Saturday, 24 December 2016

Ezam Mohd Noor menggerak inisiatif memburu Jho Low dan bekas CEO 1MDB

Acara : Sidang media bersama Ezam Mohd Nor
Lokasi : The Saujana Hotel, KL
Tarikh : 24/12/2016

Inisiatif Hisbah Center for Reform untuk memburu dan mengheret Jho Low & bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kemuka pengadilan dalam kes skandal dana 1MDB.

Ini satu inisiatif yang perlu mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia untuk membersih nama baik negara dimata dunia. Ianya telah mendapat perhatian dan tindakan sistem perundangan dari pihak berkuasa dunia tetapi cuba dipendam oleh mereka yang memegang kuasa di Malaysia








*********************************************************************************

Nota: 

Ezam, 49, merupakan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam kabinet. Beliau meninggalkan Umno kali pertama setelah Anwar dipecat pada 1998 dan merupakan ketua pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang pertama.


Beliau kemudiannya meninggalkan PKR untuk kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008, dalam era pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Ezam kini bersama dengan NGO Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
1
 2
 3


Thursday, 22 December 2016

Satu dua cadangan pembaikan kepada sistem MRT dari MP Pembangkang

Acara : Joy Ride MRT oleh Ahli Parlimen pembangkang

Lokasi : Dari Stesen TTDI - Sg Buloh - TTDI

Tarikh : 22/12/2016


Video 1 - Tian Chua mencadangkan supaya sistem bas feeder ke stesen MRT diberi perhatian dan dipertingkatkan untuk mengelak keperluan tempat letak kereta yang besar dan luas.



Video 2 -Nurul Izzah pula mencadangkan satu Jawatankuasa Khas di peringkat Parlimen ditubuhkan dengan segera bagi mengkaji dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan pengangkutan darat yang terbaik dengan kos dan perbelanjaan yang efisien.




***********************************************************************************************
#suasana360 @ #mrt menuju ke Stesen Sg Buloh dari Stesen TTDI #theta360
#suasana360 @ #mrt menuju ke Stesen Sg Buloh dari Stesen TTDI #theta360 - Spherical Image - RICOH THETA


***********************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
10

Wednesday, 21 December 2016

NGO Malaysia bersedia gerak misi ke Aleppo awal 2017

Acara : PC Solidariti Aleppo #saveAleppo

Lokasi : Restoran Nasi Kandar Line Clear Kg Baru, KL

Tarikh : 21/12/2016



Video 1 - Kenyataan media oleh wakil ABIM



Video 2 - Kenyataan media oleh Fathul Bari mewakili Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan Young Volunteers . Beliau menyentuh dua perkara pokok iaitu Nilai sejagat dalam perkara kemanusiaan dan Akidah yang menyentuh pertembungan antara Sunni dan Syiah



Video 3- Kenyataan media wakil Restoran Nasi Kandar Line Clear, Kg Baru, KL



*********************************************************************************

Koleksi #suasana360

#suasana360 @ Sidang media #saveAleppo di #lineclearkgbaru
#suasana360 @ Sidang media #saveAleppo di #lineclearkgbaru - Spherical Image - RICOH THETA

#suasana360 @ jamuan makan untuk media selepas PC #saveAleppo di #lineclearkgbaru 
#suasana360 @ jamuan makan untuk media selepas PC #saveAleppo di #lineclearkgbaru - Spherical Image - RICOH THETA

#suasana360 @ kutipan derma kilat oleh Lan Pet Pet selepas PC #saveAleppo di #lineclearkgbaru... hahaha terbang lima puloh hengget #untukmuAleppo.
#suasana360 @ kutipan derma kilat oleh Lan Pet Pet selepas PC #saveAleppo di #lineclearkgbaru... hahaha terbang lima puloh hengget #untukmuAleppo.. - Spherical Image - RICOH THETA


******************************************************************************

1
 2
  3
 4
 5

Tuesday, 20 December 2016

FELCRA mampu bayar dividen lebih tinggi hasil perdagangan yang meningkat dengan China

