jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Perasmian Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2017 (PEMANAS 5.0)
Lokasi : Dewan Tun Ismail, PWTC
Tarikh : 30/11/2017
Program pra-PAU2017
Video 1 - Zahid Hamidi redha dengan ketentuan Illahi bahawa beliau menjadi pembantu kepada PM Najib Razak, seorang pemimpin berjiwa rakyat yang dianggap beliau sebagai luarbiasa dalam merendahkan diri..
PIhak berkuasa dan juga penganjur BERSIH 5.0 kini boleh membuat andaian dan anggaran apa yang akan berlaku di perhimpunan BERSIH 5.0 akan datang. Golongan muda yang pro-pembangkang tapi bukan sayap parti sudah boleh menunjukkan kemampuan mereka menguruskan satu perhimpunan aman.
Kolekso Foto / Video 360
Anda hanya perlu klik video / foto tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... Anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi video / foto dirakam... Anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... Anda juga boleh enlarge or round up the image... Selamat mencuba dan alami pengalaman baru dari sudut pandangan 360 darjah
Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak
Acara :Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara
Tarikh : 22/3/2015
Sabtu kelmarin 21/3/2015 selepas Flash Mob di SOGO sekumpulan aktivis telah bergerak kearah Dataran Merdeka dengan tujuan untuk berkhemah ala-ala Takluk Dataran Merdeka yang dilakukan hampir tiga tahun yang lalu.
Tetapi niat mereka terhalang kerana Dataran Merdeka ditutup bagi kerja kerja baik pulih dan sebagai alternatif mereka telah mula membuat tapak perhemahan di persimpangan Jalan TAR / Jalan Tun Perak di kawasan air terjun bersetentangan dengan Dataran DBKL.
Tujuan utama perkhemahan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang dilihat sebagai individu penghalang terbesar dalam segala kegiatan jalanan mereka. Khalid yang dipanggil Kepala Twitter begitu aktif memantau segala komunikasi Twitter penggerak demo jalanan dan melakukan tangkapan susulan..
Perkhemahan ini dijangka berjalan sehingga Sabtu depan dimana satu lagi demo besar besaran dijadual akan dilakukan sekali lagi di SOGO.
In the meantime berhibur lah dengan nyanyian kumpulan anak muda ini.
Lokasi : Persimpangan traffik SOGO dan Kompleks Pertama, KL
Acara : Flash mob solidariti Anwar Ibrahim
Tarikh : 14/2/2015
Rakaman saya ini hanya untuk bahagian SOGO sahaja kerana saya tidak mengikuti kumpulan ini berarak kearah Menara Maybank melalui Jalan TAR dan Masjid Jamek.
Kehadiran sekitar 100-150 orang sahaja terdiri kebanyakkan nya budak-budak muda berpakaian hitam dan membawa bendera hitam melambangkan apa yang mereka dakwa, mati nya demokrasi dan kehakiman dinegara ini. Seperti biasa kehadiran wakil media dan Polis yang bertugas hampir menyamai jumlah yang berdemo.
Antara mereka yang berucap ringkas ialah Bawani (Pemuda Sosialis), Nik Nazmi (Ketua AMK), Safuan Anang (Lensa Anak Muda Malaysia), Rara (Pemuda DAP), Danny (Wakil Mahasiswa UM), Adam Adli (Aktivis Sosial) dan Nurl Izzah
Aktiviti sebegini dijadual akan berlangsung setiap hari Sabtu sehingga lah Anwar dibebaskan.
Nurul Izzah memberi terjemahan ringkasan ucapan beliau kedalam Bahasa Inggeris bagi digunakan oleh wakil media asing. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan mengenai keadaan Anwar Ibrahim sekarang... "in high spirits, thin in pain but in high spirits". Keluarga sudah dibenarkan melawat ke ?
Ini baru sahaja diterima untuk perkongsian bersama
KENYATAAN MEDIA 14 FEBRUARI 2015 PKR PERLU MUHASABAH DIRI, HENTI SIKAP TUDING JARI
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti menuding jari kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.
Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang.
Reaksi pantas parti tersebut terhadap demontrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.
Malah, Tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang tersembunyi di sebalik demontrasi tersebut lebih kepada tindakan kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.
Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini, kini permasalahan dalaman PKR yang kian membusuk pula mahu dipalitkan kepada mantan Menteri Besar Selangor itu.
Selaku seorang negarawan, Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawa, justeru menuduh beliau sebagai dalang yg bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR.
Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini.