Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

Bunuh Melayu - Wira Perkasa desak pengesahan Amerika mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka

Acara : Penyerahan memorandum oleh Wira Perkasa kepada Kedutaan Amerika

Lokasi : Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur

Tarikh : 12/8/2016



Video 1 -  Wakil Wira PERKASA hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika bagi mendesak penjelasan mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka bahawa Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Malaysia dan membunuh orang Melayu.. Pagi tadi Wira PERKASA telah membuat satu laporan Polis mengenai isu yang berbangkit.

*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5


Tuesday, 10 May 2016

Alami kebenaran rakaman dari sudut 360 darjah

Test entry. Alat baru untuk melihat suasana yang dirakam dari sudut 360 darjah.
Pembaca cuma perlu menggerakkan cursor kearah mana sahaja diatas gambar yang 
terakam oleh camera Theta360.com.

Kelebihan alat ini ialah ianya boleh membantu menghindarkan tohmahan dan
fitnah oleh mereka-mereka yang cuba memperkecilkan sesuatu majlis atau memberi
gambaran yang tidak benar.

Selamat mencuba dan membiasakan diri dengan kebenaran.





Wednesday, 7 October 2015

Wanita BN akan guna media sosial untuk kekal relevan

Lokasi : Ibupejabat Wanita UMNO, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Sidang media ASEAN Conference - Women in Politics

Tarikh : 6/10/2015


Wanita BN akan menganjurkan ASEAN Conference Women in Politics bertajuk Promoting Representation Through Connectivity and Innovation

Program akan berlangsung selama sehari setengah bermula dengan perasmian oleh PM Najib Razak pada 16/10/2015 dan berakhir pada petang 17/10/2015

18 parti politik ASEAN dijangka akan menghantar wakil. Keseluruhannya 2,000 peserta termasuk dari wakil NGOs dijangka akan mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Wanita BN memilih tajuk teknoloji maklumat dan media sosial sebagai alat untuk maju dalam politik untuk perbahasan dalam persidangan ini. Ikuti penerangan dan jawapan Shahrizat Jalil dalam rakaman video dibawah ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PS -  Pemimpin BN janganlah asyik menyalahkan media sosial dan menunjukkan diri mereka seolah olah tidak boleh bergerak seiring dengan kemajuan. Isu salahguna dan fitnah dalam media sosial hendak lah di ambil kira sebagai cabaran yang harus ditempuh oleh setiap ahli politik. Sekiranya fitnah, gunakan lah saluran media sosial juga untuk melawan dengan fakta dan kebenaran. Bukan semua rakyat Malaysia menyukai setiap pemimpin. 

Yang menjadi masalah ialah pemimpin yang dikatakan difitnah tidak mempunyai fakta untuk melawan balik atau mereka sendiri telah diselaputi dengan pelbagai skandal yang membuat kan mereka takut hendak melawan balik. Walaupun isu yang berbangkit itu kecil mereka ridak akan berani melawan kerana takut isu 'pancing' akan mengundang pendedahan skandal atau isu yang lebih besar.

BOTTOMLINE : Jadilah pemimpin yang cekap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan kerajaan. Hindarilah dari terjebak dalam skandal dan gossip-gossip liar. Belajarlah menggunakan media sosial untuk mendekati pengundi dan penyokong dan meningkatkan produktiviti. Jangan bermusuh dengan penggiat media sosial, kerana kekadang tulisan mereka berdasarkan maklumat terhad yang mereka terima. Mungkin mereka tidak berniat untuk menulis perkara yang tidak sahih.

 Tetapi tidak dinafikan ada juga antara mereka memang menulis secara sepenuh masa untuk menyerang dan mencari silap pemimpin. Tapi itu ada lah sebahagian daripada asam garam dunia politik masakini. 

Embrace and Move Forward .. Saya menyokong inisiatif Wanita BN... masih belum terlambat.