Acara : Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA

Lokasi : Dewan Tun Razak 1, PWTC, KL

Tarikh : 20/12/2016



Video 1 - PM Najib jual minyak sawit bukan jual negara kita ke China. Dividen untk ahli FELCRA yang akan datang ini dijangka akan meningkat naik berbanding dengan dua dividen yang dibayar sebelum ini hasil dari pendapatan yang melonjak dari perdagangan minyak sawit dengan China



Video 2 - Kerajaan telah memutuskan untuk FELCRA memainkan peranan utama dalam industri 'Food Security' negara memandangkan peningkatan import makanan yang tinggi sejak kebelakangan ini. Antara produk yang telah dikenal pasti ialah daging halal, ayam dan tanaman tanaman lain. Untuk memastikan FELCRA berjaya dalam perananan baru nya perjanjian perkongsian dan kerjasama strategik antara FELCRA dan Sime Darby telah termeterai hari ini.



*********************************************************************************





*******************************************************************************

1
2
  3
Adik saya dengan suami beliau pun turut hadir dengan menaiki  bas rombongan dari Pantai Remis... sejak bila pula depa jadi orang FELCRA ? :)  
4
5
6
7
8
9
10

Kenapa bekalan air tak putus putus lagi ?

Tiada lagi misteri bekalan air tak putus putus

Saya agak kehairanan setelah masuk tiga hari bekalan air yang sepatutnya sudah terputus, tidak juga terputus lagi walaupun saat nya ditunggu tunggu dengan penuh debaran. Sebagai langkah berjaga jaga bekas simpanan air sentiasa di top-up bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Isteri dan anak-anak saya pula berterusan menggunakan mesin pembasuh pakaian tanpa henti seolah olah bekalan air tidak akan terputus pada bila bila masa. Tensioned saya..

Pagi ini saya terima satu kenyataan Dr Dzulkefly, Ahli Panel Air Selangor merangkap Pengarah Strategi AMANAH melalui Whatsapp yang menerangkan apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi krisis air yang dijangkakan dari Isnin sehingga hari menjelang Krismas.

Terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada mereka yang telah menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab... boleh lah kami mandi dan menjalankan aktiviti melibatkan air seperti biasa


Bekalan air diterima seperti biasa di kawasan Medan Idaman, Gombak



Media BN Burukkan Kerajaan Selangor..

1. Benarkah lebih 3.8 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi masalah air sehingga 24 Disember?

2. Seperti yang diduga peluang memburukkan kerajaan Selangor terpapar dihampir kesemua media arus-perdana. Kerajaan Selangor dibidas kerana kononnya lambat menyelesaikan masalah air di Selangor.

3. Berita di dada akhbar arus perdana jelas digunakan olih Umno-BN memburuk imej Menteri Besar dan Exconya yang  kononnya tiada perancangan. Sebagai contoh di Utusan, antara lainnya.."apabila timbul isu bekalan elektrik sekarang, Syabas baru rancang kaji naik taraf janakuasa kedua-dua loji-loji rawatan airnya". Ini adalah nyata pembohongan..

4.   Tidak timbul kerajaan Selangor lambat ambil tindakan. Loji SSP 1, 2 dan 3, dilengkapi dengan standby genset berkapasiti 5 MW dengan bekalan voltan 3.3kV dan bolih menghasilkan sekitar 60% kapasiti. Dengan itu, semasa kerja penyenggaraan yang wajib dibuat untuk selama 16 jam itu, loji akan mengaktifkan genset. Namun masih wujud 'kekurangan' atau 'shortfall' sekitar 820 MLD sahaja. 

5. Atas tindakan segera pihak Kerajaan Negeri Selangor dan MBnya untuk mengaktifkan fasiliti 'standby' tersebut, kemelut atau krisis digembar-gemburkan media penguasa politik telah dapat dielakkan. Maklumat yang bolih dipercayai mengesahkan 90% dari 'shortfall' tersebut telah dapat di atasi dan hanya tinggal 10% yang diharapkan dapat dipulih seluruhnya esok hari.

