Tuesday 12 May 2015

Tun M berkongsi pengalaman dengan pelajar USM

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang

Acara : Cakna Ilmu - Mendepani Pemikiran Tun Dr Mahathir

Tarikh : 30/4/2015


Majlis anjuran Universiti Sains Malaysia ini khusus untuk pelajar USM sahaja dan semua yang memasuki dewan dikehendaki menunjukkan kad pelajar kecuali wakil media. Saya difahamkan majlis ini telah ditunda dari tarikh awal kerana kesihatan Tun Dr Mahathir yang tidak mengizinkan ketika itu. 

Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar USM untuk mengenali lebih dekat tokoh negarawan yang terulung dan mendengar sendiri pengalaman Tun M sebagai pelajar universiti dan seterusnya sebagai ahli politik .

Tun mendedahkan bahawa beliau sebenarnya ingin menjadi peguam tetapi terpaksa menerima  saja tawaran dalam jurusan yang bukan menjadi pilihan iaitu jurusan perubatan . Beliau pada mulanya berpendapat bahawa untuk membela nasib bangsa, profession yang paling sesuai ialah sebagai seorang peguam. Tidak beliau sangka sebagai seorang doktor beliau dapat mendekati rakyat dan memberi khidmat dan seterusnya membela bangsa setelah terlibat dalam politik.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
22
 23


4 comments:

  1. Kenapa Tun Dolah tak ada orang nak jemput untuk majlis majlis berbentuk ilmiah dan akademik ?

    ReplyDelete
  2. Nak suruh dia kupas topik apa?

    ReplyDelete
  3. TDM negarawan ulung yg hebat yg pernah dilahirkan di Malaysia. Disanjungi dan dihormati hampir di seluruh pelusuk dunia. Negarawan Melayu/Islam yg tiada tolok bandingnya di era kini. Tun tidak perlu pada pekikan retorik....sepanduk2 mengampu dan 'standing ovation' yg palsu untuk mendapat segala penghormatan ini. Moga ALLAH SWT akan melanjutkan usia Tun....diberikan kesihatan dan ketaqwaan hingga ke akhir hayat. Kami amat merindui era pemerintahanmu Tun......

    ReplyDelete
  4. Ya Allah lanjut kan lah usia Tun Dr Mahathir dan kurniakanlah beliau dengan pemikiran yg tajam yg dapat dan kesihatan yg sempurna semoga dapat beliau membantu kami diaalam ini.

    ReplyDelete