Showing posts with label sodomi. Show all posts
Showing posts with label sodomi. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Anwar diumpan dengan Bapok ???

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Begitu lah esok-esok tuduhan Anwar diumpan dengan bapok akan timbul pula setelah terkeluar cerita konon-konon nya Polis menyamar sebagai banduan untuk pantau Anwar dalam penjara.

Anwar sekarang adalah seorang banduan, bukan wakil agensi pelancungan yang sedang mencuba kemudahan hotel. Itu lah hakikat nya. Pemantauan melalui CCTV tidak boleh dijadikan isu dan pihak penjara dan Menteri sekalipun tidak harus melayan kerenah Ahli-ahli Parlimen ini.

CCTV ini pun untuk kebaikan  dan keselamatan Anwar didalam penjara. Manalah tau kalau kalau ada banduan yang berdendam dengan Anwar ambil tindakan meliwat beliau pulak 


1
 2
 3
 4


Ahli Parlimen merayu minta dihormati pegawai penjara

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Hakikat nya pihak Penjara Sg Buloh tidak pernah memberi kelulusan atau persetujuan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan berjumpa dan 'bermesyuarat' dalam penjara. Namun notis yang diberi Wan Azizah terbukti satu penipuan dan penganiyaan kepada 'rakan-rakan media' yang turun membuat liputan. Sudah pasti Kak Wan mengetahui bahawa pihak penjara tidak memberi sebarang kelulusan walaupun permohonan telah dibuat. Ini diakui sendiri oleh MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar.

Alasan yang diberi Shamsul Iskandar untuk mereka meneruskan agenda berjumpa Anwar ialah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang di Parlimen dan banyak perkara yang perlu diputuskan setelah mendapat persetujuan Anwar.

Sekiranya pihak penjara membenarkan pertemuan hari ini, ianya akan menjadi teladan atau precedent kepada banduan-banduan berprofil tinggi yang lain. Nanti ada pula Pengarah Urusan yag dipenjarakan memohon untuk mengadakan AGM dalam penjara.





1
 2
 3
 4
 5



Tuesday, 24 March 2015

Anwar sempat makan bersama cucu dan keluarga

Lokasi : Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Sri Hartamas, KL

Acara : Permohonan untuk membatalkan kelayakan Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili DS Jamil Khir dalam kes Qazaf Saiful Bukhari Azlan

Tarikh : 24/3/2015


Video 1 : Rakaman yang dibuat bekas YB dalam kamar mahkamah menunjukan Anwar Ibrahim mendapat rezeki untuk makan bersama cucu-cucu beliau apabila perbicaraan kes Qazaf Saiful Bukhari ditangguhkan ke 27/4/2015. 


Video 2 : Peguam Syarie Zainul Rijal yang mewakili DS Jamil Khir menarik diri tanpa memberi notis awal. Kes akan didengar semula pada 27/4/2015.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 23 March 2015

15 minit cerita My Papa.. My Papa.. My Papa..

Lokasi : 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, KL

Acara : Ceramah Umum - Isu Semasa

Tarikh : 22/3/2015



Dalam banner menyenaraikan Rafizi, Nurul Izzah, Nurul Nuha, Syed Ibrahim, Tian Chua dan ramai lagi... Tapi ini saja yang turned-up termasuk lah Tian Chua yang hadir ketika saya mahu beredar. Jumlah orang ramai tidak melebihi 100 orang.


Saya ingin berkongsi rakaman video berdurasi 15.28 ucapan Nurul Iman mengenai Papa beliau.... Anwar may have failed diluar penjara Sg Buloh tetapi keluarga beliau is solidly behind him... saksikan.. 



1  Syed Ibrahim, Ketua Penerangan Baru Keadilan  bawa isu 1MDB dan GST
 2  Mashitah aktivis dan isteri bekas tahanan ISA bawa isu KG Baru dan Kg Warisan
 3
4
 5
 6  Juruacara majlis, Rozan Azen Mat Razip  dengan isu SPAD
 7  Fahmi Fadil, Ketua Komunikasi Keadilan.
 8  Nurul Iman, anak kelima Anwar Ibrahim
 9
 10
 11
 12   Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha AMK
 13


Friday, 13 March 2015

Speaker Dewan Rakyat masih boleh lucutkan Anwar dari keahlian

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015


Ikuti penjelasan oleh Datuk Zulkifli Noordin bekas peguambela Anwar Ibrahim mengapa Petisyen Pengampunan DiRaja sepatutnya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan tidak diambil kira sebagai proses permohonan sedang berjalan yang secara langsung mengiktiraf status Anwar sebagai Ahli Parlimen.

