jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Sebelum ke Dataran Merdeka saya singgah solat Asar dan kemudian nya Maghrib di Masjid Bukit Aman yang berhampiran. Anggota Polis yang berjemaah disana mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan perlindungan Illahi semasa mereka menjalankan tugas mengawal Demonstarsi Bersih 3 nanti.
Di Dataran Merdeka pula saya mendapat tahu melalui SMS dari rakan media bahawa satu majlis solat hajat akan diadakan oleh kumpulan mahasiswa. Setiba saya disana jemaah yang ada baru saja selesai solat Maghrib. Salah seorang mahasiswa dengan sopan telah memberitahu saya bahawa solat hajat akan dilakukan setelah cukup angka..... berapa angka saya tak bertanya pulak.
Tapi begini lah gambaran yang dapat saya kongsi dengan pembaca semua....
Saya doakan Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada pihak yang benar disisi Nya... Amiiiinn....
Saya difahamkan bahawa kerjasama diantara kumpulan mahasiswa dan kumpulan Occupy Dataran berjalan lancar hanya untuk tiga hari pertama sahaja. Selepas itu sudah mula timbul isu isu 'pentadbiran kem' sesama mereka.
Imej LGBT yang dibawa Mislina Mustafa amat tidak disenangi oleh kumpulan mahasiswa yang mendapat sokongan puak Islamist dalam parti pembangkang. Pergaulan bebas lelaki dengan perempuan juga memberi tekanan yang kuat dari persepsi dan sokongan orang ramai.
Hari ini kedua dua kumpulan ini akhir nya berpecah. Mahasiswa masih kekal dengan saki baki yang ada di lokasi yang sama. Kumpulan 'LGBT' telah berpindah dan mengambil tempat di hujung padang bawah bendera besar.
Malam tadi peserta yang berkhemah di bahu jalan dapat tidor dengan aman....tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pagi tadi penguatkuasa DBKL hadir dan menasihatkan peserta mengemaskan kawasan dan beredar. Kebanyakkan peserta akur dan lokasi kembali tenang.Tambahan pula kontraktor Konsert DiRaja memulakan tugas mengemas dan membuka khemah besar yang digunakan semasa Konsert. Jadi tiadalah tempat selamat untuk peserta berteduh tanpa khemah.
1.
2.
3. Orang DAP bagi 'ceramah' percuma pasal LAW...
4.
5. Monyet bernama Rosmah Mansor ini menjadi penghibur dan tarikan popular dilokasi sejak mula nya 'taklukan'. Dia ada pasangan bernama Najib... kedua dua nya berusia 5 tahun..
6.
7. Ini lah sisa sisa perjuangan yang termampu dipaparkan. Mereka kata malam nanti ramai akan turun padang..
8. Perempuan gila ini masih berkeliaran di lokasi..
Provokasi yang melampau...pegawai DBKL yang berkawal dan mengawasi keadaan dilokasi telah dicerca, dicaci dan dihina oleh sekumpulan orang muda (tidak diketahui samada mereka ini mahasiswa peserta ataupun penyokong). Kejadian berlaku semata mata kerana pegawai tersebut menghalang mereka dari memasuki tapak perkhemahan asal yang telah ditutup dan dipasang barricade. Wajar ke kata nista yang dilemparkan kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugasan dan arahan yang mereka terima?
Tengah hari ini pihak berkuasa DBKL telah merampas segala peralatan perkhemahan di lokasi dan menahan empat orang peserta kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Saya dan beberapa orang rakan wakil media telah tiba di lokasi lebih kurang setengah selepas kejadian tersebut.
Kami telah bergerak secara berkumpulan untuk memudahkan temubual dijalankan secara sekali harung dan tidak berulang dan bertindan. Kami sempat menemubual wakil mahasiswa dari Pantai Timor yang memberi gambaran jelas akan kejadian yang telah berlaku.
Selepas itu saya cuba pula untuk mendapatkan ulasan dari gadis Occupy Dataran bernama Tammy yang saya telah temubual pada awal taklukan Dataran. Cubaan saya tidak disenangi oleh wanita yang dikenali sebagai Auntie Bersih. Beliau menjerit supaya Tammy tidak melayan kami. Kemudian beliau sendiri bersemuka dengan kami
Ikuti rakaman video untuk mendapat gambar jelas apa yang berlaku seterus nya.
Saya amat kecewa kerana karektor yang dilambung naik oleh penganjur BERSIH 2 langsung tidak memahami kehendak pemimpin Pakatan Pembangkang yang inginkan liputan media yang lebih menyeluruh, termasuklah liputan media alternatif yang telah memainkan peranan teramat penting dalam PRU 12 lalu.
Karektor ini harus dijauhkan dari program program yang melibatkan PARTI Pembangkang kerana dia boleh memberi imej yang tidak baik kepada PARTI... Kalau NGO nak guna dia please proceed by all means...
Siapa dia perempuan ini? Satu ikon "mee-segera" yang sekarang bergerak seolah olah seorang authority dalam kalangan aktivis pro-pembangkang? Apa latarbelakang beliau? Adakah dia stabil secara mental? Adakah beliau mangsa penderaan, mangsa perlakuan seks songsang? Adakah beliau seorang lesbian tua? Siapa ? Siapakah dia ini yang telah di "over glorified" oleh penganjur BERSIH 2... Bagi saya dan rakan rakan media yang naik angin kerana kejadian yang telah dirakamkan ini , kami menganggap beliau tidak lebih dan tidak kurang dari seorang Sundal Pencen yang terhegeh hegeh mencari publisiti murahan.... Kalau dia ada hak , kami pun ada hak nak bersuara dan memberi pandangan kami...
Mat Sabu turun padang untuk bersama penakluk yang cuba menakluk semula tapak lokasi asal. DBKL telah pun memasang penghalang sejak tengah hari lagi selepas melakukan rampasan dan tangkapan. Mat Sabu bagi amaran kepada anggota penguatkasa DBKL supaya tidak memukul "budak budak" dan mengingatkan mereka bahawa semua kawasan Wilayah Persekutuan telah dimenangi Pakatan Pembangkang...