Showing posts with label usm. Show all posts
Showing posts with label usm. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

Langkah proaktif untuk memperbaiki tahap perkhidmatan KWP

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR  :
KE ARAH PENGUKUHAN SGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT

Tarikh : 1/12/2015


Konvensyen ini anjuran bersama Kementerian WP, Majlis Profesor Negara dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM. Rumusan dari konvensyen ini diharapkan dapat membantu KWP memperbaiki khidmat dan reachout  kepada komuniti bandar.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Monday, 1 June 2015

Anak-anak tidak boleh berniaga dengan kerajaan ketika Tun M masih PM

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang 

Acara : Sidang media selepas Cakna Ilmu - Mendepani Pemikiran Tun Dr Mahathir 

Tarikh : 30/4/2015


Tun M amat tegas menegah anak-anak beliau berniaga dengan kerajaan ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. Malah beliau 'tidak ambil peduli' atau tidak masuk campur langsung dalam urusan perniagaan mereka walau kitika ini sekalipun. Nampak gaya beliau begitu yakin dengan kemampuan anak-anak beliau berdikari sebagaimana beliau telah menunjukkan contoh kepada mereka.. 

 




Friday, 29 May 2015

Tun M sedia berjumpa sesiapa saja untuk penjelasan

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Saya terima kata-kata berikut daripada seorang rakan melalui whatsapp, yang tepat mengambarkan pendirian Tun Dr Mahathir.

"You can't make conclusion until you hear from both sides, because when you hear from one side, you can only make assumption"






Thursday, 28 May 2015

GST - Perlaksanaan bercelaru membuatkan rakyat menolak

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Tun M berpendapat bahawa GST yang melibatkan semua rakyat ditolak kerana kerajaan sendiri tercelaru dalam perlaksanaan nya.





Wednesday, 27 May 2015

Teknik intimidasi seperti yang digunakan Anwar digunakan semula ?

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Menurut Tun Mahathir intimidasi (seperti yang digunakan Anwar Ibrahim keatas Ummi Hafilda) seolah olah digunakan semula untuk menutup mulut mereka yang bersuara keatas Najib Razak. Untuk rekod Anwar Ibrahim telah didapati bersalah menyalah gunakan kuasa dan dipenjara dalam kes liwat keatas pemandu Wan Azizah bernama Azizan



1
2



Tuesday, 12 May 2015

Tun M berkongsi pengalaman dengan pelajar USM

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang

Acara : Cakna Ilmu - Mendepani Pemikiran Tun Dr Mahathir

Tarikh : 30/4/2015


Majlis anjuran Universiti Sains Malaysia ini khusus untuk pelajar USM sahaja dan semua yang memasuki dewan dikehendaki menunjukkan kad pelajar kecuali wakil media. Saya difahamkan majlis ini telah ditunda dari tarikh awal kerana kesihatan Tun Dr Mahathir yang tidak mengizinkan ketika itu. 

Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar USM untuk mengenali lebih dekat tokoh negarawan yang terulung dan mendengar sendiri pengalaman Tun M sebagai pelajar universiti dan seterusnya sebagai ahli politik .

Tun mendedahkan bahawa beliau sebenarnya ingin menjadi peguam tetapi terpaksa menerima  saja tawaran dalam jurusan yang bukan menjadi pilihan iaitu jurusan perubatan . Beliau pada mulanya berpendapat bahawa untuk membela nasib bangsa, profession yang paling sesuai ialah sebagai seorang peguam. Tidak beliau sangka sebagai seorang doktor beliau dapat mendekati rakyat dan memberi khidmat dan seterusnya membela bangsa setelah terlibat dalam politik.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10