Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Friday, 8 June 2012

Siapa nak tanggung kos pengajian percuma ?

Venue : SMK Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor

Event : Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Date : 7/6/2012 @ 12.30 pm


Muhyiddin Yassin menegaskan tiada apa dalam dunia ini yang percuma. Siapa yang kena bayar kos sebenar pengajian yang diberi percuma. Rakyat Malaysia dinasihatkan jangan terpedaya dengan janji politik yang tak menasabah dan tidak bertanggungjawab..



Thursday, 7 June 2012

EXCO Selangor seru pelajar bangkit melawan


KENYATAAN MEDIA
07 Jun 2012


MENTERI DIINGAT JANGAN MENGHUKUM MAHASISWA

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang telah mengesahkan penarikan balik pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL sambil mengingatkan Menteri terbabit agar jangan menghukum mahasiswa.

“Tindakan menarik balik pinjaman PTPTN demi kepentingan politik UMNO tidak lain hanya memberi tekanan dan beban kepada mahasiswa. Mahasiswa yang baru mendaftar ini, bukan semuanya anak Selangor bahkan ada juga yang datang dari pelbagai negeri malah dari Sabah dan Sarawak pun ada.

“Bebanan ini tidak hanya ditanggung oleh para pelajar bahkan ibubapa penyokong tegar UMNO turut terlibat sama dalam penganiayaan ini”, Ujar Dr. Yaakob.

Terdahulu, Pakatan Rakyat sering mengulangi janji mereka bahawa pendidikan percuma akan dilaksanakan selepas berjaya mentadbir Putrajaya. Hari ini, Menteri sudah awal- awal lagi menidakkan peranan kerajaan pusat bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat sekaligus telah membuktikan ketidak-mampuan mereka mentadbir negara.

“Menteri hanya diberi amanah mentadbir. Mengapa perlu dikeluarkan arahan bagi menyekat itu dan ini. Perlu diingat bahawa 22 peratus dari cukai kerajaan Pusat disumbang oleh kerajaan Selangor. Tindakan ini dilihat sebagai keputusan tidak matang dan kebudak-budakan”, tegas beliau.

Justeru, Dr. Yaakob turut memohon agar mahasiswa bangkit menentang kezaliman tersebut. Sambil menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya mahu member pendidikan percuma setelah mentadbir Putrajaya kelak. Bahkan kebebasan bersuara dan kebebasan mutlak sebagai seorang mahasiswa turut diperjuangkan.


Exco Kerajaan Negeri Selangor
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik

Isu PTPTN - Peluang Selangor buktikan mereka mampu

Venue : SMK Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor

Event : Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Date : 7/6/2012 @ 12.30 pm


Noh Omar berpandangan bahawa ini adalah masa terbaik bagi kerajaan Selangor membuktikan bahawa mereka boleh memberi pendidikan percuma walaupun tanpa bantuan skim PTPTN. Kelmarin Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan pembekuan sementara skim PTPTN bagi pelajar baru UNISEL dengan tujuan untuk mengkaji kemampuan universiti tersebut beroperasi bebas dari PTPTN.

Kalau lah kerajaan Selangor betul betul mampu seperti diwar warkan, berkemungkinan besar rakyat Malaysia akan menyaksikan satu lagi Tsunami besar melanda ketika PRU13 nanti....

Jika tidak kita semua akan menyaksikan fenomena ular sawa nak cuba telan gajah pigma dalam masa terdekat ini...



Friday, 27 April 2012

Takluk Dataran - Najib serang kanak kanak

Venue : Dataran Merdeka. Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, malam hari ke-14

Date : 27/04/2012 @ 12.30 am


Kera jantan bernama Najib ini lah yang menjadi daya tarikan dan penghibur sejak bermula nya Takluk Dataran. Tapi malam ini satu kejadian yang tidak diduga berlaku apabila si Najib menerpa dan merentap tangan kanak kanak perempuan berumur lebih kurang empat tahun sehingga terlentang diheret Najib.

Ibu bapa kanak kanak tersebut yang dipersalahkan tuan pengurus kera tersebut. Untuk mengelak dari menjadi isu ibubapa kanak kanak tersebut terus membawa anak mereka yang traumatised keluar dari lokasi.

Ramai yang tertarik dengan gelagat Najib dan mengambil kesempatan bergambar dan mendukung nya.. tapi kera tetap haiwan, mood nya memang sukar diramal. Adakala Najib menyeringai dan menunjukkan taring beliau apabila diusik berlebih lebihan oleh orang ramai.

Saya tetap berwaspada dengan segala jenis haiwan walau kucing sekalipun dan saya harap orang ramai tidak mengambil enteng mengenai keselamatan terutamanya jika ada kecil ketika berhampiran dengan kera seperti Najib... Pengurus punya alasan.... bini Najib, si Rosmah Mansor tak berada bersama.... itu pasal dia moody...

1.
 2.
 3. Petugas JAIS yang mengikuti perkhemahan sejak mula lagi tidor beralaskan ground sheet tanpa bumbung atau fly sheet sejak kelmarin. Harap harap tak hujan le... Petugas ini merupakan salah seorang dari empat yang ditahan polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas kelmarin. Kes beliau akan didengar pada 10/4/2012.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.


