Tuesday, 26 November 2013

Jangan terlalu berpolitik, utamakan mutu seni

Lokasi : Ballroom Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Malam Amal Warisan Seni anjuran Karyawan

Tarikh : 8.30 pm


Mesti Tonton ! Persembahan pilihan.. terbaikk..

Rais: M'sia terlalu banyak persatuan seni

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan persatuan seni di negara ini bergabung di bawah satu pertubuhan bagi mendokong sepenuhnya perkembangan industri seni dan budaya.

Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata penggabungan itu antara lain akan dapat memperkukuh kualiti industri seni dan budaya kerana setiap persoalan berhubung mutu penghasilan industri dapat dibincangkan bersama.

"Jangan terlalu banyak persatuan seni sama ada seni suara, seni lakonan atau seni pencahayaan dan sebagainya sehingga kita tidak dapat bersatu melahirkan keutamaan industri seni dan budaya.

"Malaysia terlalu banyak persatuan seni sehingga sukar untuk melahirkan keutamaan yang perlu ada dalam industri seni dan budaya, saya dapati ada lebih kurang 18 hingga 22 persatuan yang mempunyai cara masing-masing.

"Seharusnya pemimpin persatuan berfikir untuk mencantumkan tenaga mereka supaya lebih kuat dan dapat mewujudkan kesepakatan dalam mengharum kehidupan seni budaya yang ada di Malaysia," katanya selepas menghadiri Majlis Malam Amal Warisan Seni di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis itu anjuran Persatuan Karyawan Malaysia yang antara lain bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu artis yang memerlukan bantuan. 

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM63,000 kepada 22 artis yang memerlukan bantuan.

Turut hadir bekas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Presiden Karyawan Datuk Freedie Fernandez.

Sementara itu, Rais berkata Yayasan Warisan Negara yang ditubuhkan bagi mempertahankan identiti seni budaya bangsa dijangka akan beroperasi secara rasmi pada bulan depan.

- Bernama

1/33
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10

Monday, 25 November 2013

Jabatan Peguam Negara alat dan perkakas pembangkang ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Agung ke-3 Perkasa Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/11/2013 @ 11.00 am


Kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam mengendalikan pelbagai isu terutamanya yang melibatkan pembangkang mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk lah dari PERKASA. Ikuti kenyataan Sdr Mohammad Zahid Md Arip, Ahli Mjalis Tertinggi Perkasa dan juga Mursyidul Am TIBAI



SPR perlu undang-undang pendakwaan - PERKASA

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Agung ke-3 Perkasa Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/11/2013 @ 11.00 am


Mantan Pengerusi SPR, Tan Sr Abdul Rashid Abd Rahman yang kini Ahli Majlis Tertinggi Perkasa akan menggunakan pengalaman beliau untuk mendesak kerajaan supaya meminda undang-undang Pilihanraya yang sedia ada. Pindaan tersebut untuk membolehkan SPR mengambil tindakan undang-undang dan mempertahankan diri dari fitnah dan tuduhan yang tidak berasas yang sering dilempar oleh pihak-pihak yang bertanding, contoh nya kemasukan 40,000 pengundi Bangla.




Mantan Pengerusi SPR kini pembela Melayu

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Agung ke-3 Perkasa Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/11/2013 @ 11.00 am




1/17  Ralat : Tajuk majlis sebenarnya ialah "PERSIDANGAN AGUNG KE-3 PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN"... disahkan oleh Setiausaha Agung Perkasa
 2  Persidangan dirasmikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman, mantan Pengerusi SPR dan kini Ahli Majlis Tertinggi Perkasa
 3
 4
 5
 6
7  Kutipan dana bagi "TABUNG PEMBELAAN PRESIDEN PERKASA MALAYSIA" yang dilancarkan oleh Mursyidul Am TIBAI, Sdr Mohammad Zahid Md Arip
 8
 9
 10

Sunday, 24 November 2013

Pemilik beruntung penilaian semula hartanah

Lokasi : Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur


Tarikh : 23/11/2013 @ 8.00 am


Isu berbangkit :

Kadar Nilai Hartanah KL naik selepas 21 tahun


Bagaimanapun kadar cukai pintu dikatakan tidak akan berubah seperti berikut :

