Tuesday, 23 September 2014

PRK N.01 - Rakyat Kelantan terdedah kepada kencing manis

Lokasi : Kg Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Program Sentuhan Yayasan Kebajikan Negara

Tarikh : 22/9/2014



Seperti di Sg Limau, Kedah, antara penyakit merbahaya yang sangat biasa dialami oleh masyarakat kampong ialah penyakit kencing manis. Faktor kemiskinan menyebabkan penyakit tersebut tidak dirawat pada peringkat awal sehingga menyebabkan ianya menjadi kronik bagi kebanyakan pesakit. Ada yang menjadi buta dan ada yang terpaksa dipotong anggota badan yang telah reput.

Di Kelantan nasi merupakan pilihan utama untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Malah orang Kelantan makan nasi tak kira masa, nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu dijual dimerata tempat menjual makanan. Menambah burukan lagi ... kebanyakkan makanan harian orang Kelantan manis-manis belaka


1~2  Lawatan ke rumah dua beradik yang buta penglihatan
 2
 3  Lawatan ke rumah Puan Lah dan suami beliau yang baru kehilangan sebelah kaki dua bulan lalu akibat penyakit kencing manis. Puan Lah sendiri mempunyai masalah pendengaran dan menggunakan alat bantuan pendengaran yang telah diuruskan oleh arwah Datuk Norzahidi. Puan Lah mempunyai 3 anak dari perkahwinan terdahulu manakala suami beliau mempunyai 7 orang anak dari isteri yang pertama.
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12  Izat Bukhary, Shahrizat Jalil & Hj Mat Razi Mat Ail


PRK N.01 - Kejadian pukul wartawan tak patut berlaku

Lokasi : Kg Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan

Acara : Santai wakil media bersama Menteri KDN

Tarikh : 22/9/2014


Ini jawapan Zahid Hamidi berhubung kejadian pada 21/9/2014 dimana stringer NST, Lutin Ahmad, 39, yang diserang oleh lelaki yang  mengiringi lima pegawai kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah 


1
 2


PRK N.01 - Tak sangka laksam begitu sedap

Lokasi : Kg Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan

Acara : Santai wakil media bersama Menteri KDN

Tarikh : 22/9/2014


Terima kasih kepada Sdr Lukman Abdullah kerana berjaya menganjurkan majlis makan laksam di kediaman sepupu beliau sebagai sebahagian dari usaha untuk merapat dan memperkenalkan wakil media kepada makanan dan budaya orang Kelantan. Menteri Dalaam Negeri, Zahid Hamidi yang menghadiri majlis ramah mesra dengan masyarakat setempat selanng dua lorong dari lokasi majlis kami telah sudi meluangkan masa bersama kami semua. Terima kasih kami ucapkan.

Antara wakil-wakil media yang turut hadir adalah dari AgendaDaily, The Star, Berita Harian, Malaysiakini, TV3, NTV7, Suara TV, Rakyat Post, Metro News,


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Monday, 22 September 2014

PRK N.01 - Kesungguhan BN melawan fitnah

Lokasi :Sepanjang jalan dari Bunohan menghala Pengkalan Kubor

Acara : Ronda ronda kawasan PRK

Tarikh : 22/9/2014


Sudah hampir 20 PRK serata Malaysia telah saya ikuti dan mengambil bahagian tetapi ini lah kali pertama saya melihat usaha yang bersungguh sungguh oleh BN dalam perang poster. Kemas dan berinformasi dan ditempat ditempat tempat strategik. Saya jangkakan PAS pun akan meningkatkan serangan mereka dalam bentuk yang sama ditambah pula dengan hand-out bills yang mereka sangat sangat cekap melakukab selama ini.


1  Billboard yang terbesar setakat ini sesuai dengan patung buddha yang besar.
 2
 3  Isu tuntutan royalti minyak
 4 Isu hudud
 5  Isu Anwarinas
 6  Ini saja yang termampu oleh wakil bebas..
 7  Ini untuk menjawab UMNO itu jahat, penipu, pelawok dan kaki spin
 8  Ini pula sindiran sinis keatas kenyataan Hadi semasa berucap menutup Muktamar PAS
 9  Ini bagi menjawab isu wang ehsan 
 10
 11


Sunday, 21 September 2014

PRK N.01 - Shahidan Kassim berkempen sambil berjalan kaki

Lokasi : Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Ronda ronda kawasan PRK

Tarikh : 21/9/2014


Secara peribadi saya pernah mengikuti DS Shahidan Kassim ketika program berkampong di Tanjung Karang beberapa tahun lepas, sebelum PRU13. Beliau amat gemar berjalan sekeliling kampong sebagai riadah. 

Petang tadi secara tidak sengaja saya terserempak beliau bersama sekumpulan anak muda petugas kempen dari Perlis dan Bachok sedang berjalan beramai-ramai menyusur jalan Pengkalan Kubor - Kota Bharu sambil membawa bendera BN.

Ikuti penerangan beliau mengenai inisiatif program kempen sambil berjalan kaki disekitar kawasan pengundi masyarakat berketurunan Siam yang dibawah pengawasan beliau.  


1
 2
 3
 4


PRK N.01 - Petanda tidak baik kalau masih harapkan Tun M

Lokasi : Rumah Kedah (belakang pasar sehari), Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Majlis ramah mesra dan Pemberian Wang Zakat oleh Menteri Besar Kedah

Tarikh : 20/9/2014


Satu petanda yang tidak baik sekiranya jentera BN masih mengharapkan Tun Dr Mahathir untuk turun padang menyakinkan pengundi walaupun sudah bersara selama 11 tahun. Ianya satu tanda kegagalan dipihak kerajaan dan UMNO sebagai tunjang pemerintahan negara. Sekiranya Tun Mahathir ingin menyumbang tenaga ianya satu bonus yang amat besar, tetapi jangan lah menaruh harapan kepada beliau semata-mata.. Yang penting jentera BN harus boleh berdikari dan mencari undi mereka sendiri.





PRK N.01 - Menang kalah sama saja bagi PAS

Lokasi : Rumah Kedah (belakang pasar sehari), Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Majlis ramah mesra dan Pemberian Wang Zakat oleh Menteri Besar Kedah

Tarikh : 20/9/2014


Sebelah pagi Mukhriz Mahathir merasmikan mesyuarat tahunan UMNO Pasir Putih, Kelantan dan sebelah tengah nya meluangkan masa bersama jentera kempen Kedah yang turut membantu di Pengkalan Kubor

Mukhriz menyamakan suasana di Pengkalan Kubor sama saja seperti di Sungai Limau dimana penentu kerusi DUN tersebut tidak dapat merubah kedudukan kerajaan negeri atau parti yang memerintah.

Cuma bagi saya kemenangan BN sebagai penyandang amat penting kerana ianya akan mengesahkan mutu khidmat yang telah diberikan oleh calon BN sebelum ini.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15