Showing posts with label tpm. Show all posts
Showing posts with label tpm. Show all posts

Sunday, 4 July 2021

Zahid Md Arip mencadangkan kepada PM untuk melantik pemimpin kanan UMNO dan BERSATU untuk menduduki kerusi TPM

Satu cadangan jalan penyelesaian kemelut dalaman kerajaan PN. Adakah dengan cara ini tentangan dari UMNO dapat dikendurkan? Apakah dengan perlantikan TPM daripada UMNO akan melemahkan pengaruh Presiden UMNO dikalangan ahli nya ?. 


Sudah pasti nya sedikit sebanyak calon yang bakal dilantik TPM dari UMNO akan dapat membina kekuatan dan pengaruh beliau bagi menghadapi pemilihan UMNO akan datang bersandarkan kedudukan beliau dalam kerajaan. 


Banyak bergantung bila PRU15 akan diadakan, kalau selepas pemilihan UMNO bererti calon yang dipilih menjadi TPM berkemungkinan akan mengakhiri riwayat politik beliau di dalam UMNO dan terpaksa lah berhijrah ke parti yang lain untuk menyambung nyawa politik beliau.  


https://utusantv.com/2021/07/04/zahid-rayu-pm-lantik-pemimpin-kanan-umnobersatu-jadi-tpm/



Zahid rayu PM lantik pemimpin kanan UMNO, Bersatu jadi TPM

0
1139

BEKAS Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Muhammad Zahid Mat Arip hari ini mencadangkan dan merayu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasa mutlak sebagai Perdana Menteri untuk melantik segera pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri juga dicadangkan melantik pemimpin Bersatu bagi menduduki jawatan yang sama.

“Saya cadangkan Perdana Menteri melantik pemimpin kanan daripada UMNO dan Bersatu menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri,’’ katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan politik negara lebih stabil dan hubungan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah mantap.

Muhammad Zahid yakin melalui pelantikan pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri segala kekalutan di dalam UMNO akan mampu diredakan.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri tetapi saya yakin pemimpin-pemimpin Bersatu bersetuju dengan pandangan saya. Jika itu dapat dilakukan saya percaya suasana politik kembali aman dan kita dapat merapatkan saf dalam Kerajaan PN bagi mendepani pandemik Covid-19 dan memacu ekonomi negara,’’ katanya.

Beliau berkata, cadangan itu juga dapat menyelamatkan UMNO daripada menjadi perkakas politik kepada mana-mana individu berkepentingan.

“Saya berharap pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membenarkan parti itu diperalatkan oleh sesiapa, jika itu berlaku pada masa akan datang orang Melayu dan rakyat akan menolak mereka terus daripada arus perdana politik negara,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid berkata, beliau  bersimpati apabila mendengar hingar-bingar yang berlaku dalam UMNO sekarang memandangkan parti itu sama-sama berada dalam keluarga besar PN.

“Semua itu terjadi disebabkan ada individu mahu menjadikan UMNO sebagai alat dan perkakas bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. UMNO ada harga diri dan parti itu tidak boleh dibiarkan menjadi pemuas nafsu serakah politik mana-mana individu,’’ katanya.

Sunday, 27 May 2018

Anwar tidak mahu jawatan tapi mahu pantau Kabinet Dr Mahathir

Acara : Iftar Perdana Bersama TPM

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam, Selangor

Tarikh : 27/5/2018



Video 1 - Ucapan ringkas dari TPM, Dr Wan Azizah



Video 2 -  Anwar menegaskan beliau tidak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan buat masa ini bagi memberi laluan kepada Dr Mahathir dan kabinet beliau menjalankan tugas memenuhi Manifesto PH. Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk sama sama memantau prestasi Kabinet Dr Mahathir bagi memastikan segala janji janji PRU14 ditunaikan. Beliau akan mengambil alih jawatan PM bila tiba masa nya. IKUTI RAKAMAN PENUH UCAPAN ANWAR UNTUK MENGELAK SALAH FAHAM 




*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16



Saturday, 28 October 2017

Rakyat Bagan Datuk jangan lah terpedaya dengan Iblis Politik

Acara : Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Bagan Datuk

Lokasi : Tapak Projek sebelah Bagan Datuk

Tarikh : 28/10/2017 @ 12.30 pm


Secara ringkas fakta mengenai projek pembinaan jambatan Bagan Datuk, Perak

1. Jambatan ini akan memberi manfaat kepada 70,300 penduduk sekitar Daerah Bagan Datuk dan Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah menuju Manjung. Ianya menghubungkan kedua dua daerah tersebut dengan merentasi Sungai Perak hasil peruntuk Kerajaan Pusat dibawah Rolling Plan 1, RMK ke-11.

2. Projek jambatan sepanjang 1.5km  dengan kelebaran 14 meter dengan 2 lorong dua hala ini bernilai RM446.9 juta.

3. Apabila siap kelak penduduk sekitar akan menjimatkan masa berulang alik diantara dua daerah yang disebutkan daripada 1 jam kepada 15 minit setelah jarak perjalanan dipendekkan dari 50 km kepada 10.2 km sahaja.

4. Kontraktor untuk projek ini ialah Naza Engineering & Construction Sdn Bhd. Tempoh kontrak 36 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2/7/2020.


Video ucapan perasmian



************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9 
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
Gimik perasmian
 20
Gimik perasmian
 21
Gimik perasmian
 22
Gimik perasmian
 23
Piling machine untuk menanam cerucuk jambatan
 24
25
Bersama rakan rakan media Perak
 26
Bersama team doctor Misi Kemanusiaan ke Somalia tahun 2011...



Tuesday, 12 September 2017

Ziarah TPM Zahid Hamidi ke Darul Quran yang meragut nyawa 23 orang

Acara : Ziarah TPM Zahid Hamidi ke Darul Quran yang meragut nyawa 23 orang

Lokasi : Darul Quran Ittaqiyah, Keramat Hujung, KL

Tarikh : 14/9/2017


Video 1 - Ringkasan sidang media Zahid Hamidi

1. yang meninggal 23, 21 pelajar dan 2 pengajar
2. siasatan akan diteruskan oleh PDRM, BOMBA dan Jabatan Forensik
3. premis tiada ciri keselamatan
4. premis yang terbakar digunakan sebagai penempatan sementara. Asrama sebenarnya sedang di ubahsuai
5. Kerajaan mempunyai dasar pendidikan Maahad Tahfiz yang merangkumi soal piawaian keselamatan. Piawaian ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya samada dalam keadaan sementara atau sepenuh masa.
6. pihak bomba menyediakan latihan untuk sukarelawan bomba bagi pelajar pelajar di maahad tahfiz
7. sejak 2011 sebanyak 31 kejadian kebakaran telah berlaku di maahad tahfiz seluruh negara
8. Proses pengenalan mayat melalui DNA akan dilakukan di HKL
9. Zahid menegaskan tiada usaha atau niat kerajaan pusat untuk mengambil alih sebarang maahad tahfiz kerana pusat pusat tersebut adalah didalam bidang kuasa kerajaan negeri.




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10