Showing posts with label tahanan politik. Show all posts
Showing posts with label tahanan politik. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

#kitalawan - bebaskah Anwar kalau Najib Undur ?

Lokasi : Dari SOGO ke KLCC

Acara : Himpunan solidariti 307 #KiraLawan

Tarikh : 7/3/2015


Himpunan kali ini berjaya menarik jumlah kaum Cina yang ramai, mirip himpunan Bersih. Masih ketara sokongan dari PAS begitu minima... jumlah anggota Unit Amal yang bertugas pun begitu kecil. Tetapi perarakan dari SOGO ke KLCC sehingga penghabis acara berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.. Kalau ada himpunan seterusnya Unit Amal mungkin tidak diperlukan lagi kerana penganjur sudah boleh mengawal perjalanan himpunan dengan baik. 

Namun secara keseluruhan nya saya rasakan bahawa himpunan sebegini sudah kehilangan momentum, tidak seperti sebelum PRU13 dahulu.. Isu Anwar masuk penjara sudah boleh diterima orang ramai termasuk lah saya sendiri. Azmin Ali yang dikatakan akan turut bersama berarak dari menara Maybank tidak muncul langsung. Mungkin sudah timbul kesedaran setelah Guan Eng pun menyatakan tidak akan hadir kerana ada tugasan rasmi  yang lebih penting untuk beliau hadiri.

Bottomline ... desak Najib Undur... kalau Najib undur petang ini boleh kah Anwar keluar penjara petang ini jugak ? Ketara Anwar hanya digunakan sebagai alasan untuk berdemo... 

1
 2
 3  Anuar UMNO Reform
  4
 5
 6  Ambigah bersama bodyguard berbaju merah
 7
 8  Tian Chua
 9  Ambigah
 10  Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS akhirnya menonjolkan diri bersama AMK dan Jingga 13

Saturday, 7 March 2015

Anwar tegar meliwat, dua kali dakwaan atas kesalahan sama.

Lokasi : Gelanggang Bola Keranjang, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Acara : Ceramah Perdana Isu Semasa anjuran PAS Shah Alam

Tarikh : 6/3/2015



Tak pernah belajar dari kesilapan bagaikan pelandok yang terlupa jerat. Meliwat kesalahan jenayah bukan nya kesalahan politik seperti mencerca pemimpin dan sebagainya. Dan kesalahan meliwat itu pula terbukti dalam mahkamah tanpa tuan punya badan berusaha untuk mempertahankan diri dari tuduhan. Terpulang lah kepada rakyat Malaysia untuk menentukan kedaulatan sistem perundangan negara ini. 


1
 2
3
4
5
 6
 7
 8
 9
 10