Wednesday, 29 October 2014

Penyokong mangsa liwat turun beri sokongan

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014
 


Wah siapa pula yang jadi penaja penyokong Saiful Bukhari mangsa liwat seramai lebih kurang 300 orang di hadapan Istana Keadilan Putrajaya ? Mereka berhimpun secara aman dan membawa pelbagai sepandok bagi menyatakan sokongan moral mereka kepada Saiful. Kebanyakan mereka bersurai sebelum waktu makan tengah hari setelah mengetahui bahawa keputusan tidak akan diperolehi pada hari yang sama. 
 
1  Bersama Nasir Sudin (Harakah) dan Wira (RocketDaily).
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8 Kumpulan Belia 4B
 9
 10
 11
 12
 

Tuesday, 28 October 2014

Pelancaran #justice4anwaribrahim

Lokasi :Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Pelancaran #justice4anwaribrahim

Tarikh : 27/10/2014


Kemana perginya Ketua AMK?  Tak kan masih berpasukan macam dalam pemilihan  ?

 1
 2
 3
 4
 5
6


Anwar dapat suntikan semangat dari mahasiswa UM

Lokasi : Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Acara : Pidato Anwar Ibrahim

Tarikh : 27/10/2014


Catatan ringkas:

1. Liputan dibuat Universiti Malaya bermula serentak dengan ketibaan Anwar dan rombongan sekitar jam 9.30 malam.

2. Hujan sudah pun berhenti ketika rombongan Anwar tiba

3. Diluar pintu masuk Universiti dianggarkan sekitar 1,000 orang sudah pun menanti ketibaan Anwar 

4. Rombongan Anwar diarak masuk menaiki kenderaan pick-up menuju ke Dewan Canselor

5. Tiada Unit Light Strike Force PDRM kelihatan mahupun kehadiran anggota Polis yang ketara berkawal sekitar lokasi diluar pintu masuk universiti kelihatan

6. Pintu pagar Universiti dipercayai telahpun dipecah atau pun dirempuh oleh pelajar dan penyokong Anwar sebelum beliau tiba.

7. Keseluruhan nya Anwar berada hampir genap sejam di Universiti Malaya.

8. Tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika Anwar berada di lokasi

9.  Presiden PPUM, Fahmi Zainol dan Anwar Ibrahim berucap dari atas kenderaan pick-up


PS - akhir nya Anwar dan para penyokong beliau terhibur juga dengan sambutan  hangat sebegini setelah melalui majlis-majlis yang hambar hampir seminggu. Adakah ianya permulaan kepada acara-acara yang lebih panas untuk sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada Anwar Ibrahim. Kepala anarki, Chegu Bard sudah pun menampilkan diri dengan begitu yakin diatas kenderaan pick-up bersama keluarga Anwar. Adakah beliau sudah diberi mandat atau 'kontrak' untuk menjalankan 'special-ops' oleh Anwar?.... sama-sama kita tungguuuuuuu...

1
 2
3 
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 27 October 2014

Dasar dan nilai Islam Tun Dr Mahthir tarik Anwar masuk UMNO

Lokasi : Stesen Bas Maran, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 25/10/2014


Dasar dan nilai Islam yang cuba diterapkan oleh Tun Dr Mahathir telah berjaya memikat Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO. Ikuti pengakuan sahabat baik beliau, Mantan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Fauzi memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU12 yang lalu dan kini menjadi Pengerusi PKR Pahang.




Anwar berjanji tidak akan khianat dan terus melawan

Lokasi : Stesen Bas Maran, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 25/10/2014



Anwar Ibrahim merayu penyokong berdoa dengan istiqamah dan berjanji tidak akan khianat dan akan terus melawan. Cuaca bagus dan kehadiran penonton dianggarkan sekitar 250 - 300 orang. 



 
 1  Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang Lipis
 2  Lee Chean Chung, ADUN Semambu (PKR)
 3  Ahmad Nizam Hamid,  Ketua Cabang Temerloh dan juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang
 4 Tengku Zulpuri Shah Raja Puri, ADUN Mentakab (DAP).. Ketua Pembangkang DUN Pahang
5  Fauzi Abdul Rahman, MP Indera Mahkota dan Pengerusi PKR Pahang
 6
 7  Rafizi Ramli, Setiausaha Agong PKR dan juga MP Pandan
 8
9 
 10

Saturday, 25 October 2014

Apa lagi dosa atau kesalahan yang boleh dicuci dengan air?

