Showing posts with label temerloh. Show all posts
Showing posts with label temerloh. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Kita sudah terbiasa dengan cukai tinggi berbanding GST

Lokasi : Pejabat UMNO Bahagian Temerloh, Mentakab, Pahang

Acara : Ceramah GST oleh Ketua Penerangan UMNO

Tarikh : 21/4/2014



Sedar atau tidak kita rakyat Malaysia sudah membayar cukai yang berganda sejak sistem percukaian diperkenalkan di negara ini. GST yang akan diperkenalkan akan menghapuskan cukai bertindih dan ianya diharapkan akan dapat mengurangkan harga barangan seperti yang telah berlaku dilebih 150 negara yang telah mengamalkan sistem GST. Ikuti ulasan ringkas oleh Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan..





330 penceramah GST sudah dilatih

Lokasi : Pejabat UMNO Bahagian Temerloh, Mentakab, Pahang

Acara : Ceramah GST oleh Ketua Penerangan UMNO

Tarikh : 20/4/2014


Kumpulan pertama 330 Penceramah GST dari kalangan penceramah UMNO seluruh bahagian Parlimen sudah pun menjalani latihan selama 3 hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO dari 18-21/4/2014. Kumpulan kedua akan dilatih dalam masa terdekat. Harap-harap mereka yang terlatih ini memahami sepenuhnya dan menjadi tempat rujuk GST dikawasan Parlimen masing-masing..


1
 2  Bersama Halim Tuah..
 3  Ketua UMNO Temerloh, Mohd Sharkar Shamsudin
 4  Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO dan juga Timbalan Menteri Kewangan.
 5
 6
 7
 8
9
 10

Sunday, 15 July 2012

Peserta Silat SUKMA tak nampak menyerlah

Venue : Institut Kemahiran Belia Negara, Temerloh, Pahang

Event : Pertandingan silat olahraga akhir

Date : 14/7/2012 @ 10.00 am


Saya menghabiskan sepagi hari Sabtu untuk menyaksikan pertandingan akhir silat Olahraga di temasya Sukan Malaysia disamping mengambil peluang merakam aksi aksi yang saya harapkan menarik untuk dikongsi disini.

Dizaman pelajar dahulu saya giat berkecimpung dalam sukan seni mempertahankan diri hingga mewakili negeri dan kelab keperingkat antarabangsa. Itu cerita 30 tahun dahulu. Namun hingga kini minat masih ada walaupun usia sudah meningkat.

Perjalanan dari tol Karak hingga ke lokasi acara mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan berkereta. Dewan IKBN Temerloh tidak lah sebesar mana, muat untuk dua gelanggang bagi dua acara berjalan serentak. Tempat duduk bagi penonton amat terhad. Kebanyakan penonton terdiri daripada peserta yang menjadi penyokong bagi negeri masing masing. 

Sepanjang dua jam berada disana, suasana hiruk pikuk penyokong menghidupkan suasana pertandingan yang sedang berlangsung. Cuma yang saya kurang puas hati ialah kualiti pesilat yang nampak kurang bersedia bagi acara diperingkat SUKMA yang sepatutnya menghasilkan pesilat negara  yang bakal mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa.

Dari jam 10.00 am hingga 12.00 pm, tiada seorang pun pesilat yang kelihatan menyerlah. Ini pandangan peribadi saya. Harap maaf sekiranya ada yang tidak bersetuju. Banyak kesilapan asas yang dilakukan sehingga wasit terpaksa menegur berulang kali.  

Akibat nya mood untuk mengambil gambar pun merudum. Sebenarnya saya teramat letih kerana sudah dua tiga hari kurang tidor. Saya terpaksa meminta isteri menjadi peneman supaya tidak tertidor semasa dalam perjalanan. Hasil gambar hanya sekadar untuk berkongsi dengan pelawat blog saya. Koleksi ini bukan lah yang terbaik...


1/28 Acara Kelas 'C' 55kg hingga 60kg (Lelaki) Emas: Muhammad Saiful Syazwan Rahmat (Pahang - kiri)
Perak: Ahmad Fadhil Hosni (Pulau Pinang)
 2.
 3.
 
 4.
 5.
 6.
 7. Pesilat Sabah - Nurul Ain Sohrab
 8.
 9. Acara Kelas 'C' 55kg hingga 60kg (Wanita) Emas: Rozaida Zailudin (Pahang) Perak: Nurul Ain Sohrab (Sabah)
 10.