jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
MCA sedang bersidang dan melalui proses pemilihan parti hujung minggu ini... Kenyataan amaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA (kini mantan), Wee Ka Siong dalam ucapan dasar beliau di Kongres Pemuda MCA pagi 19/12/2013. Ikuti jawapan Ku Nan sebagai Setiausaha Agung BN dan UMNO
Bukan saja orang ramai yang keliru pasal cadangan kenaikan cukai pintu, kami yang membuat liputan pada mulanya memang terkeliru jugak... Saya perhatikan setiap kali sidang media, para wartawan akan bertanya benda yang sama berulang ulang kali, iaitu bagaimana penilaian semula dilakukan.
Kini sudah terungkai, penilaian dilakukan berdasar nilai setahun sewaan premis. Kadar cukai pintu tidak berubah dan masih dalam pertimbangan oleh DBKL. Ku Nan mengaku bahawa kekeliruan berlaku apabila Notis dihantar kepada pemilik-pemilik premis tanpa penerangan terperinci. Beliau telah mengarahkan DBKL untuk mengeluarkan surat pekeliling dalam masa terdekat ini untuk memberi penerangan terperinci mengenai mekanisma yang digunapakai.
Kesilapan tetap kesilapan, tetapi sikap berani mengaku adalah sikap yang terpuji. Harap-harap DBKL akan lakukan yang terbaik kali ini untuk meraih semula keyakinan warga kota.
1. Purata 170,000 orang menggunakan perkhidmatan LRT laluan Ampang pada tahun 2012, dimana kira-kira 15,000 orang adalah pengguna Stesyen Park & Ride Bandar Tasik Selatan
2. Stesen LRT Park & Ride Bandar Tasik Selatan adalah stesen yang merekodkan jumlah tertinggi pengguna harian dari keseluruhan 25 stesen laluan Ampang.
3. Pembinaan bermula 30/5/2011 dengan kos sebanyak RM19 juta
4. Kompleks setinggi 4 tingkat menyediakan 818 petak bertutup dan 169 petak terbuka. Pengawasan CCTV sepenuh masa. 78 petak motosikal, 3 tempat meletak bas dan 10 tempat letak teksi juga disediakan.
5. Keseluruhan nya dibawah inisiatif NKRA sebanyak 10,000 petak letak kereta akan dibina berperingkat peringkat disekitar pinggiran bandaraya dibawah konsep Park & Ride untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang.
Ku Nan gelar Ahli Parlimen Pembangkang sebagai Demo-Crazy(ies), hari ini Nurul Izzah mengaku bahawa mereka bertindak sebagai Fasilitator (Facilitators) kepada pemilik premis yang hantar notis bantahan kepada kenaikan cukai pintu.
Nampak nya ada juga kebenaran apa yang Ku Nan cakap. Jika benar Ahli Parlimen hendak memperjuangkan isu mengapa perlu ajak oranag ramai berhimpun buat bantahan sehingga timbul kekecohan. Mereka boleh saja bawa isu tersebut ke Parlimen. Belasah lah Menteri yang berwajib sepuas puas nya sehingga dapat apa yang rakyat tuntut.
Lokasi : Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Acara : Bantahan kenaikan cukai pintu
Tarikh : 16/12/2013
Ikuti dua pandangan berbeza daripada Haris Ibrahim, seorang aktivis masyarakat / politik dan dari Fariz Musa, ahli PKR dan Ketua Koordinator Jingga 13. Perbezaan ketara dari penggerak massa dan dari ahli politik yang mencari peluang 'political mileage'...
Jangan lah buat himpunan bantahan, nasihat Ku Nan.. DBKL akan memberi rebat selepas proses pendengaran rayuan sekiranya terdapat pemilik premis yang terlebih bayar
Pagi tadi rancangan asal ialah untuk merakam majlis Khatan Perdana anjuran Parlimen Lembah Pantai. Tetapi setelah empat kali pusing kawasan Pantai Damai, saya masih gagal menemui lokasi surau dimana majlis diadakan. Puas saya bertanya beberapa pemandu teksi dan bas tapi semua nya tidak dapat memberi lokasi yang tepat. Kata mereka terdapat surau hampir disemua blok apartment sekitar Pantai Damai.
Adoi jenuh nya.
Bagi memenuhi masa yang telah diperuntukan, saya singgah di Chinatown untuk merakam kehidupan disekitar kawasan tersebut hanya berbekalkan compact Leica D-Lux 6...
1/43
2
3 Counter tempat membeli kertas sembahyang dan colok