Premis komersial & perdagangan : 12%

Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%

Kampung baru : 2%




Saturday, 23 November 2013

Kuala Lumpur kotaraya tikus dikacamata media asing

Lokasi : Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Acara : Majlis perasmian "Kempen Kebersihan Wilayah Persekutuan"

Tarikh : 23/11/2013 @ 8.00 am


Terdahulu dalam ucapan beliau, Ku Nan telah menegaskan bahawa kempen kebersihan ini tidak perlu diadakan sekiranya warga Wilayah Persekutuan KL tidak mempunyai 'Third world mentality' setelah kerajaan menyediakan 'First world facilities'. Media asing seringkali melabel Kuala Lumpur sebagai kotaraya 'Tikus' dan kotaraya 'Sampah' walaupun rata-rata warga kota beragama yang mana kebersihan menjadi penekanan utama..

Pelbagai NGOs dan persatuan peniaga terlibat sama dalam kempen ini dan dalam jangka panjang penyertaan oleh peniaga-peniaga dan tuan punya premis perniagaan disarankan terlibat sama dalam menjaga kebersihan secara berterusan


1/26
2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 22 November 2013

Perasuah UMNO umpama makan babi

Lokasi : Bukit Perdana, Kuala Lumpur

Acara : Luahan rasa

Tarikh : 19/11/2013


Luahan rasa ahli UMNO Bahagian Pandan yang terlibat didalam pemilihan UMNO yang baru lalu. 
TUN DR. MAHATHIR BERPESAN.............
" MEMBERI DAN MEMAKAN RASUAH SAMALAH DOSANYA MACAM MAKAN DAGING BABI"





Kadar Nilai Hartanah KL naik selepas 21 tahun

Lokasi : Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan

Tarikh : 21/11/2013 @ 12.30 pm


Perjumpaan kedua Ku Nan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini bertumpu kepada perbincangan mengenai kenaikan kadar nilai hartanah di Kuala Lumpur yang akan memberikan kesan kepada jumlah cukai pintu yang perlu dibayar. Ini adalah kenaikan atau penilaian semula yang pertama kali dilakukan DBKL sejak 21 tahun yang lalu walaupun mengikut perundangan DBKL boleh melakukan nya setiap 5 tahun.

Bagaimanapun kadar cukai pintu dikatakan tidak akan berubah seperti berikut :

Premis komersial & perdagangan : 12%

Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%




1/19 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 21 November 2013

Anwar buat U-turn , Yuktes Vijay buat laporan Polis

Lokasi : Balai Polis Travers, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Yuktes Vijay berkenaan penafian Anwar Ibrahim berhubung 40,000 pengundi
Bangla semasa PRU 13

Tarikh : 20/11/2013 @ 9.30 pm


Yuktes Vijay buat laporan Polis keatas Anwar kerana didakwa menghasut rakyat menentang kerajaan yang dipilih rakyat. Semasa berkempen menjelang PRU13 yang lalu dan semasa gerakan Blackout, Anwar telah dilaporkan membuat dakwaan bahawa BN telah membawa masuk 40,000 pengundi Bangla untuk memastikan kemenangan mereka. Tetapi pagi semalam semasa di parlimen Anwar telah menafikan membuat dakwaan tersebut dan menuding jari pula kepada bloggers pro BN... 


Mohd Ridzuan Abdullah, Presiden Ikhlas (Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia) mengutuk u-turn yang dilakukan Anwar dan menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan hasutan yang boleh membawa musibah kepada negara.


1
 2
 3


Majlis Peguam Hipokrit

Lokasi ; Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media oleh Khairul Azam mengenai pelanggaran hak asasi ahli dalam isu pemilihan
jawatankuasa Majlis Peguam oleh Majlis Peguam

Tarikh : 20/11/2013 @ 2.00 pm


Kenyataan penuh oleh Khairul Azam mengenai pelanggaran hak asasi oleh Majlis Peguam berhubung hak ahli dalam pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam. Beliau meminta BERSIH, MAFREL dan SUHAKAM untuk memantau dan memastikan ketelusan proses pengiraan undi pemilihan jawatankuasa Majlis Peguam yang akan berlangsung pada 2/12/2013 



1
2
3
4
5