6. Tidak timbul MB lambat dalam mengambil tindakan untuk 'upgrade' kekuatan genset kerana ia adalah mengikut SOP dan peningkatan kekuatan genset tidak berada dalam keperluan mendesak.


7. Sepatutnya SPAN membantu menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi, membuat kenyataan mengeliru dan menimbulkan kebimbangan pengguna. Jelasnya ada tidak kena kalau agensi Persekutuan 'mempolitikkan' isu yg menyinggung kemaslahatan rakyat dan pengguna.

Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Panel Air Selangor, merangkap
Pengarah Strategi 
Parti Amanah Negara
20 Disember 2016ll


FB Entry



'Common Liar' di cabar saman fitnah atau letak jawatan Pengerusi Media Prima

Acara : Sidang media Tengku Aziz menegenai kemelut beliau dengan Pengerusi Media Prima

Lokasi : Hotel PJ Hilton, PJ

Tarikh : 20/2/2016


Video 1 - secara ringkas nya kandungan rakaman ada lah seperti berikut

1. Fateh Iskandar atau FD Iskandar (FD) tidak memohon maaf seperti yang dituntut oleh Tengku Aziz (TA) kerana mengeluarkan kenyataan 'bohong' kepada PM Najib mengenai 'audience rating' TV3 yang didakwa jatuh semasa Tengku Aziz jadi tetamu dalam Buletin Utama sebanyak 12 kali.

2. TA mengaku hanya muncul dalam Buletin Utama sebanyak 3 kali dan bukan nya 12 kali dan mencabar FD menyiarkan statistik yang sebenar untuk 3 sesi tersebut.

3. Oleh kerana FD didakwa berbohong kepada PM Najib, TA telah mencerca beliau sebagai seorang penipu atau 'Common Liar' dan menuntut FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari.

4. Berikutan kegagalan FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari tersebut, TA kini mencabar FD untuk menyaman fitnah beliau atau melepaskan sahaja jawatan beliau sebagai Pengerusi Media Prima jika beliau ada maruah.

5. Cabaran TA bersandarkan andaian bahawa FD merasakan diri beliau benar dan tidak bersalah seperti didakwa dan beliau telah difitnah oleh TA.. oleh itu saman lah TA untuk memelihara maruah beliau.



*********************************************************************************

1
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP
 2
Tengku Aziz 
 3
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP
 4
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP


Rohingya - Pelarian di Malaysia perlu dibantu lahirkan kepimpinan mereka sendiri untuk selesaikan masalah mereka

Acara : Mesyuarat khas Asean Rohingya Center

Lokasi : Bilek Mesyurat tingkat 4 SPAD, Kuala Lumpur

Tarikh : 20/12/2016


Video 1 - Satu inisiatif yang diambil oleh Asean Rohingya Center untuk membantu melahirkan kepimpinan dikalangan pelarian Rohingya di Malaysia untuk mereka menyelesaikan masalah mereka disini dan juga di Myanmar. Tan Sri Syed Hamid Albar adalah penasihat kepada ARC dan beliau mampu memahami masalah Rohingya ini kerana pernah mempengerusikan NGO Humanity Malaysia satu ketika dahulu.



********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Sunday, 18 December 2016

Yayasan Wilayah Persekutuan menceriakan 300 kanak-kanak menyambut Krismas

Acara : Jom Shopping Krismas

Lokasi : Pusat Beli Belah SOGO, Kuala Lumpur

Tarikh : 18/12/2016



Video 1 - RM250,000 diperuntukkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan membantu 300 kanak-kanak Kristian dari rumah-rumah kebajikan dan mereka yang kurang bernasib mendapatkan pakaian baru bagi menyambut perayaan Krismas. Sebahagian daripada peruntukkan tersebut juga telah diagih kan kepada 13 gereja sekitar Kuala Lumpur bagi mereka menyiapkan tempat ibadah tersebut menjelang sambutan Krismas.



*********************************************************************************


 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
Busker ini masih SINGLE ?? :)
 13