foon Hin DAP sendiri akui balak punca banjir

11. Ladang rakyat satu kegagalan. Balak ditebang bagi tujuan tanaman sawit. Tapi sawit tak pernah ditanam. Ini diakui Tan Sri Amrin Buang Ketua Audit Negara

12. Pemimimpin DAP Perak yg dapat menafaat tak pernah tanam sawit pun

13. Nilaian kekayaan dalam ratusan juta ringgit di Songkhla, Yala, Patani, Vietnam dan Kampuchea

14. RCI mesti diwakili oleh pakar alam sekitar dan bukan orang politik

15. Mengapa Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh membisu seribu bahasa dalam isu skandal balak Kelantan ?

Ramesh juga menyatakan bahawa hanya selepas RCI ditubuhkan baru lah bahan bukti dikeluarkan. PMSP sudah bosan dengan sistem yg sedia ada... pembunuh dan peliwat pun boleh terlepas walaupun ada bukti...


 1
 2
 3

Wednesday, 6 August 2014

PAS diminta tegas siasat surat palsu & lawan fitnah

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat kepada wakil Hj Hadi Awang mengenai surat palsu 
yang menyatakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Tarikh : 5/8/2014


Selain daripada penyiasatan keatas surat palsu, PAS juga diminta untuk lebih tegas memerangi fitnah. Jangan sehinggakan Presiden dan Mursyidul Am dan kepimpinan tertinggi yang di fitnah sewenang wenangnya tanpa sebarang tindakan.


Kenyataan oleh Ramesh Rao Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

1
2
3
4
5

PAS akan siasat surat palsu keluar dari Pakatan

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat kepada wakil Hj Hadi Awang mengenai surat palsu 
yang menyatakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Tarikh : 5/8/2014


Kehadiran Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin ke ibupejabat PAS tidak di beritahu awal. Ramai kakitangan termasuk SUA masih lagi bercuti. Nasib baik Penolong SUA 2 PAS, Sdr Khairul Faizi ada dipejabat dan beliau sudi bersua muka dan menerima surat dari PMSP bagi pihak boss Presiden PAS, Hj Hadi Awang.


1
 2
 3


Friday, 11 July 2014

KDN didesak pecat KP ROS dalam isu CEC DAP

Lokasi : Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya

Acara : Penyerahan memorandum mendesak KDN memecat Ketua Pengarah ROS yang masih gagal membuat keputusan rasmi mengenai status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 

Tarikh : 9/7/2014


Tujuan penyerahan memo oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) kepada Menteri Dalam Negeri:-

1. Langkah akhir dalam usaha mendapatkan penyudahan kepada isu status sah Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP setelah Ketua Pengarah ROS gagal membuat sebarang keputusan dan tindakan

2. Syak wasangka yang timbul terhadap Ketua Pengarah ROS. Adakah beliau bersekongkol dengan DAP atau terlalu takut dengan DAP.

3. Mendesak Menteri Dalam Negeri memecat Ketua Pengarah ROS dan bubar saja DAP.



1  Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Norzihan Haji Tambi menerima memorandum 
dari Ramesh Rao
 2
 3
 4
 5
 6


Tuesday, 17 June 2014

Kit Siang didesak kemuka bukti rasuah kpd SPRM

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014



Seperti biasa NGO Pertubuhan Media dan Sosial Prihatin mendahului NGO-NGO lain dalam "menghantui" kepimpinan DAP dengan isu-isu pecah amanah dan salahguna kuasa dan fitnah. Kali ini mereka mendesak Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan memberi bukti rasuah dalam kerajaan BN kepada SPRM dalam tempuh seminggu. Ikuti rakaman sidang media pagi tadi.


