Lokasi : Banquet Hall, Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor
Acara : Sidang meja bulat ketua parti pembangkang
Tarikh : 22/9/2015
Sila tonton dan rujuk rakaman video untuk pastikan ketepatan fakta
Ringkasan kenyataan media Wan Azizah dalam klip video berikut :-
1. Pakatan Harapan (PH) menggantikan Pakatan Rakyat untuk melawan kerajaan BN
2. Jawatankuasa khas yang terdiri dari SUA setiap parti yang menganggotai PH akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk memperhalusi perjanjian, dasar bersama dan dokumentasi PH
3. Anwar Ibrahim kekal sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU14 akan datang.
Semasa menjawab soalan wakil media, Wan Azizah juga megesahkan perkara berikut
1. keanggotaan PH ketika ini terdiri daripada DAP, PKR dan PAN
2. PAS telah dijemputuntuk ke sidang meja bulat, tetapi telah menolak perlawaan dengan alasan tidak dapat hadir 'buat masa ini'.
3. PH memberi HARAPAN kepada pengundi setelah berjaya memperolehi majoriti undi popular dalam PRU13.
4. PH bersedia menerima apa apa saja parti politik termasuk dari komponen BN sekalipun asalkan matlamat mereka untuk menukar kerajaan yang sedia ada.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10