Lokasi : 130, Jalan Ara, Bangsar, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mencela pengurusan tertinggi Petronas
Tarikh : 9/1/2014
Selama ini sedikit maklumat yang diperolehi rakyat Malaysia mengenai apa yang berlaku dalam Petronas terutamanya nasib yang menimpa usahawan Melayu yang terbabit dalam program pembangunan vendor (VDP). Mereka tidak boleh bersuara kerana telah menandatangani Confidentiality Agreement dengan Petronas.
Terbaru MTEM telah menerima 178 aduan dari pelbagai vendor dan usahawan yang terbabit dengan Petronas mengenai pelbagai diskrepansi yang berlaku dalam pengurusan vendor. Semua nya bermula sejak pengambilan alih pengurusan oleh Pengerusi, Tan Sri Dato' Shamsul Azhar Abbas.
Ikuti penjelasan oleh Tengku Putera Tengku Ahmad, Pengerusi Cluster Oil & Gas (MTEM) mengenai pengalaman MTEM dengan Pengerusi Petronas dan diskripsi terbaik buat beliau.. MTEM membawa suara vendor-vendor yang 'terkunci' mulut mereka...