1
 2
 3
 4
 5


Tuesday, 28 April 2015

PRK P.44 - Calon bebas dakwa disabotaj pihak dalam PKR

Lokasi : Bertam Golf Resort, Seberang Perai

Acara : Sidang media oleh calon bebas Salleh Isahak untuk menafikan khabar angin

Tarikh : 27/4/2015



Sidang media oleh calon bebas Salleh Isahak untuk menafikan sebaran mesej berikut yang didakwa didalangi oleh orang dalamPKR bagi mensabotaj beliau -

"Independent candidate Hj Salleh Isahak is an ex Umno Alma member but joined PKR holding the position of SU Cabang Permatang Pauh between 2008 - 2013. He is currently an AJK of the same Cabang since 2014. Tq"

Salleh Isahak telah pun membuat laporan Polis mengenai perkara ini. 

Persoalan nya apa yang ditakutkan sangat oleh pihak yang mensabotaj Salleh? Adakah peluang untuk beliau meraih undi melalui pergerakan NGO PERBAIK begitu tinggi ?


1
 2
 4
 5
 6


Sunday, 7 December 2014

Di fitnah dan di kritik adalah perkara biasa bagi seorang Perdana Menteri

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014

"That is his right (untuk saman atau ambil tindakan undang undang) but as a politician being attacked and being criticised, fitnah by people is normal... pergi court bagi saya tak guna  tapi bagi PM berguna lah...  saya dulu saya tak report (pi court)  saya jawab laah...kalu saya buat benda yang betul apa nak takut, orang tak akan percaya..  pendapat saya orang Malaysia nih bodoh tak  tahu nak urus (syarikat) penerbangan, sebab tu rugi... bila rugi orang yang buat bagi rugi tu sekarang ni nak perbaik balik.. OK tak ?"...Tun Dr Mahathir




Tuesday, 14 October 2014

Suara Keadilan dan dua lagi didakwa fitnah PERMATA

Lokasi : IPD Petaling Jaya, Selangor

Acara : Laporan Polis keatas Suara Keadilan dan dua yang lain kerana didakwa memfitnah PERMATA dalam isu peruntukan bajet 2015

Tarikh : 13/10/2014



Laporan Polis keatas Keadilan dot com , Naid Ketua Wanita Keadilan dan seorang Facebooker dibuat kerana menfitnah PERMATA dalam peruntukan Bajet 2015. Mereka mendakwa penjimatan dari potongan subsidi minyak digunakan untuk memberi peruntukan RM711 juta kepada PERMATA.

Saksikan seruan Ramesh Rao dalam bahagian terakhir video yang menyeru Najib Razak supaya jangan mneruskan hasrat menghapuskan Akta Hasutan kerana langkah tersebut tidak akan membawa undi tambahan kepada BN sebagaimana yang telah berlaku apabila ISA dihapuskan.


1
 2
 3

Monday, 22 September 2014

PRK N.01 - Kesungguhan BN melawan fitnah

Lokasi :Sepanjang jalan dari Bunohan menghala Pengkalan Kubor

Acara : Ronda ronda kawasan PRK

Tarikh : 22/9/2014


Sudah hampir 20 PRK serata Malaysia telah saya ikuti dan mengambil bahagian tetapi ini lah kali pertama saya melihat usaha yang bersungguh sungguh oleh BN dalam perang poster. Kemas dan berinformasi dan ditempat ditempat tempat strategik. Saya jangkakan PAS pun akan meningkatkan serangan mereka dalam bentuk yang sama ditambah pula dengan hand-out bills yang mereka sangat sangat cekap melakukab selama ini.


1  Billboard yang terbesar setakat ini sesuai dengan patung buddha yang besar.
 2
 3  Isu tuntutan royalti minyak
 4 Isu hudud
 5  Isu Anwarinas
 6  Ini saja yang termampu oleh wakil bebas..
 7  Ini untuk menjawab UMNO itu jahat, penipu, pelawok dan kaki spin
 8  Ini pula sindiran sinis keatas kenyataan Hadi semasa berucap menutup Muktamar PAS
 9  Ini bagi menjawab isu wang ehsan 
 10
 11


Saturday, 20 September 2014

PRK N.01 - Pelawok, pelawok, pelawok

Lokasi : Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan


Tarikh : 19/9/2014


Kelmarin Cikgu Rahim, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pengkalan Kubor mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO itu jahat, penipu , pelawok dan kaki spin ...dulu kini dan selamanya. Nah saksikan keratan rakaman ucapan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan mengenai laporan Polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO, Pengkalan Kubor.