1
 2
 3
 4
 5  Sim Thong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka menerima surat bagi pihak Lim Kit Siang
 6


Wednesday, 11 June 2014

Teresa Kok terbenam dalam najis sendiri

Lokasi : Balai Polis Seri Petaling

Acara : Laporan Polis keatas Teresa Kok kerana dituduh pecah amanah

Tarikh : 10/6/2014


Laporan kali ini melibatkan salahguna wang sebanyak +RM117,000. Teresa selama ini dikatakan enggan menjawab bila ditanya kepada siapakah pembayaran sebanyak itu di buat. Ahli yang mendesak akan diugut dengan tindakan mahkamah.  Kali ini bukti nyata berada dalam tangan mereka yang mengadu. Kita sama-sama tunggu dan lihat apa 'Kung Fu' yang akan Teresa main untuk melepaskan diri...


1
 2
 3


Thursday, 29 May 2014

P.076 - Kerajaan DAP Penang songlap duit kutipan ?

Lokasi : Bandar Teluk Intan, Perak

Acara : Sidang media NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

Tarikh : 28/5/2014


Ramesh Rao mendedahkan kepincangan dan perlakuan pecah amanah oleh ahli DAP yang menerajui kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :

1. kehilangan 3 kg emas kepunyaan kuil Hindu yang disimpan di Pejabat Ketua Menteri
2. pecah amanah mengenai kutipan wang RM73,000 untuk tujuan membantu mangsa perang Tamil di Sri Lanka.

Ikuti pendedahan beliau.. 





Friday, 16 May 2014

Lim Kit Siang pun kaki songlap duit tabung ?

Lokasi : Balai Polis Seri Petaling, Selangor

Acara : Laporan Polis oleh Tony Tan bekas ahli DAP, keatas Lim Kit Siang kerana penyelewangan wang sumbangan kempen PRU13

Tarikh : 15/5/2014


Bermula dengan masalah selewang wang oleh Teresa Kok, kini melarat pula kepada Lim Kit Siang dalam isu kutipan dana kempen PRU13 melalui pelbagai tabung. Nampak gaya nya Tony Tan, bekas ahli DAP Seputih istiqamah dalam usaha beliau mendapatkan keadilan. DAP kini telah diketahui umum sebagai tidak telus dan tidak pernah akan melayan ahli mereka sendiri yang menuntut keadilan. Saman menyaman dan membuang ahli adalah kaedah yang mereka paling gemari untuk menutup sesuatu isu.  Ikuti rakaman yang berikut nya...


1
 2
3  Hasil kutipan dari jualan patung Teresa Kung Fu Rasuah hilang begitu sahaja tanpa rekod


Tuesday, 6 May 2014

Apalah lembab sangat ROS buat keputusan mengenai DAP ?

Lokasi : Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Presinct 14, Putrajaya

Acara : Penyerahan surat oleh Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin kepada ROS
mendesak dikeluarkan pengesahan status CEC DAP sebelum hari penamaan calon 
PRK Bukit Gelugor

Tarikh : 5/5/2014


Jawapan segera yang di minta dari ROS :-

1. Bolehkah DAP bertanding di kerusi parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan
2. Adakah Lim Guan Eng mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah calon ?





Thursday, 16 January 2014

Bertindak lah, jangan jadi BARUA pembangkang..

Lokasi : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Acara : Penyerahan Memorandum mendesak di kembalikan perlaksanaan ISA

Tarikh : 15/1/2014 @ 11.00 am


PANASSSSS...

Apa lagi yang boleh menghalang luahan rasa oleh rakyat Malaysia, sekurang kurang nya luahan ini datang nya dari  wakil NGO yang mahukan kerajaan melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. 



Kerajaan didesak kembalikan perlaksanaan ISA

Lokasi : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Acara : Penyerahan Memorandum mendesak di kembalikan perlaksanaan ISA

Tarikh : 15/1/2014 @ 11.00 am


8 NGO sudah semakin kecewa dan bosan dengan KDN yang dilihat tidak efisyen dan takut dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang yang kebanyakan nya terbukti hanya tohmahan dan fitnah dengan niat mencetuskan huru hara dalam negara. Hari ini mereka hadir di JPM untuk menyerahkan Memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak dikembalikan penggunaan ISA bagi menjamin ketenteraman dalam negara.


1
 2
 3
 4
 5

 6