Takluk Dataran - Solat Hajat tak dapat sambutan

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, solat hajat hari ke-13

Date : 26/4/2012 @ 7.30 pm


Sebelum ke Dataran Merdeka saya singgah solat Asar dan kemudian nya Maghrib di Masjid Bukit Aman yang berhampiran. Anggota Polis yang berjemaah disana mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan perlindungan Illahi semasa mereka menjalankan tugas mengawal Demonstarsi Bersih 3 nanti.

Di Dataran Merdeka pula saya mendapat tahu melalui SMS dari rakan media bahawa satu majlis solat hajat akan diadakan oleh kumpulan mahasiswa. Setiba saya disana jemaah yang ada baru saja selesai solat Maghrib. Salah seorang mahasiswa dengan sopan telah memberitahu saya bahawa solat hajat akan dilakukan setelah cukup angka..... berapa angka saya tak bertanya pulak.

Tapi begini lah gambaran yang dapat saya kongsi dengan pembaca semua....

Saya doakan Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada pihak yang benar disisi Nya... Amiiiinn....

1.
 2.
 3.


Thursday, 26 April 2012

Takluk Dataran - 'LGBT' dan Mahasiswa berpecah

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, Hari ke-12

Date : 25/4/2012 @ 5.30 pm


Saya difahamkan bahawa kerjasama diantara kumpulan mahasiswa dan kumpulan Occupy Dataran berjalan lancar hanya untuk tiga hari pertama sahaja. Selepas itu sudah mula timbul isu isu 'pentadbiran kem' sesama mereka. 

 Imej LGBT yang dibawa Mislina Mustafa amat tidak disenangi oleh kumpulan mahasiswa yang mendapat sokongan puak Islamist dalam parti pembangkang. Pergaulan bebas lelaki dengan perempuan juga memberi tekanan yang kuat dari persepsi dan sokongan orang ramai.

Hari ini kedua dua kumpulan ini akhir nya berpecah. Mahasiswa masih kekal dengan saki baki yang ada di lokasi yang sama. Kumpulan 'LGBT' telah berpindah dan mengambil tempat di hujung padang bawah bendera besar.


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.


Takluk Dataran - Dataran kembali tenang

Venue : Datran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Merdeka, Hari ke-12

Date : 25/2/2012 @ 5.30 pm


Malam tadi peserta yang berkhemah di bahu jalan dapat tidor dengan aman....tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pagi tadi penguatkuasa DBKL hadir dan menasihatkan peserta mengemaskan kawasan dan beredar. Kebanyakkan peserta akur dan lokasi kembali tenang.Tambahan pula kontraktor Konsert DiRaja memulakan tugas mengemas dan membuka khemah besar yang digunakan semasa Konsert. Jadi tiadalah tempat selamat untuk peserta berteduh tanpa khemah.

1.
 2.
 3. Orang DAP bagi 'ceramah' percuma pasal LAW...
 4.
 5. Monyet bernama Rosmah Mansor ini menjadi penghibur dan tarikan popular dilokasi sejak mula nya 'taklukan'. Dia ada pasangan bernama Najib... kedua  dua nya berusia 5 tahun..
 6.
 7. Ini lah sisa sisa perjuangan yang termampu dipaparkan. Mereka kata malam nanti ramai akan turun padang..
 8. Perempuan gila ini masih berkeliaran di lokasi..
 9.


Wednesday, 25 April 2012

Takluk Dataran - Berkhemah di bahu jalan pulak

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran - Malam hari ke-12

Date : 25/4/2012 @ 12.30 am


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.


Takluk Dataran - Penguatkuasa DBKL dicaci dan dihina

Venue : Dataran Merdeka , Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran - Malam hari ke-12

Date : 25/4/2012 @ 1.00 am


Provokasi yang melampau...pegawai DBKL yang berkawal dan mengawasi keadaan dilokasi telah dicerca, dicaci dan dihina oleh sekumpulan orang muda (tidak diketahui samada mereka ini mahasiswa peserta ataupun penyokong). Kejadian berlaku semata mata kerana pegawai tersebut menghalang mereka dari memasuki tapak perkhemahan asal yang telah ditutup dan dipasang barricade. Wajar ke kata nista yang dilemparkan kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugasan dan arahan yang mereka terima?


Takluk Dataran - Mat Sabu beri ingatan kepada DBKL

Venue : Dataran Merdeka , Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, Malam hari ke-12

Date : 25/4/2012 @ 12.30 am


Mat Sabu turun padang untuk bersama penakluk yang cuba menakluk semula tapak lokasi asal. DBKL telah pun memasang penghalang sejak tengah hari lagi selepas melakukan rampasan dan tangkapan. Mat Sabu bagi amaran kepada anggota penguatkasa DBKL supaya tidak memukul "budak budak" dan mengingatkan mereka bahawa semua kawasan Wilayah Persekutuan telah dimenangi Pakatan Pembangkang...




Takluk Dataran - Petang hari ke-11

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran Merdeka - Hari ke-11

Date : 24/4/2012 @ 5.30 pm'




1.
 2.
 3.
 4.



Tuesday, 24 April 2012

Takluk Dataran - DBKL bertegas, empat ditahan

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, tengah hari ke-11

Date : 24/4/2012 @ 12.30 pm




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9. Sundal with a bad attitude