Showing posts with label syabas. Show all posts
Showing posts with label syabas. Show all posts

Tuesday, 20 December 2016

Kenapa bekalan air tak putus putus lagi ?

Tiada lagi misteri bekalan air tak putus putus

Saya agak kehairanan setelah masuk tiga hari bekalan air yang sepatutnya sudah terputus, tidak juga terputus lagi walaupun saat nya ditunggu tunggu dengan penuh debaran. Sebagai langkah berjaga jaga bekas simpanan air sentiasa di top-up bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Isteri dan anak-anak saya pula berterusan menggunakan mesin pembasuh pakaian tanpa henti seolah olah bekalan air tidak akan terputus pada bila bila masa. Tensioned saya..

Pagi ini saya terima satu kenyataan Dr Dzulkefly, Ahli Panel Air Selangor merangkap Pengarah Strategi AMANAH melalui Whatsapp yang menerangkan apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi krisis air yang dijangkakan dari Isnin sehingga hari menjelang Krismas.

Terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada mereka yang telah menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab... boleh lah kami mandi dan menjalankan aktiviti melibatkan air seperti biasa


Bekalan air diterima seperti biasa di kawasan Medan Idaman, Gombak



Media BN Burukkan Kerajaan Selangor..

1. Benarkah lebih 3.8 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi masalah air sehingga 24 Disember?

2. Seperti yang diduga peluang memburukkan kerajaan Selangor terpapar dihampir kesemua media arus-perdana. Kerajaan Selangor dibidas kerana kononnya lambat menyelesaikan masalah air di Selangor.

3. Berita di dada akhbar arus perdana jelas digunakan olih Umno-BN memburuk imej Menteri Besar dan Exconya yang  kononnya tiada perancangan. Sebagai contoh di Utusan, antara lainnya.."apabila timbul isu bekalan elektrik sekarang, Syabas baru rancang kaji naik taraf janakuasa kedua-dua loji-loji rawatan airnya". Ini adalah nyata pembohongan..

4.   Tidak timbul kerajaan Selangor lambat ambil tindakan. Loji SSP 1, 2 dan 3, dilengkapi dengan standby genset berkapasiti 5 MW dengan bekalan voltan 3.3kV dan bolih menghasilkan sekitar 60% kapasiti. Dengan itu, semasa kerja penyenggaraan yang wajib dibuat untuk selama 16 jam itu, loji akan mengaktifkan genset. Namun masih wujud 'kekurangan' atau 'shortfall' sekitar 820 MLD sahaja. 

5. Atas tindakan segera pihak Kerajaan Negeri Selangor dan MBnya untuk mengaktifkan fasiliti 'standby' tersebut, kemelut atau krisis digembar-gemburkan media penguasa politik telah dapat dielakkan. Maklumat yang bolih dipercayai mengesahkan 90% dari 'shortfall' tersebut telah dapat di atasi dan hanya tinggal 10% yang diharapkan dapat dipulih seluruhnya esok hari.

6. Tidak timbul MB lambat dalam mengambil tindakan untuk 'upgrade' kekuatan genset kerana ia adalah mengikut SOP dan peningkatan kekuatan genset tidak berada dalam keperluan mendesak.


7. Sepatutnya SPAN membantu menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi, membuat kenyataan mengeliru dan menimbulkan kebimbangan pengguna. Jelasnya ada tidak kena kalau agensi Persekutuan 'mempolitikkan' isu yg menyinggung kemaslahatan rakyat dan pengguna.

Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Panel Air Selangor, merangkap
Pengarah Strategi 
Parti Amanah Negara
20 Disember 2016ll


FB Entry



Thursday, 27 February 2014

N25 Kajang - MOU air dibuat Khalid tanpa rujuk Anwar

Lokasi : Kediaman Cikgu Ridwan, Ketua Cabang Hulu Langat, Taman Kperasi Cuepacs, Kajang

Acara : Santai dan ramah mesra bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014  @ 6.00 pm


Anwar akui keputusan menandatangi MOU oleh kerajaan Selangor dengan kerajaan Pusat berhubung Langat 2 telah dibuat unilaterally oleh kerajaan Selangor tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat atau Anwar sendiri. 




Tuesday, 30 October 2012

Khalid banding Muhyiddin dgn peniaga kway teow

Venue : Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 28/10/2012 @ 10.30 pm


Hebat ! Ini lah Menteri Besar yang terhebat dalam Malaysia semenjak kita memperolehi kemerdekaan. Mungkin 100 tahun lagi pun kita tak jumpa pengganti yang sehebat Khalid. Kebijaksanaan beliau tidak melayakan beliau memegang jawatan dimana mana GLCs. 

Prestasi beliau sudah melebihi KPI Menteri Besar yang diperlukan oleh sesebuah negeri. Beliau hanya layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana jawatan Perdana Menteri telah di 'booking' oleh Anwar Ibrahim. 

Saksikan bahagian penghujung rakaman yang berikutnya dan anda akan faham maksud kenyataan saya. Bukan calang calang orang boleh membandingkan tahap kebijaksanaan Timbalan Perdana Menteri dengan peniaga char kway teow... Hanya mereka yang betul betul konfiden saja yang mampu melakukan nya dengan lancar tanpa tergagap gagap...

Orang BN yang tak setuju dengan pujian kepada Khalid, lagi baik tolong jawab pasal 'membrane system' yang cuba diketengahkan oleh Dr Xavier. Betul ke lebih 'cost effective'? 





Tuesday, 17 July 2012

Langat 2 Kritikal Bagi Bekalan Air Bersih Selangor

Venue : Bilek operasi Langat 2, 

Event : Lawatan berpandu ke Projek Langat 2

Date : 6/5/2012 @ 9 am






Anjuran KeTTHA. Maaf saya hanya dapat siarkan still shots. Kebenaran tidak diperolehi untuk menyiarkan rakaman sesi penerangan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.