Lokasi : Batu 3 Jalan Tapah/Bidor, Perak

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 23/10/2014


Kalau ikut apa yang Anwar Ibrahim cakapkan larangan memegang atau menyentuh anjing tiada hukuman dalam hudud berlainan dengan larangan meminum arak yang boleh mensabitkan seseorang itu dihukum sebat. Cukup sekadar membersih dan menyamak tangan atau bahagian yang tersentuh anjing sedangkan arak cuma perlu dihilangkan dengan air dan tidak langsung perlu disamak.

Apa nak dipanggil pendapat ini ?.. Adakah ianya pemikiran diluar kotak ? Atau pemikiran simplistik bagi seseorang yang memahami secara mendalam hukum hakam Islam ? Apa yang Anwar tekankan ialah dosa yang boleh disabitkan hukuman seperti meminum arak tidak dipandang berat oleh majoriti umat Islam tetapi perkara remeh seperti menyentuh anjing diheboh hebohkan.

Saya ada mendengar arwah guru saya berkata dengan berwuduk segala dosa kecil akan tersuci dengan sendiri nya melainkan syirik, zina, bunuh orang dan sebagainya yang dikategorikan dosa besar.

Terfikir dibenak kepala saya apa lagi dosa atau kesalahan yang terlepas dari hukuman, cukup sekadar dengan mengambil wuduk, mandi atau membersih bahagian anggota tubuh badan yang terlibat... 






Benarkah semua pemimpin UMNO pernah sentuh arak ?

Lokasi : Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang


Tarikh : 22/10/2014



Anwar dakwa semua pemimpin UMNO dalam Parlimen tidak berani nafi pernah sentuh arak ketika beliau membangkitkan isu gadis yang ditangkap minum arak di Pahang beberapa tahun yang lalu.? Teringat saya group foto salah seorang Menteri kanan Najib yang pernah bergambar dengan tin beer ditangan ketika muda dahulu... Apa komen orang UMNO ?


1
 2


Friday, 24 October 2014

Anwar boleh lari keluar negara bila bila saja jika mahu

Lokasi : Batu 3 Jalan Tapah/Bidor, Perak

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 23/10/2014



Saya masih tertanya tanya mengapa majlis Anwar yang di panggil Himpunan Solidariti ini tidak diadakan dalam skala yang lebih besar untuk memberi sokongan kepada Anwar yang berhadapan risiko dipenjarakan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 28/10/2014 ini tidak memihak kepada beliau. Saya rasakan seolah olah program ini diadakan sebagai buat syarat saja.

Kelmarin acara dibuat di lubuk Anwar, kehadiran orang ramai tidak sampai 1,000 orang. Malam tadi majlis dibuat di sebuah kampong diantara pekan Tapah dan Bidor. Kehadiran orang ramai tak sampai 200 orang walaupun cuaca bagus dan tidak hujan.

Apa yang kekurangan dalam gerakan Anwar kali ini ? Malam tadi anggota Unit Amal sekitar 10 orang bertugas menjaga kenderaan yang keluar masuk lokasi ceramah.  Bendera pun tak banyak dipasang dan petugas PKR / AMK pun tidak kelihatan.

Yang jelas penganjur memang mensasarkan kehadiran sekitar 300 berdasarkan saiz khemah dan jumlah kerusi yang disediakan. Jelas ini bukan taraf "HIMPUNAN" untuk menarik seramai mungkin penyokong. Hari Sabtu ini himpunan yang serupa akan diadakan di satu lagi lokasi kecil, Bandar Maran, Pahang. Apakah strategi Anwar ? Atau ini adalah manifestasi masalah dalaman parti dan Pakatan Rakyat yang sedang membelengu beliau disaat saat getir ini. ?


  Catatan klip ucapan :

1. Anwar minta berucap awal kerana ada tamu sedang menanti dirumah
2. Rakan-rakan Anwar diluar negara merayu beliau tinggalkan negara  dan bantu mereka sebagai media liaison
3. Beliau tahu sangat trick Erdogan yang akan paksa beliau tinggal di Turkey
4. Manusia berumur 67 tahun tidak sanggup dipenjarakan
5. Dulu masuk penjara anak bungsu masuk darjah satu, kini nak masuk penjara sekali lagi cucu (anak Izzah) pula masuk darjah satu 

Sila tonton video sepanjang 7.56 ini... ucapan sebenar sepanjang 27 min..


 1  Sam dengan huraian kes liwat melibatkan 'paip eksos'  si Saipul
 2 Muhammad Nur Manuty pula bercerita mengenai hubungan ABIM dengan UMNO ketika memikat Anwar menjadi ahli UMNO dengan syarat antara lain pembinaan UIA dan Bank Islam...
 3
 4
5 
 6
7  Jumlah hadirin ketika Anwar berucap sekitar 150 - 200 orang. Cuaca bagus dan sejuk..
 8
 9
10 
11 
 12
 13
 14
 15