 Ikuti juga cadangan oleh Datuk Zul mengenai alternatif yang ada dibawah Seksyen 53 Perlembagaan Persekutuan bagi ahli-ahli Parlimen BN menggerakkan usul untuk melupuskan keahlian Anwar Ibrahim kerana tersabit dalam kesalahan jenayah liwat.






TIBAI terkubur TiBABI pula bakal muncul

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015


Kelab TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim) yang ditubuhkan pada 22/4/2012 telah dibubarkan pada 11/2/2015 setelah Anwar didapati bersalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dipenjarakan. TIBAI rasa kerja mereka telah pun selesai.

Tapi kini lain pula cerita setelah berlaku perkembangan terbaru yang bersangkutan Anwar dan keluarga beliau. Mantan Mursyidul Am TIBAI dalam satu reaksi telah mengumumkan bahawa beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan kan kelab baru yang di beri nama TiBABI singkatan kepada Tolak Insan Bernama Anwar Bin Ibrahim untuk meneruskan kerja yang nampaknya belum selesai-selesai lagi

Sila baca artikel berikut untuk mengetahui latarbelakang penubuhan dan pembubaran TIBAI

1. Sesudah Anwar masuk kedalam penjara TIBAI tidak lagi relevan

2. Dipandang sepi kepimpinan negara TIBAI gulung tikar ? 







Wednesday, 4 March 2015

Anwar should serve his term and remain jailed until the King decides on his petition

Lokasi : Bilek Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Muzika Nusantara

Tarikh : 3/3/2015



Anwar Ibrahim sudah pun mendapat perhatian sistem perundangan sehingga peringkat tertinggi di negara ini. Penghakiman telah dilakukan oleh Hakim-Hakim yang paling ariff setelah kes beliau diheret dan ditangguhkan begitu lama.

Anwar Ibrahim harus menghormati sistem perundangan dan institusi kehakiman negara ini berkaitan dengan perbicaraan dan  hukuman yang dijatuhkan keatas beliau. Rayuan seterusnya ialah melalui budibicara Yang DiPertuan Agong dan tidak ada kena mengena dengan perundangan.

Sementara menunggu keputusan YDP Agong, Anwar dinasihatkan duduk diam diam dalam penjara Sg Buloh dan menjalani hukuman seperti banduan dan pesalah lain. Jangan lah cuba buat huru hara nak masuk bersidang di Parlimen dan sebagainya.

Lebih kurang gitu lah yang saya faham dari apa yang Tan Sri Rais Yatim terangkan semalam.




Monday, 5 August 2013

Rayuan kes liwat Anwar suatu wayang - Yuktes



Pendedahan Yuktes melalui e-mail bertarikh 2/8/2013. Saya dedahkan bagi penilaian rakan rakan blogger dan para pembaca yang telah menjadi 'pakar' dalam kes liwat Anwar vs Saiful. Anda semua nilai lah sendiri... Bagi saya persoalan siapa itu Yuktes amat penting bagi memastikan kita semua tidak dipermainkan oleh 'yet another spinner'.. Namun setakat ini pihak Anwar tidak pula ambil endah untuk menafikan atau menyerang balas pendedahan yang dibuat setakat ini.


"Gay Malaysia dengan Gay Barat"

"emel ini menunjukkan perhubungan di antara seorang pemerhati antarabangsa dengan kita (team peguam Anwar),
kita dah lama tahu keputusan anwar akan bebas dan keputusan AG nak fail rayuan tapi bila dia orang fail, kita buat drama..
bukti drama :

Anwar”s lawyer Sankara Nair told The Malaysian Insider that he had not been informed by the prosecution on the filing of the appeal against Mohd Zabidin”s decision.

“I am not aware of this, we have not received anything so far, strange that it was done today, towards the end of the appeal period,” he said.

(The Malaysian Insider)
laporan pemerhati asing itu membuatkan warga asing dan badan2 lain seperti UN, IPU dan negara asing seperti Australia dan Kanada percaya Anwar dianiyai BN (** Bukti ditempelkan dibawah dalam bentuk email dari pemerhati tsbt kepada Sankara Nair)
permerhati ni member kita ;)
saya menyeru kementerian luar negara dan kementerian dalam negeri untuk memberi saya platform untuk menceritakan hal sebenar kepada badan2 tersebut"

...Yuktes..



Yusof yang dimaksudkan dalam email diatas adalah bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

P.S Betul ke surat layang di Permatang Pauh itu sebenarnya disebarkan oleh Anwar sendiri sebagai langkah mengalihkan pandangan rakyat Malaysia dari pendedahan yang dibuat oleh Yuktes??