I have taken all reasonable care to extract the relevant clip on the issue from end to end without any technical or creative editing ... 

Jawapan yang beliau berikan tidak menjawab isu utama laporan Polis dibuat terhadap beliau , iaitu fitnah dan hasutan berhubung bayaran royalti yang dibuat kepada kerajaan Thai yang memerangi pejuang Islam di Selatan Thai.... Pelawok ?... Siapa sebenar nya pelawok ?

Untuk laporan awal sila rujuk 

MEMALUKAN ! BUKTI VIDEO : PEMIMPIN TABUR FITNAH




1
2


Sunday, 14 September 2014

PRK N.01 - Isu tuntutan royalti minyak satu fitnah besar oleh PAS

Lokasi : Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, Kelantan


Tarikh : 13/9/2014


Isu royalti minyak dijangka akan menjadi salah satu yang akan diputar oleh PAS semasa kempen pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

BN pula sudah set tidak akan biarkan rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Kubor termakan dengan mainan politik itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata BN akan guna kempen ini untuk jelaskan  'once and for all' isu royalti minyak.
Isu dan sentimen ulangan berkaitan royalti itu dijangka digunakan penceramah PAS. .. (bacaan selanjut nya di PAS boleh semak dokumen Petronas... jangan fitnah pasal royalti minyak-TPM)
 1
 2
 3
 4

Wednesday, 6 August 2014

PAS diminta tegas siasat surat palsu & lawan fitnah

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat kepada wakil Hj Hadi Awang mengenai surat palsu 
yang menyatakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Tarikh : 5/8/2014


Selain daripada penyiasatan keatas surat palsu, PAS juga diminta untuk lebih tegas memerangi fitnah. Jangan sehinggakan Presiden dan Mursyidul Am dan kepimpinan tertinggi yang di fitnah sewenang wenangnya tanpa sebarang tindakan.


Kenyataan oleh Ramesh Rao Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

1
2
3
4
5

Wednesday, 18 June 2014

Roket dan Suara Keadilan sumber fitnah - KDN bertindak lah !

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014


Bekas ahli DAP, Tony Tan merayu Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak keatas Suara Keadilan dan Roket kerana menjadi sumber fitnah tambahan pula permit mereka hanya terhad untuk ahli sahaja.. bukan untuk dijual kepada umum.




Tuesday, 17 June 2014

Kit Siang didesak kemuka bukti rasuah kpd SPRM

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014



Seperti biasa NGO Pertubuhan Media dan Sosial Prihatin mendahului NGO-NGO lain dalam "menghantui" kepimpinan DAP dengan isu-isu pecah amanah dan salahguna kuasa dan fitnah. Kali ini mereka mendesak Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan memberi bukti rasuah dalam kerajaan BN kepada SPRM dalam tempuh seminggu. Ikuti rakaman sidang media pagi tadi.


1
 2
 3
 4
 5  Sim Thong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka menerima surat bagi pihak Lim Kit Siang
 6


Wednesday, 16 April 2014

Rafizi harap Papagomo terus tak boleh tidor malam

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media

Tarikh : 15/4/2014



Rafizi mengesahkan bahawa beliau telah memberi keterangan dan menyerahkan  bahan bukti tambahan kepada Polis bagi memudahkan siasatan mereka keatas Wan Azri yang dituduh menipu mahkamah berhubung identiti beliau sebagai Papagomo yang menaiki kapal selam Scorpene. Menurut Rafizi siasatan telah pun bermula dan Polis seterusnya akan mendapatkan pengesahan dari mahkamah. 

Kes ini nampak macam clear-cut memihak Rafizi memandangkan Mindef telah memberi pengesahan bertulis kepada Parlimen mengenai identiti blogger yang menaiki Scorpene pada tahun 2011.. Good luck..