Showing posts with label hj mat razi. Show all posts
Showing posts with label hj mat razi. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

PRK N.01 - BN sudah terbau kemenangan

Lokasi : Pusat Operasi BN, Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Lawatan Muhyiddin Yassin

Tarikh : 25/9/2014


Lihat saja suasana di Pusat Operasi BN semasa lawatan Muhyiddin Yassin sebentar tadi..

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8

Tuesday, 23 September 2014

PRK N.01 - Dengan pen calon bebas yakin dapat bawa perubahan

Lokasi : Kg Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Program Sentuhan Yayasan Kebajikan Negara

Tarikh : 22/9/2014


Kami terserempak dengan calon bebas, Izat Bukhary yang berasal dari Kota Bharu sedang berkempen bersendirian berhampiran rumah Kak Ijat lawati di Kg Geting. Ini kali kedua beliau mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat Pengkalan Kubor.. Mari kita dengar apa janji beliau..


1  Dari kiri - Izat Bukhary, Shahrizat Jalil dan Hj Mat Razi
 2


PRK N.01 - Rakyat Kelantan terdedah kepada kencing manis

Lokasi : Kg Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Program Sentuhan Yayasan Kebajikan Negara

Tarikh : 22/9/2014



Seperti di Sg Limau, Kedah, antara penyakit merbahaya yang sangat biasa dialami oleh masyarakat kampong ialah penyakit kencing manis. Faktor kemiskinan menyebabkan penyakit tersebut tidak dirawat pada peringkat awal sehingga menyebabkan ianya menjadi kronik bagi kebanyakan pesakit. Ada yang menjadi buta dan ada yang terpaksa dipotong anggota badan yang telah reput.

Di Kelantan nasi merupakan pilihan utama untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Malah orang Kelantan makan nasi tak kira masa, nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu dijual dimerata tempat menjual makanan. Menambah burukan lagi ... kebanyakkan makanan harian orang Kelantan manis-manis belaka


1~2  Lawatan ke rumah dua beradik yang buta penglihatan
 2
 3  Lawatan ke rumah Puan Lah dan suami beliau yang baru kehilangan sebelah kaki dua bulan lalu akibat penyakit kencing manis. Puan Lah sendiri mempunyai masalah pendengaran dan menggunakan alat bantuan pendengaran yang telah diuruskan oleh arwah Datuk Norzahidi. Puan Lah mempunyai 3 anak dari perkahwinan terdahulu manakala suami beliau mempunyai 7 orang anak dari isteri yang pertama.
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12  Izat Bukhary, Shahrizat Jalil & Hj Mat Razi Mat Ail


Saturday, 20 September 2014

PRK N.01 - Jentera BN tak cukup lawan fitnah tuntutan royalti

Lokasi : MRSM, Tumpat, Kelantan

Acara : Sepetang Warga Pendidik MRSM Bersama TPM

Tarikh : 19/9/2014



Cuba dengar intonasi  dan isi jawapan Muhyiddin Yassin mengenai isu royalti yang hangat menjadi isu kempen pilihanraya PAS di Pengkalan Kubor. Jawapan yang diberikan seolah olah mengambarkan jentera kempen BN tidak berusaha sepenuhnya dalam melawan tohmahan dan fitnah berkaitan isu royalti tersebut. Tinggal 5 hari saja lagi, apakah Tok Pa akan merombak gerak kerja jentera untuk menyerang dengan lebih aggresif dan tidak berlagak seperti lelaki budiman dalam peperangan....


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 17 September 2014

PRK N.01 - Muhyiddin mengaji bersama murid pondok calon BN

Lokasi : Pondok Simpangan, Kg Simpangan, Tumpat, Kelantan

Acara : Kunjungan Timbalan Perdana Menteri

Tarikh : 16/9/2014


Tan Sri Muhyiddin Yassin bersolat Zohor di Masjid Simpangan dan seterusnya meluangkan masa melawat Pondok Simpangan yang terletak didalam kawasan rumah calon BN bersebelahan dengan masjid. Tahlil 'impromptu' diadakan oleh kumpulan murid yang menyambut Muhyiddin. Terdahulu Muhyiddin telah meluluskan bantuan segera sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan pada Masjid Simpangan.  Ikuti rakaman sesi tahlil yang disertai oleh Muhyiddin Yassin.



1
2
 3
4
 5
 6
 7
8
 9
 10

Tuesday, 16 September 2014

PRK N.01 - Masyarakat Siam janji akan terus setia kepada BN

Lokasi ; Wat Machimmaram, Jubakar, Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Majlis Ramah Mesra Masyarakat Keturunan Siam bersama Timbalan Perdana Menteri

Tarikh : 16/9/2014


TUMPAT, 16 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu masyarakat Siam di negara ini menjadi sebahagian daripada masyarakat yang penting dalam Malaysia.
Atas sebab itulah kerajaan memberikan pelbagai bantuan dan pertolongan kepada masyarakat itu, katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di Tumpat, Selasa.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada Wat Siam berkenaan untuk mengajar bahasa Siam kepada anak-anak masyarakat berkenaan.
Beliau berkata soal pelajaran anak-anak perlu diberi penekanan agar maju dalam kehidupan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada pembinaan negara.
"Sebenarnya jika sesebuah sekolah (kebangsaan) mahukan bantuan seperti guru bahasa Siam, kita boleh sediakan supaya mereka boleh belajar. Tak jadi masalah untuk kita bantu kerana itu tanggungjawab saya.
"Saya tak mahu anak-anak kita tak ada pengetahuan, dan sebab tak ada ilmu mereka tak boleh maju dalam kehidupan. Ini akan menjadi masalah kepada negara," katanya.
Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 2,000 masyarakat Siam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail.
Yang lain ialah senator yang mewakili masyarakat Siam Datuk Boon Som Inong dan ketua sami Wat Machimmaram (Phrak Khru Wikthet Thammanard) Tham Thit.
Muhyiddin berkata kerajaan akan membantu masyarakat Siam di negara ini agar mereka mendapat layanan saksama seperti yang dinikmati oleh kaum-kaum lain.
"Kita akan bantu anak-anak dan masyarakat Siam mendapat layanan yang saksama termasuklah soal berkaitan taraf Bumiputera mereka dan bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kerajaan mesti bersikap adil kepada semua tak kira apa kaum," katanya.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu semua kaum bagi membina sebuah masyarakat yang maju, kata Muhyiddin dan menurutnya kerajaan pusat bawah pimpinan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum.
"Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga semua kaum, agama agar semua pihak terlibat dapat disatukan dan diberi pertolongan...agar dapat hidup dalam keadaan lebih senang dan kita harus bantu sepanjang masa," katanya.
Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan ke sini dalam rangka program turun padang sempena PRK DUN Pengkalan Kubor yang pengundian ditetapkan 25 Sept.
PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada PRK itu calon BN Mat Razi Mat Ail dicabar calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,736 undi.
Muhyiddin berkata beliau berharap BN akan mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Kubor agar pengundi mempunyai wakil rakyat bagi memudahkan sebarang urusan mereka dibawa kepada perhatian kerajaan pusat.
--BERNAMA

1
 2  Adik manis dimana mana...tapi yang ini bukan Mek Kelate
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
  14  Sumbangan RM200,000 untuk pengajaran bahasa Siam